Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyong.sang.kan] | مڽوڠسڠکن

Definisi : menjadikan terbalik (yg di atas menjadi di bawah, yg sepatutnya di­dahulukan dikemudiankan, dll), membalik­kan, menterbalikkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyong.sang.kan] | مڽوڠسڠکن

Definisi : menjadikan atau meletakkan sesuatu menyongsang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyongsangkan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
menyongsangkanmenjadikan atau meletakkan sesuatu menyongsang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menyongsangkanmenjadikan terbalik (yg di atas menjadi di bawah, yg sepatutnya di­dahulukan dikemudiankan, dll), membalik­kan, menterbalikkan;Kamus Dewan Edisi Keempat
menyongsangkanmenjadikan atau meletakkan sesuatu songsang.Kamus Pelajar
penyongsangalat yg menyongsangkan arus terus kpd arus ulang-alik.Kamus Dewan Edisi Keempat
penafian(negation)Proses menyongsangkan keadaan logik atau tanda isyarat atau unsur kepada logik yang berlawanan.Kamus Komputer
penafi(negator)1. Unsur yang melaksanakan pengendalian logik TAK. 2. Peranti yang akan menyongsangkan keadaan logik atau tanda sesuatu isyarat atau unsur.Kamus Komputer
songsang menyongsang dlm keadaan terbalik (bkn letak atau duduk sesuatu): tidur ~. menyongsangkan menjadikan atau meletakkan sesuatu songsang.Kamus Pelajar
songsangterbalik keadaannya (yg di atas terdapat di bawah, yg di depan terdapat di belakang dll). menyongsang dlm keadaan terbalik (bkn letak atau duduk sesuatu): tidur ~. menyongsangkan menjadikan atau meletakkan sesuatu menyongsang. songsangan sesuatu yg songsang letaknya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
songsang I1. terbalik letaknya atau duduknya (yg di atas menjadi di bawah, yg di depan menjadi di belakang, dsb), terbalik keadaannya dsb (yg sepatutnya didahulukan dikemu­diankan dsb): kerbau bertanduk ~; berjalan ~ berjalan di atas tangan (kaki ke atas); letak ~ kaki di bawah dan kepala di atas (kedudukan bayi ketika hampir akan dilahirkan); 2. ki berlawanan drpd biasa (bkn ajaran, keper­cayaan, amalan, dsb): ajaran ~; spt aur ditarik ~ prb pekerjaan atau perkara yg sukar di­selesaikan kerana sudah salah jalan; menyongsang terbalik (letaknya, duduknya, dll); menyongsangkan menjadikan terbalik (yg di atas menjadi di bawah, yg sepatutnya di­dahulukan dikemudiankan, dll), membalik­kan, menterbalikkan; tersongsang terbalik; songsangan sesuatu yg tersongsang, kebalik­an; kesongsangan keadaan yg terbalik drpd ke­biasaan: selama ini telah wujud ~ di kalangan sesetengah pengkritik drama tanah air; penyongsangan perihal (perbuatan dsb) me­nyongsangkan; penyongsang alat yg menyongsangkan arus terus kpd arus ulang-alik.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas