Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyungguhi, menyungguh-nyungguhi, mempersungguhi


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sungguh1. tidak bohong, tidak lancung,benar, betul: ~ demikianlah yg sebenar­-benarnya kejadian; 2. = ~ hati = sungguh-sungguh tidak main-main, dgn segenap hati, dgn tekun: kelemahan inilah yg harus diketahui, yg harus dicari sungguh-sungguh jika ia mahu berjaya; 3. amat, sangat, terlalu: bising ~ bunyi kedua-duanya bertengkar; letih ~ rasa badan saya; 4. memang, sebenar­nya, sebetulnya: ~ ada bapamu mening­galkan engkau emas; sesungguhnya 1. bahawasanya, sebenarnya, sebetulnya: ~ dua hari yg lalu, laki-laki perem­puan banyak datang menemui dia; 2. memang (begitu), sememangnya: ~ hari telah rembang petang, matahari sudah condong benar ke barat; bersungguh-sungguh (berusaha, bekerja) dgn segenap hati, dgn penuh minat, tidak main-main: apakah pengakuannya itu satu penga­kuan yg dibuat ~ atau kerana paksaan? menyungguhi, menyungguh-nyungguhi, mempersungguhi Mn mengerjakan sesuatu dgn sungguh-sungguh (tidak main-main, dgn sedaya upaya): maka diangkat tiada ter­angkat, maka disungguhi, terangkat se­hingga lutut; menyungguhkan 1. mengakui, membe­narkan, mengesahkan: sekalian yg mende­ngar itu ~; 2. = mempersungguhkan mengusahakan benar-benar (dgn segenap hati): segala amalan mengutamakan peng­gunaan bahasa kebangsaan akan dima­jukan terus, bahkan mustahak dipersung­guhkan lagi; 3. = ~ diri menjaga diri supaya selamat (drpd musuh dll); kesungguhan perihal (sikap dsb) sungguh­-sungguh, kebulatan hati, minat serta kete­kunan (melakukan sesuatu), ketulusan: ia mendengarnya dgn penuh ~; satu persoalan yg dapat kita lihat amat relevan sekarang ialah ketegasan dan ~ kerajaan dlm usaha­nya melaksanakan penggunaan bahasa Melayu; penyungguhan perihal menyungguhkan (membenarkan, mengiakan), pembenaran, pengesahan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas