meragu | Mn mengganggu, mengacau, membingungkan: jangan ~ engkau di sini, mari pulang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyangsikan | menaruh syak akan, meragu-ragui: mengapa pula kita mesti ~ per-hubungan mereka? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mewahamkan | 1. menduga, menyangka-nyangka; 2. mencurigakan, meragu-ragukan, mengesyaki; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sangsi I | = bersangsi (berperasaan) ragu-ragu, syak: mereka berasa ~ adakah perubatan itu akan mendatangkan kebaikan atau sebaliknya; menyangsikan menaruh syak akan, meragu-ragui: mengapa pula kita mesti ~ per-hubungan mereka? kesangsian perihal sangsi, keragu-raguan: tindakan masih belum tegas, masih penuh diselubungi ~; penyangsi (orang yg) selalu sangsi, (orang yg) tidak mudah percaya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ragu | ; ~ hati = ragu-ragu syak hati, bimbang, bingung, sangsi, waswas: ia ragu-ragu tentang kejujuran pemuda itu; ia berasa ragu-ragu hendak menjawab; meragu Mn mengganggu, mengacau, membingungkan: jangan ~ engkau di sini, mari pulang; meragui menaruh syak pd, bimbang terhadap, sangsi terhadap, waswas terhadap, mengesyaki: kedudukan persoalan sudah jelas, tidak ada suatu yg diragui lagi; kejujuran orang itu masih diragui lagi; meragukan menjadikan ragu-ragu: jadi, apakah yg ~ hatimu lagi? keraguan, keragu-raguan 1. perihal ragu, kesangsian, kebingungan: kelewatannya pulang drpd biasa menimbulkan ~ dan sangkaan yg bukan-bukan drpd isterinya; keragu-raguan itu timbul kerana kata yg dipakai kurang jelas; 2. = ragu-raguan dlm keadaan ragu-ragu (bimbang, sangsi, syak): Nawawi bertanya ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
waham | sangkaan atau alasan yg samar-samar (jauh drpd yakin), waswas: tiga kali saya mengangkat takbir barulah berasa betul bersih dan tidak ada syak dan ~; mewahamkan 1. menduga, menyangka-nyangka; 2. mencurigakan, meragu-ragukan, mengesyaki; kewahaman sesuatu yg diwahamkan (dicurigai): ilmu al-Yaqin itu tidak mengandungi sebarang keraguan, kesalahan, dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |