ramal | sesuatu yg dijadikan pegangan utk melihat nasib atau utk mengetahui sesuatu yg akan berlaku: membaca ~ menilik nasib orang; tukang ~ orang yg kerjanya menilik nasib orang; jurutenung. meramalkan 1 menilik nasib orang dgn membuka kitab nujum; menenung: Ia hanya ~ nasib orang, ia sendiri berpanjangan di kaki lima. 2 memberitahukan sesuatu yg akan berlaku; menelah: Banyak orang yg ~ bahawa cukai pendapatan akan dinaikkan lagi. ramalan sesuatu yg diramalkan: ~nya tidak tepat. kitab ~ kitab nujum. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ramal I | Ar 1. pasir; negeri ~ negeri Arab; 2. pasir utk menengok nasib, sesuatu yg digunakan utk melihat nasib atau mengetahui sesuatu yg akan berlaku dll (kitab nujum dll); membaca (membilang, membuka) ~ melihat nasib orang dll (dgn menengok kitab nujum dll); meramal menengok nasib, menelah: profesor ini mungkin punya bola kristal utk ~; meramalkan 1. menengok nasib orang dll dgn membuka kitab nujum (pustaka), menenung, menelah: ia hanya dapat ~ nasib orang lain, tetapi tidak nasibnya sendiri; 2. memberitahukan (mengatakan, menceritakan) sesuatu yg akan berlaku, menerka, menduga, menelah: banyak orang ~ cukai pendapatan akan dinaikkan lagi; ia menjeling ke muka orang itu, menduga, dan ~ apa yg difikirkannya; teramal dapat diramalkan: kehidupan yg tidak ~ dan tidak terkawal; keteramalan perihal dapat diramalkan; ramalan sesuatu yg diramalkan, dugaan, telahan, tekaan: Karl Marx telah membuat suatu ~ yg meleset; ingatlah, rancangan-rancangan bukan dibuat mengikut ~, tetapi berasaskan hakikat; kitab ~ kitab nujum, pustaka; peramalan perbuatan meramal (meramalkan); peramal orang yg meramal atau meramalkan sesuatu: sbg seorang ~ yg selalu tepat, Orwell yakin semua tulisannya akan menjadi kenyataan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meramalkan | 1 menilik nasib orang dgn membuka kitab nujum; menenung: Ia hanya ~ nasib orang, ia sendiri berpanjangan di kaki lima. 2 memberitahukan sesuatu yg akan berlaku; menelah: Banyak orang yg ~ bahawa cukai pendapatan akan dinaikkan lagi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meramalkan | 1. menengok nasib orang dll dgn membuka kitab nujum (pustaka), menenung, menelah: ia hanya dapat ~ nasib orang lain, tetapi tidak nasibnya sendiri; 2. memberitahukan (mengatakan, menceritakan) sesuatu yg akan berlaku, menerka, menduga, menelah: banyak orang ~ cukai pendapatan akan dinaikkan lagi; ia menjeling ke muka orang itu, menduga, dan ~ apa yg difikirkannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rasi | 1 kumpulan bintang dua belas. 2 = serasi sesuai benar; secocok; sepadan: Dia ~ dgn saya. merasikan meramalkan nasib atau mengetahui jodoh dgn menilik bintang (mimpi dll). perasian ilmu ttg bintang utk menilik atau utk meramalkan; perbintangan. serasi 1 sesuai benar; secocok; sepadan. 2 ist keupayaan sesuatu peranti atau atur cara utk dijalankan pd komputer yg berlainan tanpa menukarkan peranti atau atur cara tsb. menyerasikan menjadikan sesuai atau secocok. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meramalkan | 1 menilik nasib orang dgn membuka kitab nujum; menenung: Ia hanya ! nasib orang, ia sendiri berpanjangan di kaki lima. Memberitahukan sesuatu yg akan berlaku; menelah: Banyak orang yg ~ bahawa cukai pendapatan akan dinaikkan lagi. | Kamus Pelajar |
rasi | 1 kumpulan bintang dua belas. 2 = serasi sesuai benar; secocok; sepadan: Dia ~ dgn saya. merasikan meramalkan nasib atau mengetahui jodoh dgn menilik bintang (mimpi dll). menyerasikan menjadikan sesuai atau secocok. perasian ilmu ttg bintang utk menilik atau utk meramalkan; perbintangan. | Kamus Pelajar |
menenung | 1. = menenungkan menilik nasib dll dgn tenung, meramalkan, menelah: marilah kita sekalian pergi kpd Pak Belalang minta ditenungkan; 2. melihat tepat-tepat, me-mandang, memerhati, menatap, merenung: dia mengelamun di kerusi ~ rumah depan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merasikan | 1. mengetahui jodoh orang dgn menilik bintang (mimpi dll); 2. meramalkan nasib orang dgn membuka kitab tib; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nujum | 1. bintang, bintang-bintang; 2. ilmu bintang utk mengetahui nasib orang, perbintangan; 3. = kitab ~ kitab utk membuat ramalan, kitab perbintangan; melihat ~ membuat ramalan dgn melihat kitab nujum; 4. = ahli ~ = ahlulnujum orang yg ahli dlm membuat ramalan dgn melihat bintang, tukang tilik, penilik; ~ Pak Belalang ki tukang tilik yg palsu (pura-pura); bernujum berjumpa nujum utk meramalkan sesuatu; menujumkan membuat ramalan (dgn melihat kitab nujum), meramalkan, menenung; mempernujumkan melihat nujum utk, meramalkan utk; nujuman ramalan; pernujuman perbuatan atau hal bernujum; penujuman perihal menujumkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |