menyetalakan | menyelaraskan atau menyamakan bunyi (nada). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyetalakan | menyelaraskan bunyi, menyamakan nada: ~ bunyi alat muzik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyetalakan | menyelaraskan atau menyamakan bunyi (nada). | Kamus Pelajar |
tala | menyetalakan menyelaraskan atau menyamakan bunyi (nada). | Kamus Pelajar |
melaraskan | 1 menyamakan laras atau nada; menyetalakan. 2 menyamakan; menyesuaikan; memadankan: Kita hendaklah bijak ~ cara hidup dgn pendapatan yg diterima. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melaraskan | 1. menyamakan laras atau nada; menyetalakan. 2. menyamakan; menyesuaikan; memadankan: Kita hendaklah bijak ~ cara hidup dgn pendapatan yg diterima. | Kamus Pelajar |
laras I | 1 bunyi yg tentu tinggi rendahnya dlm muzik, nyanyian dll; nada; tala. 2 kesesuaian; kesamaan. melaraskan 1 menyamakan laras atau nada; menyetalakan. 2 menyamakan; menyesuaikan; memadankan: Kita hendaklah bijak ~ cara hidup dgn pendapatan yg diterima. pelarasan perbuatan atau hal melaraskan; penyesuaian; penyamaan: ~ karburetor mestilah dilakukan dgn cermat dan pembersih udara dipasangkan pd tempatnya. pelaras alat utk melaraskan (memadankan, menyesuaikan): skru ~. selaras 1 sama nadanya; setala. 2 sepadan; sesuai; secocok: Dia telah diberi tugas yg ~ dgn kecekapannya. menyelaraskan menjadikan selaras; menyesuaikan: Langkah-langkah sedang diambil utk ~ kegiatan pembangunan pd peringkat negeri dan pd peringkat pusat. penyelarasan perbuatan atau hal menyelaraskan; penyesuaian: ~ buku-buku teks dgn sukatan pelajaran itu sudah selesai. penyelaras orang atau badan yg tugasnya menyelaraskan sesuatu (projek, rancangan dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
laras I | 1. bunyi yg tentu tinggi rendahnya dlm muzik, nyanyian dll; nada; tala. 2. kesesuaian; kesamaan. melaraskan 1. menyamakan laras atau nada; menyetalakan. 2. menyamakan; menyesuaikan; memadankan:Kita hendaklah bijak ~ cara hidup dgn pendapatan yg diterima. pelarasan perbuatan atau hal melaraskan; penyesuaian; penyamaan: ~ karburetor mestilah dilakukan dgn cermat dan pembersih udara dipasangkan pd tempatnya. pelaras alat utk melaraskan (memadankan, menyesuaikan): skru ~. selaras 1. sama nadanya; setala. 2. sepadan; sesuai; secocok: Dia telah diberi tugas yg ~ dgn kecekapannya. menyelaraskan menjadikan selaras; menyesuaikan:Langkah-langkah sedang diambil utk ~ kegiatan pembangunan pd peringkat negeri dan pd peringkat pusat. penyelarasan perbuatan atau hal menyelaraskan; penyesuaian: ~ buku-buku teks dgn sukatan pelajaran itu sudah selesai. penyelaras orang atau badan yg tugasnya menyelaraskan sesuatu (projek, rancangan dsb). | Kamus Pelajar |
tala | 1 bunyi nada muzik yg bersesuaian. 2 bunyi yg berbalik; gema. ~ bunyi ist alat spt garpu yg bercabang dua dan dibuat drpd logam utk menyesuaikan bunyi (nada). menala 1 menentukan bunyi (alat muzik dsb) dgn nada yg bersesuaian. 2 melaraskan pergerakan enjin (motor dsb) supaya berjalan dgn lancar. penala alat utk menala bunyi; tala bunyi. setala selaras bunyinya; sama bunyinya. menyetalakan menyelaraskan atau menyamakan bunyi (nada). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tala I | tala I 1. kesesuaian nada, laras; ~ bunyi = garpu ~ Id alat berbentuk U yg dibuat drpd besi dan digunakan utk melaraskan bunyi (nada, suara, dll); 2. gema, talun: ting, bunyi loceng di rumah pasung besar, maka ~nya itu bergema dan dapat didengari nyata dr seluruh bandar; dihempuk lunas itu bahannya bunyi tujuh gok sembilan ~; setala selaras bunyinya, sama bunyinya; menyetalakan menyelaraskan bunyi, menyamakan nada: ~ bunyi alat muzik; bertala-tala sl bersambut-sambutan (bunyi), berselang-selangan, bertingkah-tingkah: kedua-dua belah pihak ~; menala 1. menentukan bunyi (alat muzik, gamelan, dll) dgn nada yg betul, membetulkan bunyi (alat muzik); 2. melaraskan pergerakan enjin (motor dsb) supaya berjalan dgn lancar dan efisien; penalaan perihal (perbuatan) menala; penala tala bunyi, garpu tala. | Kamus Dewan Edisi Keempat |