menyunat | memotong kulup, mengkhatankan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sunat II | = ~ rasul khatan; tukang ~ orang yg mengkhatankan, bengkong, mudin; bersunat = ~ rasul dikhatankan, masuk Jawi, bersuci: kata kawan-kawannya yg telah ~ di rumah sakit, doktor pakai ubat pelali dan tentunya tidak terasa apa-apa; menyunat memotong kulup, mengkhatankan; menyunati Jk = menyunatkan; menyunatkan, menyunatrasulkan mengkhatankan: aku menjalankan segala tugas orang tua sampai kpd ~nya; sunatan majlis (kenduri) berkhatan: pagi itu pagi ~ anak yg ketiga seorang kaya; anak ~ anak yg disunatkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |