Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ramai (adjektif)
1. Bersinonim dengan bising: riuh, hiruk, hingar, riuh-rendah, hiruk-pikuk, gegak-gempita, hingar-bingar, laguh-lagah, becang-becok,
Berantonim dengan sunyi

2. Bersinonim dengan meriah: ceria, gembira, riang gembira,
Berantonim dengan sugul

3. Bersinonim dengan giat: aktif, cergas, sibuk, racau,
Berantonim dengan lembap

4. Bersinonim dengan hebat: dahsyat, luar biasa,

5. Bersinonim dengan banyak: sejumlah besar, berbondong-bondong, berpusu-pusu, bersesak-sesak, berduyun-duyun, berasak-asak, berhimpit-himpit,
Berantonim dengan sedikit

Kata Terbitan : seramai, beramai-ramai, meramaikan, keramaian,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
ramai1 terdiri drpd jumlah yg banyak (bkn orang): Pengunjung sangat ~ di pesta itu. ~ muai sangat ramai; terlalu ramai. 2 banyak penduduknya: Pd zaman itu, pelabuhan Melaka sangat ~. 3 tidak sunyi; sibuk; giat (bkn perdagangan): Pasaran saham sekarang tidak begitu ~ spt beberapa bulan dahulu. 4 orang banyak; umum: kegemaran ~ kegemaran orang banyak; khalayak ~ orang banyak; orang ~ orang kebanyakan; suara ~ suara orang banyak. 5 riuh-rendah (bunyinya); bising: Suara para penonton terlalu ~ sehingga orang bercakap di sebelah pun tidak kedengaran. 6 hebat atau dahsyat (bkn peperangan, perkelahian dll). 7 riang gembira; sangat meriah: Pesta itu sangat ~ kerana banyak orang yg mengunjunginya. beramai-ramai bersama-sama dgn orang lain yg ramai: Kami keluar ~ berarak berkeliling bandar. meramaikan 1 membuat supaya ramai; menjadikan banyak jumlah orang (penduduk, penghuni dsb): Kedatangan orang-orang baru telah ~ kampung kami. 2 menyebabkan bising (riuh-rendah); meriuhkan: ~ suasana. keramaian majlis utk merayakan sesuatu; pesta: Satu ~ telah diadakan di Taman Tasik utk menyambut hari ulang tahun kemerdekaan. seramai sebanyak; sejumlah: Penduduk bandar itu ~ sejuta orang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
meramaikan1. menjadikan ramai, menye­bab­­kan ramai (riuh-rendah, hiruk-pikuk): kereta ini diramaikan dgn bual penumpang-penumpangnya; 2. menjadikan banyak, mem­­­banyakkan: ~ kaum keluarga; 3. men­jadikan gembira, memeriahkan: ia meng­ucapkan terima kasih kpd kawan-kawannya yg datang ~ majlis hari jadinya;Kamus Dewan Edisi Keempat
ramai1. riuh-rendah, hiruk-pikuk (bunyi, suara, dll): orang menyabung terlalu ~, bunyi sorak spt akan sampai ke langit; 2. sangat hebat, dahsyat (peperangan, perkelahian, dll): maka berperanglah Temenggung Seri Udana dgn Peringgi terlalulah ~; 3. sangat gembira, sangat meriah, riang gembira: Encik Ramli pun hanya ~ dlm hati sendiri; 4. aktif, giat, sibuk: sesudah meleset beberapa lama, pasar­an getah ~ kembali; Singapura ialah bandar per­niagaan yg ~; 5. banyak penghuninya (pen­duduknya): pd zaman itu negeri Siak ~; 6. banyak (orang), orang banyak, umum: ~ orang berkumpul; perkara Dang Kenanga jangan­­lah dijadikan soal ~; di muka ~ di depan orang banyak (umum); kemahuan ~ kemahuan umum; khalayak ~ orang banyak, umum; ke­gemaran ~ kesukaan umum; orang ~ a) orang biasa (kebanyakan); b) orang yg banyak (umum); suara (pendapat) ~ suara atau pendapat umum; ~ beragam, rimbun menyelara prb kesukaan (kemahuan) tiap-tiap seorang tidak sama; seramai 1. sama banyak (dgn); 2. sebanyak, sejumlah: penduduk-penduduk yg ~ sejuta orang itu; beramai-ramai 1. berbuat sesuatu dgn riuh-rendah (hiruk-pikuk): mereka ketawa ~; undang-undang tidak dapat digubal dgn ber­tengkar ~; 2. bersama-sama (banyak orang), banyak-banyak (tidak berseorang): se­lepas tembakan itu kami keluar ~ melihat api; mari kita kerjakan ~; meramai-ramai ark beramai-ramai: anak buah Bendahara pun pergilah mengambil peti itu, diramai-ramai­nya dibawanya ke hadapan Benda­hara; beramai-ramaian sl 1. dgn ramainya, dgn banyaknya: sekali persetua ayah hamba raja Tanjung Pura pergi ~ ke pulau; 2. dgn riuh-rendahnya (hiruk-pikuknya): terlalulah suka pula aku melihatkan orang menyabung ~ itu; meramaikan 1. menjadikan ramai, menye­bab­­kan