Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kesal (adjektif)
Bersinonim dengan sesal, ralat, berat hati, tidak sedap hati, pegal hati, kecewa, musykil, tidak puas hati, pedar hati;,
Kata Terbitan : kekesalan, menyesali,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sesalperasaan tidak senang kerana telah melakukan sesuatu yg tidak baik (dosa dll), keinsafan telah bersalah: apabila ia melihat perbuatannya yg kasar itu, ia berasa ~; ~ dahulu pendapatan, ~ kemudian tiada ber­guna prb sebelum mengerjakan atau me­lakukan sesuatu hendaklah difikirkan habis­habis; bersesal = ~ hati = menyesal; bersesalan, bersesal-sesalan salah-me­nyalahkan; ~ bagai Batak lari prb tuduh­menuduh sesama sendiri; menyesal 1. berasa tidak senang kerana telah melakukan sesuatu kesalahan (kejahatan dll), insaf telah bersalah: kalau rugi jangan ~ nanti; 2. berasa kecewa (akan), berasa tidak senang (akan): ia tidak ~ atas perbuatannya; menyesali 1. berasa sesal terhadap: tidak baik ibu berkata demikian sbg ~ untung; 2. berasa tidak senang kpd, mempersalahkan: dia ~ jawatankuasa pengelola yg seakan­akan tidak tahu menjalankan tugasnya; sesal-menyesali bersesalan; menyesalkan 1. berasa sesal atau kecewa terhadap sesuatu, menyesali, menyalahkan: siapa yg hendak disalahkan, siapa yg harus disesalkan, manusia juga yg mengajar ma­nusia jadi begini; 2. menyebabkan jadi menyesal: perbuatan yg sangat ~ dirinya; sesalan 1. perasaan sesal, (sesuatu) yg di­sesalkan: jikalau datang sesuatu hal di jalan, mati hidup tiadalah kami ketahui, jangan menjadi ~; air mukanya membayangkan rasa ~nya; 2. penentangan, celaan: keris inilah kelak akan menebus ~ patik hari ini; kesesalan perihal sesal, kekesalan: utk mem­buktikan ~ saya itu, saya sudi bekerjasama dgn pemerintah; penyesalan perihal menyesal(i).Kamus Dewan Edisi Keempat
menyesali1. berasa sesal terhadap: tidak baik ibu berkata demikian sbg ~ untung; 2. berasa tidak senang kpd, mempersalahkan: dia ~ jawatankuasa pengelola yg seakan­akan tidak tahu menjalankan tugasnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
menaubatkan1. membuat orang taubat (menyesali dosanya dan kembali kpd Tuhan); 2. menjerakan, mengalahkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
menyesalkan1. berasa sesal atau kecewa terhadap sesuatu, menyesali, menyalahkan: siapa yg hendak disalahkan, siapa yg harus disesalkan, manusia juga yg mengajar ma­nusia jadi begini; 2. menyebabkan jadi menyesal: perbuatan yg sangat ~ dirinya;Kamus Dewan Edisi Keempat
menangisi1. menangis pd, menangis akan: apakah Halimah sudah tertidur atau masih ~ adiknya; 2. ki menyesali, bersedih hati kerana: ~ kehormatannya yg telah hilang;Kamus Dewan Edisi Keempat
umpatan1 kata-kata yg dituturkan utk memburuk-burukkan orang lain. 2 kata-kata yg dituturkan kerana menyesali seseorang yg membuat kesalahan; cercaan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menyayangi1 berasa sayang akan; mengasihi; men­cintai: Dia sangat ~ anak dan isterinya. 2 berasa kesal terhadap sesuatu; menyesali: Apa gunanya ~ perkara yg telah berlaku?Kamus Pelajar Edisi Kedua
merampus1. mengeluarkan kata-kata kasar, memaki-maki, sangat marah: tenang dan sabar ia menjalankan kerjanya, tidak sedikit pun tanda merampus atau menyesali untung; lama-kelamaan datang bebal hatinya serta merampus lalu ia me­nurunkan layar dan melabuhkan sauhnya; 2. membuat sesuatu dgn kasar, mem­buat sembarangan sahaja (semahu-mahunya).Kamus Dewan Edisi Keempat
berampus, merampus 1. mengeluarkan kata-kata kasar, memaki-maki, sangat marah: tenang dan sabar ia menjalankan kerjanya, tidak sedikit pun tanda merampus atau menyesali untung; lama-kelamaan datang bebal hatinya serta merampus lalu ia me­nurunkan layar dan melabuhkan sauhnya; 2. membuat sesuatu dgn kasar, mem­buat sembarangan sahaja (semahu-mahunya).Kamus Dewan Edisi Keempat
umpat, = umpatan 1 kata-kata yg dituturkan utk memburuk-burukkan orang lain. 2 kata-kata yg dituturkan kerana menyesali seseorang yg membuat kesalahan; cercaan. umpat-umpatan segala macam umpat. mengumpat 1 menceritakan hal yg buruk-buruk atau mencela orang lain (di belakang); mengata-ngatai. 2 memarahi atau mengutuk orang kerana berlaku sesuatu yg tidak baik kpd kita. pengumpat orang yg suka mengumpat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12

Kembali ke atas