serlah | ; menyerlah 1 menjadi nyata dan bercahaya (berseri dsb): Lampu yg berwarna-warni ~ menerangi bandar raya Kuala Lumpur. Kecantikannya ~ pd malam itu. 2 (sangat) cemerlang dan menonjol: Bakatnya ~ dlm pertandingan itu. menyerlahkan 1 menjadikan kelihatan nyata (cantik, berseri dll): Dgn mematuhi petua-petua kecantikan itu, anda akan ~ kecantikan semula jadi anda. 2 menjadikan cemerlang: Cara Latihan itu akan ~ bakat yg ada. terserlah 1 kelihatan berseri (bkn kecantikan dll); kelihatan nyata bercahaya (bkn bulan dll): Kecantikannya ~ selepas disolek oleh mak andam. 2 kelihatan cemerlang dan menonjol (bkn bakat dll): Kebolehannya ~ dlm persembahan yg menarik itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
serlah | ; menyerlah 1. kelihatan nyata (kerana tidak dilindungi apa-apa dll), kelihatan ber-cahaya atau berseri (bulan, muka perempuan, dll): di kala langit itu cerah, bintang nampak-nya ~; 2. (kelihatan) terkemuka, (kelihatan) menonjol: di samping beberapa nama, Baharuddin Zainal ialah penulis esei yg ~ bakatnya; menyerlahkan 1. menjadikan terserlah, menjadikan terang bercahaya (berseri dsb): setiap satunya merupakan cantuman berlian-berlian bermutu yg ~ cahaya dan kilauan dgn sepenuhnya; 2. mengemukakan (dgn nyatanya), menonjolkan: tulisan-tulisan Muhammad Haji Salleh, walaupun tidak banyak tetapi cukup utk ~ pandangan tentang nilai estetika Sastera Melayu; terserlah menyerlah; keterserlahan perihal (keadaan) terserlah; serlahan sesuatu yg menyerlah (terserlah); penyerlahan perihal (usaha, proses, dsb) menyerlahkan sesuatu, penonjolan: amanat yg mengarah kpd ~ permasalahan itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyerlahkan | 1 menjadikan kelihatan nyata (cantik, berseri dll): Dgn mematuhi petua-petua kecantikan itu, anda akan ~ kecantikan semula jadi anda. 2 menjadikan cemerlang: Cara Latihan itu akan ~ bakat yg ada. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyerlahkan | 1. menjadikan terserlah, menjadikan terang bercahaya (berseri dsb): setiap satunya merupakan cantuman berlian-berlian bermutu yg ~ cahaya dan kilauan dgn sepenuhnya; 2. mengemukakan (dgn nyatanya), menonjolkan: tulisan-tulisan Muhammad Haji Salleh, walaupun tidak banyak tetapi cukup utk ~ pandangan tentang nilai estetika Sastera Melayu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dewi | (déwi) 1. dewa perempuan: ~ Dermadewi; ~ Pertiwi; 2. ki jantung (buah) hati (bkn perempuan yg cantik); kedewian sifat spt dewi, tentang dewi: wajahnya menyerlahkan sifat kemanusiaan dan juga ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
benteng | (bénténg) 1. tembok (drpd batu, tanah, dll) utk mempertahankan kota dll drpd serangan musuh: ~ serupa itu dgn mudah dapat ditembusi musuh; 2. tempat yg diperkuat dgn tembok: Singapura merupakan ~ pertahanan Sekutu dlm Perang Dunia Kedua; 3. tembok atau binaan yg dipertinggi (drpd tanah dll) utk menahan air atau menyokong jalan atau landasan kereta api; 4. tempat yg bertembok di sekeliling tempat tinggal tentera, kubu: pd malam hari, tentera Belanda tidak dibenarkan keluar ~; 5. pertahanan terhadap ancaman, faktor (unsur) yg mempertahan atau melindungi sesuatu: Malaysia dianggap sbg ~ demokrasi di Asia Tenggara; 6. tir (nama sj buah catur); berbenteng mempunyai benteng;berbentengkan menggunakan sesuatu sbg benteng;membentengi memperkuat (menahan dll) dgn benteng, mempertahankan, melindungi: ketenangan adalah senjata yg ~ diri drpd menyerlahkan sifat-sifat buruk manusia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |