menyuram | menjadi suram (bkn cuaca dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyuram | bertukar menjadi suram, menjadi muram (buram, pudar); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyuram | menjadi suram (bkn cuaca dsb). | Kamus Pelajar |
suram | menyuram menjadi suram (bkn cuaca dsb). | Kamus Pelajar |
meredupkan | menjadikan redup, menyuramkan, dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
suram | 1 tidak berapa terang (bkn cahaya); kurang cahayanya; agak gelap; redup: Cahaya matahari pun ~. 2 tidak bercahaya (bkn batu permata, barang kemas dll); buram. 3 tidak berseri (bkn muka, mata dll); muram: Dgn wajah yg ~, dia pergi meninggalkan kampungnya. menyuram menjadi suram (bkn cuaca dsb). menyuramkan menjadikan suram. kesuraman keadaan suram; kemuraman. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
redup | 1. berawan (langit), tidak terang (cuaca), mendung: hari pun ~, tiadalah tampak akan cahaya matahari; 2. agak gelap kerana dilindungi awan, tidak panas terik: matahari ~; 3. berasa panas (kerana cuaca mendung); 4. ki kurang cahayanya, suram (mata, wajah, dll), kurang terang atau hampir padam (nyala api); 5. berkurang, merosot (kemegahan, kemuliaan, dll); 6. mulai berhenti, tenang kembali, reda (angin, hujan, kasih, dll): ribut itu pun ~; 7. sayup-sayup (bunyi-bunyi): gemercik air sayup-sayup dan desau angin ~; 8. tidak gembira, susah hati (perasaan dll): ia menyahut dgn ~; ~-~ alang = ~-~ bahasa agak redup (gelap, suram) sedikit; meredup menjadi redup (tidak terang); meredupkan menjadikan redup, menyuramkan, dll; keredupan perihal redup: ~ petang menambahkan kesunyian di ladang itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
suram | 1. tidak berapa terang (cahaya dll), agak gelap, kurang cahaya, redup (cuaca): di dlm kamar tidurnya itu hanya lampu tidur sahaja yg hidup, lampu kecil yg ~ cahayanya; petang yg ~; 2. tidak berkilauan atau bercahaya (barang emas, perak, dll), tidak bening (batu permata), buram: kalau beberapa hari tidak dicucinya, kereta itu kelihatan ~; 3. tidak berseri-seri (muka, mata, dll), kusam, kuyu, muram (kerana sedih dll): di ambang pintu terdiri Jenab dgn pakaian serba hitam, rambutnya tidak berdandan, mukanya ~; matanya ~; 4. kurang seronok (kehidupan dll), kurang berbahagia, susah (hati dll), sedih: sesekali guruh menderam di sebelah barat, di hati mereka ~, besok entahkan hujan!; kehidupan yg ~; suram-suram; ~ gelap sedikit gelap (sehingga tidak kelihatan nyata), samar-samar, sabur limbur; menyuram bertukar menjadi suram, menjadi muram (buram, pudar); menyuramkan menjadikan suram (buram, pudar, dll), memuramkan, memudarkan: jalan ke rumahnya yg gelap makin ~ pandangannya; kesuraman perihal suram, kemuraman, kepudaran: di wajahnya, terbayang kesulitan hidup serta ~ masa hadapan anak-anak itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |