sibuk | banyak yg dikerjakan; asyik mengerjakan sesuatu; sentiasa membuat kerja (sehingga tidak ada waktu terluang): Sehari sebelum raya, kaum ibu ~ memasak. bersibuk sedang sibuk melakukan sesuatu: Pagi-pagi lagi mereka ~ membuka kedai. menyibukkan 1 menjadikan atau menyebabkan sibuk: Urusan harian ~nya sepanjang hari. 2 sibuk ttg sesuatu: Dia ditegur kerana selalu ~ hal orang lain. kesibukan keadaan sibuk; keributan: Aku naik pening melihat ~ kenderaan di jalan raya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sibuk I | 1. banyak yg dilakukan atau diurus, asyik mengerjakan sesuatu, giat dan rajin (mengerjakan sesuatu), hibuk: di rumah, ibu sedang ~ memasak, menyediakan makan tengah hari; 2. banyak kenderaan lalu-lalang (bkn jalan raya), banyak kapal (kapal terbang) keluar masuk (mendarat dan berlepas) (bkn pelabuhan, lapangan terbang): jalan raya itu ~ apabila pekerja-pekerja mulai pulang dr pejabat; kenderaan di Jalan Ampang ~ mundar-mandir; 3. suka mengambil tahu (mencampuri, mengganggu) hal (urusan) orang lain: dia ~ bertanya ke sana ke mari tentang skandal artis tersebut; bersibuk sedang sibuk (asyik) mengerjakan sesuatu: mereka berpura-pura ~ dgn benda-benda di atas meja; menyibukkan 1. menjadikan sibuk, menyebabkan sibuk, menghibukkan; 2. bersibuk tentang: apa yg kau sibukkan benar; kesibukan 1. perihal (keadaan dsb) sibuk, perihal (keadaan dsb) menghadapi atau dibebani banyak kerja (urusan dsb): usaha itu terbengkalai utk beberapa ketika kerana ~ kerja; 2. perihal keadaan sibuk dgn kenderaan dll, kesesakan, keributan: semakin jauh ia meninggalkan ibu kota, semakin reda pulalah ~ yg menggila itu; penyibuk orang yg suka mengambil tahu, mencampuri atau mengganggu hal orang lain: jangan suka jadi ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyibukkan | 1 menjadikan atau menyebabkan sibuk: Urusan harian ~nya sepanjang hari. 2 sibuk ttg sesuatu: Dia ditegur kerana selalu ~ hal orang lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyibukkan | 1. menjadikan sibuk, menyebabkan sibuk, menghibukkan; 2. bersibuk tentang: apa yg kau sibukkan benar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |