rajut | 1. jala-jala, jaring-jaring; 2. siratan benang dll yg berupa jaring utk membuat pundi-pundi (dipakai pd sanggul dll); 3. pundi-pundi (pura, kantung) yg dibuat drpd siratan benang (rami dll): walaupun meregas rumput dan menjualnya tiga sen se~, atau membuka toko yg bertingkat-tingkat....; merajut 1. menyirat jaring-jaring (jala-jala), membuat rajut: gentian bulu itu dipintal menjadi benang, kemudiannya ditenun menjadi kain, ataupun dirajut menjadi pakaian; 2. memasang rajut; ~ badan menyusahkan diri; ~ burung menangkap burung dgn menggunakan rajut (jaring); ~ perut menahan lapar, menahan (mengurangkan) makan; rajutan sesuatu (jala, jaring, dll) yg dirajut: ~ yg kemas; perajutan perihal (perbuatan dsb) merajut; perajut 1. orang yg merajut (jaring, jala dsb); 2. alat utk merajut (menyirat). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perajut | 1. orang yg merajut (jaring, jala dsb); 2. alat utk merajut (menyirat). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merajut | 1. menyirat jaring-jaring (jala-jala), membuat rajut: gentian bulu itu dipintal menjadi benang, kemudiannya ditenun menjadi kain, ataupun dirajut menjadi pakaian; 2. memasang rajut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kaitan | 1. kait (benda yg hujungnya berkait); 2. hasil mengait (merajut): alat ini digunakan utk membaiki ~ tangan atau mesin; 3. yg diikat (dirajut): barang ~; gelung ~; 4. hubungan, pertalian: perkara itu mempunyai ~ yg rapat dgn rundingan damai; tali jangan putus, ~ jangan serkah prb menyelesaikan sesuatu perkara biarlah seadil-adilnya supaya dapat diterima kedua-dua pihak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengait | 1. memetik (menarik dll) sesuatu dgn kait, mencangkuk, menggancu: ~ buah rambutan; maka datang hulubalang Pahang ~ jong itu; 2. merajut dgn jarum kait: ia terpaksa menyulam dan ~ renda utk nafkah hidupnya; 3. melukai dgn sesuatu yg berkait: duri itu ~ kakinya; 4. ki mengambil keuntungan dll dgn cara tidak halal; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kait I | 1. besi (bulu dll) yg bercangkuk hujungnya; jarum ~ jarum utk mengait; 2. ki sangkut-paut, tipu muslihat, sesuatu yg terselindung: sebelum menandatangani sesuatu, periksa dahulu kalau-kalau ada ~nya; ~-paut sangkut-paut, hubungan atau kaitan: musibah atas diri seseorang tidak ada ~ dgn orang lain; berkait 1. mempunyai kait, bercangkuk hujungnya: memetik buah rambutan dilakukan dgn galah yg ~; 2. tersangkut (pd): duri ~ pd bajunya; 3. = berkaitan; berkaitan, berkait-kaitan bersangkutan, berhubungan, berkenaan: hal-hal yg ~ dgn kewangan; perkara-perkara yg ~ dgn pelajaran; keberkaitan keadaan (hal) berkait: terdapat ~ sistem-sistem ilmu pengetahuan tersebut; mengait 1. memetik (menarik dll) sesuatu dgn kait, mencangkuk, menggancu: ~ buah rambutan; maka datang hulubalang Pahang ~ jong itu; 2. merajut dgn jarum kait: ia terpaksa menyulam dan ~ renda utk nafkah hidupnya; 3. melukai dgn sesuatu yg berkait: duri itu ~ kakinya; 4. ki mengambil keuntungan dll dgn cara tidak halal; mengaitkan 1. menjadikan berkait (bercangkuk, bersangkut), mencangkukkan, menghubungkan: baginda ~ kelingking anakanda kedua-dua laki isteri; 2. = memperkaitkan menjadikan bersangkutan (berhubungan, bertalian), memperhubungkan: perkara itu lebih menyayat hati apabila diperkaitkan dgn rencana penulis tersebut; kita selalunya memperkaitkannya dgn kebolehan utk mendapatkan ilmu pengetahuan; terkait terlibat; kaitan 1. kait (benda yg hujungnya berkait); 2. hasil mengait (merajut): alat ini digunakan utk membaiki ~ tangan atau mesin; 3. yg diikat (dirajut): barang ~; gelung ~; 4. hubungan, pertalian: perkara itu mempunyai ~ yg rapat dgn rundingan damai; tali jangan putus, ~ jangan serkah prb menyelesaikan sesuatu perkara biarlah seadil-adilnya supaya dapat diterima kedua-dua pihak; keterkaitan keadaan terkait: aspek kemasyarakatannya diteliti dlm ~nya dgn unsur struktur karya sastera; perkaitan perihal berkait(an), perhubungan: soal-soal yg dibincangkan mempunyai ~ langsung dgn masalah perkauman; yg menarik hati saya ialah ~ makna perkataan hias dgn gaya; pengaitan perihal mengaitkan sesuatu, pelibatan: prinsip pembahagian kerja dan ~ tanggungjawab dan kekuasaan; pengait 1. kait (benda yg hujungnya berkait); 2. orang yg mengait: ~ kelapa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sirat I | mata jala (jaring dll); ~-~ gigi celah-celah gigi; bersirat berjalin-jalin, berjala-jala, berselirat: kain ungu bertepi merah, berair mas dipahat, ~ benang mas bertatah pudi manikam; menyirat membuat jala dll, menganyam, menjalin, merajut: ia sedang ~ jala ikannya di dapur; tersirat 1. telah disirat (jala, rajut, dll), terjalin; 2. ki terkandung atau tersembunyi (di dalam sesuatu): rahsia besar yg ~ di hatinya tidak ada seorang pun yg mengetahuinya; siratan 1. jalinan; 2. sesuatu yg tersembunyi: dgn melihat ~ dlm suratan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |