menyinggahi | berhenti atau singgah di (ketika dlm perjalanan): Setahun lamanya kapal itu belayar, mengelilingi dunia dan ~ pelabuhan besar dan kecil. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyinggahi | 1. berhenti atau singgah di (dlm perjalanan): negara-negara Arab yg disinggahi oleh Tun itu adalah negaranegara yg penting dlm pergolakan politik di Timur Tengah; tiga buah pelabuhan telah disinggahinya; 2. (berhenti di suatu tempat utk) mengambil atau menjemput sesuatu: maka mudiklah ia lalu disinggahinya sampan Gusti itu; 3. mengambil semula sesuatu yg telah diamanahkan (disuruh baiki dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyinggahi | berhenti atau singgah di (ketika dlm perjalanan): Setahun lamanya kapal itu belayar, mengelilingi dunia dan ~ pelabuhan besar dan kecil. | Kamus Pelajar |
singgah | berhenti sebentar di sesuatu tempat ketika dlm perjalanan: Saya ~ di pejabat pos kerana hendak membeli setem. menyinggahi berhenti atau singgah di (ketika dlm perjalanan): Setahun lamanya kapal itu belayar, mengelilingi dunia dan ~ pelabuhan besar dan kecil. menyinggahkan menghentikan (kapal) di: ~ kapal di pelabuhan. persinggahan tempat singgah; tempat berlabuh atau tempat mendarat: Bangkok merupakan ~ penting bagi kapal terbang yg hendak ke Timur atau ke Barat. penyinggahan perbuatan, hal dll singgah, menyinggahi atau menyinggahkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
singgah | menyinggahi berhenti atau singgah di (ketika dlm perjalanan): Setahun lamanya kapal itu belayar, mengelilingi dunia dan ~ pelabuhan besar dan kecil. menyinggahkan menghentikan (kapal) di: ~ kapal di pelabuhan. | Kamus Pelajar |
penyinggahan | perbuatan, hal dll singgah, menyinggahi atau menyinggahkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyamperi | 1. mendekati, meng-hampiri; 2. menyinggahi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
samper | Jk; menyamperi 1. mendekati, meng-hampiri; 2. menyinggahi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
singgah | berhenti sebentar di suatu tempat (dlm perjalanan), mampir: barang di mana pasir yg baik, di sana ia ~ bermain sambil menjala dan memukat; singgah-menyinggah kerap benar singgah (dlm perjalanan): lekas-lekas kembali, jangan lengah di laut dan lagi jangan ~ di mana-mana; menyinggahi 1. berhenti atau singgah di (dlm perjalanan): negara-negara Arab yg disinggahi oleh Tun itu adalah negaranegara yg penting dlm pergolakan politik di Timur Tengah; tiga buah pelabuhan telah disinggahinya; 2. (berhenti di suatu tempat utk) mengambil atau menjemput sesuatu: maka mudiklah ia lalu disinggahinya sampan Gusti itu; 3. mengambil semula sesuatu yg telah diamanahkan (disuruh baiki dll); menyinggahkan 1. menghentikan perjalanan di sesuatu tempat, melabuhkan (kapal), mendaratkan (kapal terbang); 2. menurunkan atau meninggalkan sesuatu (ketika singgah dlm perjalanan); 3. menyilakan singgah (naik ke rumah dll); mempersinggah Mn mempersilakan singgah (mampir); persinggahan tempat singgah (berlabuh, berhenti, mendarat): Colombo telah menjadi tempat ~ yg penting bagi kapal laut dan juga kapal terbang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |