meranggaskan | menyebabkan ranggas: Kemarau yg berpanjangan telah ~ pohon-pohon yg dahulunya subur dan rendang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meranggaskan | menyebabkan tidak ada daun: cuaca panas dan musim kemarau yg berpanjangan itu telah ~ banyak pohon yg dahulunya subur dan rendang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meluruhkan | menyebabkan luruh, menggugurkan, meranggaskan: tiupan angin yg kencang ~ daun-daun pokok di kawasan itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peranggasan | perihal (proses atau perbuatan) meranggas atau meranggaskan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ranggas | kering daunnya; sudah tidak berdaun (berbulu) lagi. meranggas menjadi kering dan gugur daunnya; luruh bulunya: Pohon rambutan itu ~. meranggaskan menyebabkan ranggas: Kemarau yg berpanjangan telah ~ pohon-pohon yg dahulunya subur dan rendang. peranggas sesuatu spt serangga, bahan, faktor yg menyebabkan ranggas: Beluncas dianggap sbg ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ranggas | 1. luruh daunnya, tidak ada daunnya lagi: pokok papaya itu ~ daunnya; 2. ranting- ranting kayu yg mati; tampak ~ tak akan meleting prb perihal mengetahui bahawa seseorang itu tidak akan dapat berbuat apa-apa sebab bodoh atau penakut; meranggas 1. gugur daunnya: pohon-pohon yg sedang subur menghijau tiba-tiba layu ~; 2. luruh bulu (buahnya): ayam ~; meranggaskan menyebabkan tidak ada daun: cuaca panas dan musim kemarau yg berpanjangan itu telah ~ banyak pohon yg dahulunya subur dan rendang; peranggasan perihal (proses atau perbuatan) meranggas atau meranggaskan; peranggas sesuatu (bahan, faktor dsb) yg menyebabkan pokok ranggas: ulat beluncas disifatkan sbg ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
luruh I | gugur kerana sudah masak (buahbuahan), gugur kerana sampai masanya (daun, bulu, dll); musim ~ musim daun gugur; ~ upih pergam datang, suruh putih hitam datang prb lain yg dihajati, lain yg didapat; berluruhan luruh banyak-banyak, luruh di sana sini, berguguran: daun-daun ~ pd musim gugur; meluruh 1. bertukar bulu (ayam dll), meranggas; 2. gugur pd musim luruh (daun), meranggas; meluruhkan menyebabkan luruh, menggugurkan, meranggaskan: tiupan angin yg kencang ~ daun-daun pokok di kawasan itu; luruhan sesuatu yg luruh, guguran: “Nenek, kita ke rumah sakit ya,” ucap Nadira dlm ~ air mata; keluruhan kejadian luruh: ramai orang percaya bahawa bahan itu boleh menyebabkan ~ rambut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |