meneriakkan | 1. menyerukan sesuatu dgn suara yg keras dan nyaring, melaungkan, memekikkan: budak-budak berlarian ke kampung dan ke rumah ~ Nor sudah bebas; 2. menyerukan atau menawarkan (dgn berteriak): kedengaran suara penjaja itu ~ barang-barang dagangannya; 3. = meneriak-neriakkan menggembar-gemburkan (sesuatu fahaman dll), melaung-laungkan, mempropa-gandakan: semboyan yg diteriakkan dan ditulis oleh kaum Nazir terdapat di mana-mana; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seru I | ; berseru 1 memanggil atau melaung dgn suara yg nyaring; berteriak: Bagai ~ di padang pasir. 2 membuat ajakan atau anjuran: Beliau telah ~ kpd sekalian yg hadir supaya belajar rajin-rajin. menyeru 1 melaung utk memanggil atau utk menarik perhatian: Tiba-tiba terdengar orang ~ dr dlm gua itu. 2 meminta supaya; menyuruh: Pesuruh Allah ~ manusia taat kpd Allah. menyerukan 1 mengucapkan atau memberitahukan sesuatu dgn nyaring: Keputusan acara lumba lari akan diserukan dgn alat pembesar suara. 2 menganjurkan atau mengusulkan (bkn ajaran agama, pendapat dsb): Apalah gunanya mereka ~ perdamaian, jika mereka sendiri terus mengeluarkan senjata-senjata moden. seruan 1 kata-kata yg diucapkan dgn nyaring utk memanggil atau utk menarik perhatian; panggilan; laungan. 2 apa-apa yg diserukan; ajakan; anjuran. penyeru orang yg menyeru. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
seru I | ; kata ~ a) kata utk memanggil; b) kata yg dikeluarkan dgn tiba-tiba (kerana kesakitan, terperanjat, dll); berseru 1. memanggil dgn berteriak (dgn suara nyaring): Mariam ~ dgn suara tinggi; 2. mempelawa, mengajak, menganjurkan: Presiden Park telah ~ kpd semua rakyat supaya bekerja dgn lebih kuat lagi; berserukan sl = menyerukan; menyeru memanggil, meneriak: pegawai itu ~ nama Salim; pesuruh Allah ~ manusia supaya mengenal Allah dan taat kpd Allah; menyerukan 1. meneriakkan atau mengucapkan sesuatu dgn nyaring: seorang pegawai yg berpakaian hebat telah ~ suatu titah drpd yg maha mulia; 2. menghebahkan, mengkhabarkan, mengumumkan: keputusannya akan diserukan kemudian; 3. menganjurkan atau mengusulkan (supaya): rencana yg ~ supaya ada kerjasama antara sasterawan, wartawan, dan ahli sains Melayu sangat menarik perhatian; 4. = menyeru-nyerukan mengheboh-hebohkan, menggembar-gemburkan; seruan 1. sesuatu yg diserukan, panggilan (dgn suara yg nyaring): ~ yg berapi-api dan pidato-pidato sahaja tidak akan memberi apa-apa manfaat; 2. anjuran, ajakan: Nabi mula-mula menyampaikan ~ Islam kpd orang yg hampir sekali dengannya; penyeruan perbuatan menyeru (menyerukan): Abu Talib telah memberi sepenuh-penuh sokongan kpd Rasulullah dlm ~nya itu; penyeru 1. ark seruan; 2. orang yg menyeru atau menyerukan, juruhebah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyerukan | 1 mengucapkan atau memberitahukan sesuatu dgn nyaring: Keputusan acara lumba lari akan diserukan dgn alat pembesar suara. 2 menganjurkan atau mengusulkan (bkn ajaran agama, pendapat dsb): Apalah gunanya mereka ~ perdamaian, jika mereka sendiri terus mengeluarkan senjata-senjata moden. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyerukan | 1. meneriakkan atau mengucapkan sesuatu dgn nyaring: seorang pegawai yg berpakaian hebat telah ~ suatu titah drpd yg maha mulia; 2. menghebahkan, mengkhabarkan, mengumumkan: keputusannya akan diserukan kemudian; 3. menganjurkan atau mengusulkan (supaya): rencana yg ~ supaya ada kerjasama antara sasterawan, wartawan, dan ahli sains Melayu sangat menarik perhatian; 4. = menyeru-nyerukan mengheboh-hebohkan, menggembar-gemburkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
teriak | 1. teriakan; 2. Kd, Kl tangis; berteriak 1. berseru (memanggil dll) dgn suara yg keras dan nyaring, melaung, memekik: maka ~lah kawan bertanya, ‘Perahu dr mana ini?’; 2. Kd, Kl bp menangis; meneriak memanggil (menyeru, melaung) dgn suara yg keras dan nyaring: tiada berapa lama sampailah ia ke rumahnya, lalu Pak Pandir ~ Mak Andeh; meneriaki ark memanggil dgn berteriak; meneriakkan 1. menyerukan sesuatu dgn suara yg keras dan nyaring, melaungkan, memekikkan: budak-budak berlarian ke kampung dan ke rumah ~ Nor sudah bebas; 2. menyerukan atau menawarkan (dgn berteriak): kedengaran suara penjaja itu ~ barang-barang dagangannya; 3. = meneriak-neriakkan menggembar-gemburkan (sesuatu fahaman dll), melaung-laungkan, mempropa-gandakan: semboyan yg diteriakkan dan ditulis oleh kaum Nazir terdapat di mana-mana; teriakan seruan dgn suara yg keras dan nyaring (utk memanggil, menarik perhatian, dll), jeritan, laungan, pekikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyerukan | 1 mengucapkan atau memberitahukan sesuatu dgn nyaring: Keputusan acara lumba lari akan diserukan dgn alat pembesar suara. | Kamus Pelajar |
juruhebah | (juruhébah) 1. orang yg menyeru atau menyerukan (menyebarkan) sesuatu; 2. orang yg kerjanya menyiarkan berita dll atau menghebahkan rancangan di radio (televisyen dsb), penyiar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyeru | 1. ark seruan; 2. orang yg menyeru atau menyerukan, juruhebah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sebenarnya | 1. yg merupakan kenyataan, sebetulnya, sesungguhnya: orang yg sentiasa menyerukan pembelaan wanita yg ~ menganiaya mereka; 2. yg dikira betul, sebetulnya: ejaan yg ~ ialah ‘pameran’ bukan ‘pamiran’; 3. begitulah, demikianlah, sungguhlah: ~lah spt kata cikgu itu; 4. sewajarnya, sepatutnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |