menyulami | ki menyelang dgn, menyelingi: guru ~ percakapannya dgn memberikan kerja yg mudah; cerita-cerita ini memberi peluang utk disulami dgn tarian; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sulam II | ; menyulam 1. mengganti tanaman yg mati dgn yg baru, menyilih: benih yg baru ditabur terpaksa ditengok selalu, yg tidak tumbuh disulam lagi; 2. ki menyelangi atau mencelahi sesuatu (perbuatan, percakapan, dll) dgn yg lain, menyelitkan sesuatu dgn yg lain (biasanya utk mengindahkan, menyeronokkan, dll): dia begitu pandai ~ ceritanya dgn hal yg lucu-lucu; menyulami ki menyelang dgn, menyelingi: guru ~ percakapannya dgn memberikan kerja yg mudah; cerita-cerita ini memberi peluang utk disulami dgn tarian; sulaman ki sesuatu yg diselingi, selingan: adunan dan ~ dlm cerita ini dapat memuaskan selera. | Kamus Dewan Edisi Keempat |