ramai (riuh-rendah, hiruk-pikuk): kereta ini diramaikan dgn bual penumpang-penumpangnya; 2. menjadikan banyak, mem­­­banyakkan: ~ kaum keluarga; 3. men­jadikan gembira, memeriahkan: ia meng­ucapkan terima kasih kpd kawan-kawannya yg datang ~ majlis hari jadinya; memperamai, memperamaikan menye­rang beramai-ramai, membanyaki: malang­nya tok guru diperamaikan dan mati di­tikam; ia menetak dan menikam Peringgi tetapi apakan daya ia diperamai oleh Peringgi; keramaian 1. perihal ramai (riuh-rendah dll): melalui jendela aku lihat ~ lalu lintas; ia suka berkunjung ke negara-negara asing, melihat ~ kota dan pemandangan di per­desaan; 2. perayaan, pesta: ~ menyambut hari perkahwinannya ialah suatu peristiwa besar; satu ~ telah diadakan bagi menyam­but hari kemerdekaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
meramaikan1 membuat supaya ramai; menjadikan banyak jumlah penduduknya:Kedatangan orang-orang baru telah ~ kampung kami. 2 menyebabkan bising (riuh-rendah); meriuhkan: ~ suasana.Kamus Pelajar
meriah1. riang gembira, suka ria: mereka merayakan kemenangan itu dgn sangat ~; suasana di Carenoble kelihatan ~ kerana Krismas tidak lama lagi akan menjelang; 2. besar-besaran, ramai: pesta main pantai tahun ini lebih ~ drpd tahun-tahun lalu; 3. dgn rasmi, dgn upacara (kebesaran, kemuliaan, dll): mereka pun mulai menyanyikan lagu kebangsaan dgn ~ dan penuh perasaan; memeriahkan menjadikan meriah, meng­gembirakan, meramaikan, dll: pesta itu di-meriahkan dgn tarian dan nyanyian drpd berbagai-bagai bangsa; kemeriahan keriaan, kegembiraan, kera­maian: hari ulang tahun keputeraan Nabi SAW telah kita peringati dan telah kita rayakan dgn penuh kemesraan dan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
raya I1. besar (terbatas pemakaiannya); alam ~ dunia sejagat; badak ~ sj badak yg besar; bandar ~ bandar yg besar; gendang ~ gendang besar; hari ~ = Hari R~ Puasa hari utk meraikan berakhirnya puasa, lebaran; hari ~ besar a) Hari Raya Puasa; b) Hari Raya Haji; Hari R~ Haji (korban, adha) hari besar Islam yg dirayakan pd 10 Zulhijah (selepas berhenti di Arafah); Indonesia ~ lagu kebangsaan Indonesia; jalan ~ jalan besar; kaya ~ kaya sekali; bulan purnama ~ bulan purnama yg penuh; 2. bp hari besar; ~ haji Hari Raya Haji; kuih ~ kuih hari raya; 3. umum, awam (dipakai dlm beberapa ungkapan sahaja); balai ~ balai utk orang ramai; Jabatan Kerja R~ jabatan yg mengurus kerja-kerja umum spt membina jalan dll; pendakwa ~ pegawai yg mendakwa bagi pihak kerajaan; pilihan ~ pilihan umum; rimba ~ rimba luas; beraya bp berhari raya; merayakan memuliakan (memperingati, meramaikan) hari besar (hari peringatan, peristiwa penting, dll): ~ hari kemerdekaan negara; ~ hari jadinya; perayaan pesta utk merayakan sesuatu peristiwa, keramaian, perjamuan, dll: ~ maulud Nabi SAW; ~ hari kemerdekaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
ramai1 banyak penduduknya: Pd zaman itu pelabuhan Melaka sangat ~. ~ muai sangat ramai; terlalu ramai. 2 tidak sunyi; sibuk; giat (bkn perdagangan): Pasaran saham sekarang tidak begitu ~ spt beberapa bulan dahulu. 3 orang banyak; umum: kegemaran ~ kegemaran orang banyak; khalayak ~ orang banyak; orang ~ orang kebanyakan; suara ~ suara orang banyak. 4 riuh-rendah (bunyinya); bising: Suara para penonton terlalu ~ sehingga orang yg bercakap di sebelah pun tidak kedengaran. 5 hebat atau dahsyat (bkn peperangan, perkelahian dll). 6 riang gembira; sangat meriah: Pesta itu sangat ~ kerana banyak orang yg mengunjunginya. beramai-ramai bersama-sama orang banyak; tidak berseorangan: Kami keluar ~ berarak berkeliling bandar. meramaikan 1 membuat supaya ramai; menjadikan banyak jumlah penduduknya:Kedatangan orang-orang baru telah ~ kampung kami. 2 menyebabkan bising (riuh-rendah); meriuhkan: ~ suasana. keramaian majlis utk merayakan sesuatu; pesta: Satu ~ telah diadakan di Taman Bunga utk menyambut hari ulang tahun kemerdekaan. seramai sebanyak; sejumlah: Penduduk bandar itu ~ sejuta orang.Kamus Pelajar

Kembali ke atas