menyingkiri | menjauhkan diri dr; menghindari. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyingkiri | 1. menjauhkan (menghindarkan) diri dr: ~ bahaya; 2. ki tidak memakainya atau menggunakannya lagi (dlm berbagai-bagai erti), membuangi: segala ungkapan yg dapat melukai perasaan orang lain hendaklah disingkiri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyingkiri | menjauhkan diri dr; menghindari. | Kamus Pelajar |
penyingkiran | 1. perbuatan menyingkiri atau menyingkirkan: dlm rampasan kuasa dan ~ Jeneral Khan ini, Amerika mungkin campur tangan; 2. pengungsian; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
singkir; menyingkir | menyingkiri menjauhkan diri dr; menghindari. | Kamus Pelajar |
penyingkiran | perbuatan (hal dsb) menyingkir, menyingkiri atau menyingkirkan. | Kamus Pelajar |
singkir; menyingkir | penyingkiran perbuatan (hal dsb) menyingkir, menyingkiri atau menyingkirkan. | Kamus Pelajar |
singkir | ; menyingkir 1 tidak mahu mendekati; pergi ke tepi; mengelak; menepi: Baik kita ~, biar dia lalu. 2 pergi ke tempat jauh yg lebih aman; menyelamatkan diri ke tempat yg lebih aman: Beribu-ribu orang pelarian Palestin telah ~ ke Jordan. menyingkiri menjauhkan diri dr; menghindari. menyingkirkan 1 menjauhkan sesuatu dr; mengetepikan; menghindarkan: Mereka setuju ~ segala perselisihan antara mereka. 2 menyelamatkan sesuatu dgn membawanya ke tempat lain; mengasingkan; memindahkan: Mereka telah ~ anak-anak dan isteri mereka ke kota. ~ diri menjauhkan diri. 3 melucuti seseorang drpd jawatannya atau drpd sesuatu badan: Presiden yg baru itu telah ~ lima orang pegawai kanan tentera. tersingkir (telah) disingkirkan. penyingkiran perbuatan, hal dsb menyingkir, menyingkiri atau menyingkirkan: Mereka membantah ~ pelajar tsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
singkir | ; menyingkir 1. mengelak, menghindar, menepi, menyisi: setiap orang ~ dariku; orang berbadan gemuk yg berdiri di tengah jalan itu, nampaknya tidak mahu ~ ke tepi; 2. menyelamatkan diri (ke tempat yg lebih aman), mengungsi; 3. ki tidak memakainya lagi (adat lama), membuang: akhirnya kelak, hendaklah kita ~ semua sistem upah yg berlainan dan aneh itu; 4. = menyingkirkan mengelilingi atau mengedari sambil berjengkek-jengkek (spt ayam jantan ketika hendak mengawan); menyingkiri 1. menjauhkan (menghindarkan) diri dr: ~ bahaya; 2. ki tidak memakainya atau menggunakannya lagi (dlm berbagai-bagai erti), membuangi: segala ungkapan yg dapat melukai perasaan orang lain hendaklah disingkiri; menyingkirkan 1. menjauhkan (menghindarkan) dr: pergaulan di sekolah dan di tempat kerja lazimnya tidaklah dapat disingkirkan; ~ diri dr keindahan dan kelazatan hidup di kota; 2. membuangkan, mengesampingkan, menyisihkan: utk mengolah sebuah berita secara jujur, pemberita harus ~ pendapat dan fikiran sendiri; sekularisme ~ nilai-nilai yg diperoleh dlm usaha-usaha utk mencari objektiviti dan ilmu yg dapat dimanfaatkan; 3. menyelamatkan ke tempat yg lebih aman, mengungsikan; 4. ki menjatuhkan (orang dr jawatannya), mengeluarkan (orang sbg ahli sesuatu badan dll): parti tersebut sedang mengambil langkah ~ anggota-anggota yg terlibat dlm perarakan haram itu; 5. ki menghilangkan (jiwa orang), melenyapkan, menghabisi: setiap orang yg menentang Hitler disingkirkan; 6. mengelilingi sambil berjengkek-jengkek (spt ayam jantan mengedari ayam betina); tersingkir 1. sudah disingkirkan (diberhentikan, ditolak, dll), terbuang: setelah ~ dr parti politik, ia cuba bergiat dlm badan kebudayaan; 2. terluput (terhindar) dr, dijauhkan (dipisahkan) dr: kepercayaan kuno mereka tidak ~ oleh agama Islam; 3. terasing (terpisah) dr, terbuang: dia tidak mahu melihat Murad ~ dr keluarganya; selagi tidak ~ kuasa asing dr bumi kita ini, kita tidaklah patut berpuas hati; penyingkiran 1. perbuatan menyingkiri atau menyingkirkan: dlm rampasan kuasa dan ~ Jeneral Khan ini, Amerika mungkin campur tangan; 2. pengungsian; penyingkir = kaum ~ pengungsi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |