sukat | 1 bekas yg dpt diisi sebanyak 4 gantang dan digunakan utk menakar atau utk mengukur sesuatu. 2 = sukatan sistem atau unit yg digunakan utk mengukur sesuatu; ukuran. menyukat 1 mengukur atau mengira banyaknya sesuatu benda dgn sukat. 2 mengukur besarnya (luasnya, panjangnya dsb) sesuatu dgn menggunakan alat-alat tertentu: Dua orang juruukur sedang ~ tapak sebuah bangunan. sukatan 1 sistem atau unit yg digunakan utk menyukat sesuatu; ukuran: Berapa luas negeri Pahang dlm ~ ekar? 2 hasil drpd menyukat: ~nya tidak betul. ~ pelajaran ringkasan atau keterangan ringkas ttg mata pelajaran yg perlu diajarkan. penyukatan hal atau perbuatan menyukat. penyukat 1 alat yg digunakan utk menyukat: ~ suhu. 2 orang yg kerjanya menyukat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sukat I | 1. takaran yg besarnya empat gantang; 2. = sukatan ukuran (panjang, luas, dan isipadu); 3. bp = menyukat mengukur (menakar dll); tukang ~ bp orang yg mengukur tanah; yg se~ tak akan jadi segantang prb untung nasib tidak dapat diubah-ubah; bersukat 1. mengukur (menakar) dgn sukat; 2. diukur (dikira) dgn satuan tertentu: makanan itu ~ betul-betul; ~ dgn rah sl membunuh orang; ~ darah, bertimbang daging prb berlawan bermati-matian; telah penuh sbg ~ prb sudah habis kesabarannya; menyukat 1. mengukur dgn sukat; 2. mengukur (panjang, luas, isi): selepas itu aku bekerja di hutan ~ tanah; sukatan 1. satuan yg digunakan utk menyukat, ukuran: berapakah luasnya dlm ~ hektar?; sebutkan isinya dlm ~ liter; 2. sesuatu hasil drpd menyukat (setelah disukat), catuan: di bawah ini diberikan lagi satu ~ makanan yg memberi tenaga sebanyak 2600 kilogram kalori; 3. sesuatu yg digunakan utk menyukat (menentukan, menilai, dll): sudut itu diukur dgn ~ darjah; ~ pelajaran butir-butir ringkas drpd mata pelajaran yg diberikan (di sekolah dll); penyukatan perbuatan menyukat; penyukat 1. alat yg digunakan utk menyukat (mengukur dll): ~ suhu; 2. orang yg menyukat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menimbang | 1 menyukat atau mengukur berat sesuatu dgn menggunakan dacing dll. 2 memikirkan sesuatu perkara dgn sedalam-dalamnya utk menentukan baik buruknya: Dia harus ~ baik buruk perkara itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menakar | 1. menyukat (ubat dll) dgn takar, mengukur dgn takar; 2. ki mengambil semuanya, membolot: segala belanja yg dikeluarkan oleh isterinya hendak ditakarnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jangka I | 1 alat utk memotong daun mengkuang supaya menjadi jalur-jalur kecil. 2 alat utk menyukat atau utk mengukur sesuatu. ~ bunyi alat utk menguji pendengaran orang pekak atau utk menguji bunyi. ~ cahaya alat utk menyukat kekuatan cahaya; fotometer. ~ galvani alat utk mengesan dan menyukat arus elektrik; galvanometer. ~ kalori alat utk menyukat haba (yg dihasilkan oleh bahan tertentu akibat drpd sesuatu tindak balas dsb); kalorimeter. ~ laju alat utk menyukat lajunya perjalanan sesebuah kenderaan (spt dlm kiraan kilometer per jam). ~ lembap alat utk menyukat wap air dlm udara; higrometer. ~ lukis alat berkaki dua yg dpt dilebarkan atau disempitkan utk membuat bulatan atau utk mengukur jarak pd peta. ~ sudut alat utk menyukat atau melukis sudut; protraktor. ~ suhu alat utk menyukat suhu; termometer. ~ tumpat alat utk menyukat ketumpatan sesuatu cecair. menjangka 1 memotong (daun mengkuang) dgn jangka. 2 mengukur dgn jangka. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gantang | 1 unit sukatan yg besarnya empat cupak dan digunakan utk menyukat beras dll. 2 alat yg digunakan utk menyukat beras dll. menggantang menyukat dgn gantang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jangka I | 1. alat utk memotong daun mengkuang supaya menjadi jalur-jalur kecil. 2. alat utk menyukat atau utk mengukur sesuatu. ~ bunyi alat utk menguji pendengaran orang pekak atau utk menguji bunyi. ~ cahaya alat utk menyukat kekuatan cahaya; fotometer. ~ galvani alat utk mengesan dan menyukat arus elektrik; galvanometer. ~ kalori alat utk menyukat haba (yg dihasilkan oleh bahan tertentu akibat drpd sesuatu tindak balas dsb); kalorimeter. ~ laju alat utk menyukat lajunya perjalanan sesebuah kenderaan (spt dlm kiraan kilometer per jam). ~ lembap alat utk menyukat wap air dlm udara; higrometer. ~ lukis alat berkaki dua yg dpt dilebarkan atau disempitkan utk membuat bulatan atau utk mengukur jarak pd peta. ~ sudut alat utk menyukat atau melukis sudut; protraktor. ~ suhu alat utk menyukat suhu; termometer. ~ tumpat alat utk menyukat ketumpatan sesuatu cecair. menjangka 1. memotong (daun mengkuang) dgn jangka. 2. mengukur dgn jangka. | Kamus Pelajar |
jangka I | 1. = ~ lukis alat berkaki dua yg dapat dilebarkan atau disempitkan kakinya utk membuat bulatan (mengukur jarak pd peta dll); 2. alat utk membelah daun mengkuang atau daun pandan menjadi jalur-jalur kecil; 3. alat menyukat atau mengukur sesuatu (suhu, arus elektrik, dll); ~ bunyi alat utk menguji pendengaran orang pekak atau utk menguji bunyi; ~ cahaya alat utk menyukat atau membandingkan kekuatan cahaya drpd sumber yg berbeza, fotometer; ~ galvani alat utk menyukat arus elektrik, galvanometer; ~ halus alat utk mengukur jarak atau sudut yg kecil dgn tepat, mikrometer; ~ hayat jangka masa atau tempoh hidup seseorang atau kegunaan sesuatu (alat, jentera, dll); ~ kalori alat utk menyukat banyaknya haba yg dikeluarkan (diserap atau dialirkan), kalorimeter; ~ laju alat utk menyukat laju, meter laju; ~ lembap alat utk menyukat banyak atau sedikitnya wap air dlm udara, higrometer; ~ sudut alat utk mengukur atau melukis sesuatu sudut, protraktor; ~ suhu alat utk menyukat tinggi rendah suhu pd sesuatu ketika, termometer; ~ tekanan alat utk menyukat tekanan udara, barometer; ~ tekanan gas alat utk menyukat tekanan gas, manometer; ~ tinggi alat utk menyukat tinggi tempat dr paras muka laut, altimeter; ~ tolok alat utk membuat bulatan (lengkok), ruang, dan menentukan jarak jauh; ~ tumpat alat utk menyukat ketumpatan sesuatu cecair, hidrometer. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
takar | 1. sj bekas drpd tembikar (utk menyimpan cuka, halia, dll), buyung, guri; 2. ukuran banyak (gelen, liter, dll); gelas ~ Id tabung kaca yg bersenggat-senggat utk menyukat benda-benda cair (dlm ujian kimia); setakar ki sama ukuran, seimbang, sekadar; menakar 1. menyukat (ubat dll) dgn takar, mengukur dgn takar; 2. ki mengambil semuanya, membolot: segala belanja yg dikeluarkan oleh isterinya hendak ditakarnya; takaran 1. alat utk menakar sesuatu; 2. ki sesuatu yg menjadi ukuran, kadar;~ kehidupan perbelanjaan hidup yg mencukupi; ~ sudah hampir penuh sudah tua. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gantang | 1. unit sukatan yg besarnya empat cupak dan digunakan utk menyukat beras dll. 2. alat yg digunakan utk menyukat beras dll. menggantang menyukat dgn gantang. | Kamus Pelajar |