menyolekkan | mengenakan alat solek pd seseorang: mereka sama-sama mendandan dan ~ model pengantin itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
solekan | hasil bersolek atau menyolekkan: gadis itu mengenakan ~ yg nipis saja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
solek | (solék) 1. serba elok (pakaian, hiasan, dll); 2. cara menghias diri (dlm berbagai-bagai erti): ~nya sederhana sekali; maka dikenakan ~ helang terbang menyongsong angin; alat ~ segala yg digunakan utk menghias diri (bedak, gincu, celak, dll); bersolek 1. berhias diri (memakai bedak, mengenakan gincu, dll): Aida sedang ~ di dlm biliknya; 2. berhias dgn, menggunakan sesuatu sbg hiasan; menyolekkan mengenakan alat solek pd seseorang: mereka sama-sama mendandan dan ~ model pengantin itu; solekan hasil bersolek atau menyolekkan: gadis itu mengenakan ~ yg nipis saja; persolekan perihal bersolek: sudah ramai wanita Melayu yg mendapat ijazah dlm ilmu ~; pesolek (orang yg) suka bersolek: dia ~ benar orangnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |