sesat | 1. tidak mengikut jalan yg betul, tersalah (tersilap) jalan: ~ di jalan; 2. ki tersalah, terkeliru (perbuatan, kepercayaan, dll), menyimpang dr jalan yg benar: lama-kelamaan mereka menjadi ~ lalu menyembah berhala; ~ akal tidak siuman, gila; ~ barat salah sekali (jalan yg diikuti); ~ fikiran salah pegangan (pendirian, pendapat); ~ lalu mengikut jalan yg salah; ~ langkah a) melakukan perbuatan yg salah; b) mendapat bencana (sial) dlm perjalanan; ~ pusat bingung; ~ di hujung jalan, balik ke pangkal jalan prb jika tidak boleh dicapai persetujuan dlm sesuatu mesyuarat, hendaklah diselidiki kembali pokok persoalannya; ~ surut, terlangkah kembali prb membaiki kesalahan yg telah dilakukan; kelarai ~ taja prb sesuatu kesilapan yg memang salah dr mulanya lagi; bersesat tersalah jalan yg diikuti, dlm keadaan yg sesat (perjalanan); menyesatkan 1. menyebabkan jadi sesat (perjalanan), membawa ke jalan yg salah: permatang yg panjang ini tidak akan ~ perjalanan kita; 2. ki menjadikan keliru atau tersalah: hidup tanpa penjelasan dan tanpa mengetahui selok-belok agama yg benarbenar akan ~ semata-mata; tersesat 1. tersalah jalan yg diikuti: semenjak suami saya masuk hutan, entah masuk komunis, entah ~ jalan, saya tetap dianggap serong; 2. ki terpesong drpd kebenaran (fikiran, fahaman, dll): dia mengingatkan kita supaya jangan ~ dan jangan melupakan Tuhan; kesesatan 1. perihal sesat (perjalanan dll): dlm ~ yg menyesakkan ini, aku memasuki beberapa buah rumah dan menanyakan rumah keluarga Van Hogenstra; 2. ki kekeliruan (bkn fahaman, pegangan, dll), kesilapan: agama menunjukkan jalan yg benar dan menyelamatkan manusia drpd ~; penyesatan perbuatan mendatangkan kesesatan: soal ~ memang sukar diselesaikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyesatkan | 1. menyebabkan jadi sesat (perjalanan), membawa ke jalan yg salah: permatang yg panjang ini tidak akan ~ perjalanan kita; 2. ki menjadikan keliru atau tersalah: hidup tanpa penjelasan dan tanpa mengetahui selok-belok agama yg benarbenar akan ~ semata-mata; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengelirukan | 1. menyebabkan keliru, mengacaukan, menyesatkan (tanggapan): penggunaan istilah ini selalu ~ kerana ertinya luas; ucapannya itu boleh ~ orang-orang kampung di situ; 2. mengatakan keliru (khilaf dll), menyalahkan: orang itu ~ ucapannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
didikan | 1 cara mendidik: ~ yg salah dpt menyesatkan penuntut-penuntut sekolah. 2 hasil mendidik; yg dididik: Murid-muid ~ sekolah agama sangat bagus tatatertibnya. 3 latihan; ajaran: Kekurangan ~ dlm bidang agama menyebabkan banyak remaja yg tidak bermoral. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menjerumuskan | 1. menjatuhkan seseorang hingga tersungkur; 2. ki mencelakakan, menyesatkan, memperdayakan orang ke dlm kesengsaraan: kecuaian ini akan ~ masyarakat kita kpd penjajahan budaya; ~ (seseorang) ke lembah maksiat (kekacauan dll) menyebabkan seseorang melakukan maksiat (berada dlm keadaan kacau dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
didikan | 1. cara mendidik: ~ yg salah dpt menyesatkan penuntut-penuntut sekolah. 2. hasil mendidik; yg dididik: Murid-murid ~ sekolah agama sangat bagus tatatertibnya. 3. latihan; ajaran: Kekurangan ~ dlm bidang agama menyebabkan banyak pemuda-pemudi yg tidak bermoral. | Kamus Pelajar |
mengabui | 1. membubuh abu (pd sesuatu); 2. = ~ mata ki menyebabkan (seseorang) terpedaya hingga tidak mengetahui atau menyedari keadaan atau tujuan yg sebenar, mengelirukan, menyesatkan pandangan, memperdaya: beliau mengingatkan penduduk-penduduk di situ supaya mengawasi tindak-tanduk golongan yg cuba ~ mata orang ramai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelabu | 1. warna spt abu; 2. ki suram, tidak ceria: perasaannya tetap ~; mengelabui = ~ mata ki menyelindungkan keburukan (kecurangan dll) drpd pengetahuan umum, mengelirukan atau menyesatkan perhatian orang (dgn menggunakan muslihat), mengabui (mata), memperdaya, menipu: memang ada cara-cara utk ~ orang-orang asing sehingga mereka tidak dapat menangkap apa yg dimaksudkan; mengelabukan menjadikan berwarna kelabu, mewarnai dgn warna kelabu; kekelabuan keadaan kelabu; kekelabu-kelabuan seakan-akan warna kelabu, agak kelabu: cerobong asap berwarna coklat tua dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keliru | 1 salah pengertian; silap; tidak benar (bkn pendapat); sesat: Pendapatnya ~. 2 tertukar kerana tersalah anggap dll: Dia ~ memukul temannya sendiri. mengelirukan menyebabkan orang menjadi keliru; membingungkan; menyesatkan: Ucapannya dpt ~ orang ramai. kekeliruan keadaan keliru; kesilapan; kesalahan: ~ timbul kerana pegawai itu sendiri tidak memahami perkara yg sebenarnya. terkeliru dlm keadaan keliru; dikelirukan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jerumus | ; menjerumuskan 1. menjatuhkan seseorang hingga tersungkur; 2. ki mencelakakan, menyesatkan, memperdayakan orang ke dlm kesengsaraan: kecuaian ini akan ~ masyarakat kita kpd penjajahan budaya; ~ (seseorang) ke lembah maksiat (kekacauan dll) menyebabkan seseorang melakukan maksiat (berada dlm keadaan kacau dll); terjerumus 1. jatuh tertumus, tersungkur, tersembam: jalan baik-baik, nanti ~ ke dlm lumpur; 2. ki jatuh ke dlm kesengsaraan (kehinaan dll): Aminah telah ~ ke dlm lembah kehinaan; penjerumusan proses (individu, masyarakat) menjadi terjerumus: ~ masyarakat ke arah fahaman asabiah yg menzalimi orang lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |