raih | ; meraih 1 menarik ke arah diri sendiri: Ia ~ anak itu ke dlm rangkulannya. 2 membeli barang banyak-banyak utk dijual kembali: Kerjanya setiap hari ~ ikan. peraih orang yg berniaga secara membeli barang banyak-banyak dan kemudian menjualnya pula. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
raih | tarik, lwn tolak (dorong, sorong); tolak (menolak) ~ a) beri-memberi serta ambil-mengambil; b) tawar-menawar (berjual beli); meraih 1. menarik kpd diri sendiri: Sufian diraihnya ke dadanya; ia ~ anak itu ke dlm rangkulannya; ~ dayung; 2. ki menarik (hati), memikat (orang dll); ~ hati menarik hati; 3. memborong utk menjual lagi (barang dagangan): kerjanya ~ ikan utk dibawa ke kampung-kampung; 4. memperoleh, mendapatkan, mengumpulkan: memang benar kata-kata Joyah isterinya, apalagi mahu diraih rezeki di sungai itu; dia hanya berjaya ~ pingat perak dlm acara 200 meter; ~ pekung ke dada prb sengaja mencari malu atau bencana; ~ pangkur ke dada prb insaf akan diri sendiri; malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih prb segala-galanya terserah kpd untung (nasib); peraih 1. pedagang yg membeli barang dgn jumlah yg banyak dan kemudian menjualnya, pemborong, orang tengah; 2. sampan utk berdagang (memborong barang-barang dan menjualnya); berjagal ~ Mn berjual beli barang dlm jumlah yg banyak, memborong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meraih | 1 menarik ke arah diri sendiri: Ia ~ anak itu ke dlm rangkulannya. 2 membeli barang banyak-banyak utk dijual kembali: Kerjanya setiap hari ~ ikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meraih | 1. menarik kpd diri sendiri: Sufian diraihnya ke dadanya; ia ~ anak itu ke dlm rangkulannya; ~ dayung; 2. ki menarik (hati), memikat (orang dll); ~ hati menarik hati; 3. memborong utk menjual lagi (barang dagangan): kerjanya ~ ikan utk dibawa ke kampung-kampung; 4. memperoleh, mendapatkan, mengumpulkan: memang benar kata-kata Joyah isterinya, apalagi mahu diraih rezeki di sungai itu; dia hanya berjaya ~ pingat perak dlm acara 200 meter; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
raih; meraih | 1 menarik ke arah diri sendiri: Ia ~ anak itu ke dlm rangkulannya. 2 membeli barang banyak-banyak utk dijual kembali: Kerjanya setiap hari ialah ~ ikan. peraih orang yg berniaga secara membeli barang banyak-banyak dan kemudian menjualnya pula. | Kamus Pelajar |
mengipratkan | 1. menepis, menangkis (dgn tangan): tangannya meraih-raih hendak memeluk Martini, tetapi dikipratkan oleh Martini; 2. merenjiskan, memercikkan air dgn tangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kiprat | Jk; mengipratkan 1. menepis, menangkis (dgn tangan): tangannya meraih-raih hendak memeluk Martini, tetapi dikipratkan oleh Martini; 2. merenjiskan, memercikkan air dgn tangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merenggut | 1. menarik (mengambil, mencabut, menyentak, merebut) dgn kekerasan, merampas: perompak itu ~ beg dr tangannya; Ratna dgn tiba-tiba ~ surat khabar yg sedang dibaca Mansor; 2. meraih, merengkuh: ~ dayung; ~ kaki menarik-narik kaki, hampir mati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
renggut | ; merenggut 1. menarik (mengambil, mencabut, menyentak, merebut) dgn kekerasan, merampas: perompak itu ~ beg dr tangannya; Ratna dgn tiba-tiba ~ surat khabar yg sedang dibaca Mansor; 2. meraih, merengkuh: ~ dayung; ~ kaki menarik-narik kaki, hampir mati; merenggut-renggut merenggut beberapa atau berulang kali, menarik-narik: dia ~ rambutnya spt orang kemasukan syaitan; renggutan sentakan (tarikan) yg keras atau kuat, rampasan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rangkul | ; merangkul 1. memeluk, merangkum: dia melonjak keriangan dan meluru ~ anak kecil itu; bantal guling ini bagi kami gunanya dirangkul sepanjang malam; 2. mencapai (kemenangan dsb), memenangi, menggondol: kedua-dua pemain dr China itu pernah ~ kejayaan acara perseorangan dlm pertandingan-pertandingan antarabangsa; pasukan PDRM ~ 11 pingat emas; rangkulan pelukan: ia meraih anak itu ke dlm ~nya; seperangkul sepemeluk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |