menyusutkan | menjadikan susut; mengurangkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyusutkan | menjadikan susut, mengecilkan, mengurangkan: jatuhnya harga getah telah ~ pendapatan orang kampung; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyusutkan | menjadikan susut; mengurangkan. | Kamus Pelajar |
mengusaki harta | menyusutkan (meng-habiskan) harta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyusutan | perihal menyusutkan (mengurangkan, mengecilkan), pengecilan, pengurangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
susut | menyusutkan menjadikan susut; mengurangkan. | Kamus Pelajar |
merosotkan | menurunkan, mengurangkan, menyusutkan (harga, mutu, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meluakkan | menjadikan kurang; mengurangkan; menyusutkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengurangkan | menyebabkan jadi kurang; menyusutkan: Berbagai-bagai langkah telah diambil oleh kerajaan utk ~ kemalangan yg berlaku di jalan raya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengurangkan | 1. menjadikan kurang, menyusutkan, memotong (menjadikan sedikit): rancangan pembangunan negara akan ~ bilangan orang yg menganggur; langkah-langkah kesihatan telah diambil utk ~ bahaya penyakit; 2. memotong (mengambil, menolak) dr (sesuatu jumlah dsb): harganya akan dikurangkan 20% jika dibayar tunai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |