rantai | 1. sj tali drpd cincin-cincin logam yg berkaitan: ~ emas; ~ leher; ~ basikal rantai yg menghubungkan pendayung basikal dgn roda belakang (utk menjalankannya); orang ~ orang hukuman yg dikenakan rantai; 2. = rantaian untaian, deretan, rangkaian, rentetan, deretan memanjang, leretan: konfrontasi, putusnya hubungan diplomatik dgn Filipina, Indonesia, dll merupakan ~ drpd beberapa peristiwa penting dlm sejarah Malaysia; 3. ikatan, kaitan, pertalian: ~ kasih dan tulus mesra; 4. ki sesuatu yg mengikat (tidak bebas): dgn pinjaman yg murah bunganya dan lanjut masa pembayarannya, terselamatlah penduduk-penduduk luar bandar drpd ~ orang tengah; 5. ukuran panjang yg panjangnya 22 ela atau 20.117 meter: rumahnya terletak kira-kira empat ~ dr situ; ~ kangkang rantai yg dikenakan pd kaki orang salah, belenggu; berantai 1. memakai rantai: masakan orang laki-laki ~ leher; maka ditambat seekor anjing, diberinya ~ emas; 2. = berantai-rantai berangkai-rangkai (berangkaian), berturut-turut, bersambung-sambung: peristiwa sejarah yg ~ ini diikuti pula oleh peristiwa perang Naning; lari ~ lari berganti-ganti (bersambung-sambung); reaksi ~ reaksi yg berangkai-rangkai (bersambung-sambung); merantai 1. mengikat dgn rantai, membelenggu: panglima Hitam dirantai lalu ditolak tersungkur ke lantai; 2. ki menghambat, menyekat: kau sudah tidak rindu akan kampungmu sebab hatimu telah dirantai kota; rantaian untaian, rangkaian, rentetan, runtunan; orang ~ orang rantai; perantaian orang hukuman yg dirantai, orang rantai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merantai | 1. mengikat dgn rantai, membelenggu: panglima Hitam dirantai lalu ditolak tersungkur ke lantai; 2. ki menghambat, menyekat: kau sudah tidak rindu akan kampungmu sebab hatimu telah dirantai kota; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rantai I | 1 tali drpd cincin-cincin logam yg berangkai-rangkai: ~ leher; ~ besi. 2 pertalian; ikatan: ~ kasih. berantai memakai rantai; mempunyai rantai: Kucingnya itu diberi ~ manik. berantai-rantai berturut-turut lepas satu, satu; berangkai-rangkai: peristiwa sejarah yg ~. merantai menambat (mengikat) dgn rantai; membelenggu: Ia ~ gajahnya dgn rantai besi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rantai I | 1 tali drpd cincin-cincin logam yg berangkai-rangkai: ~ leher; ~ besi. 2 pertalian; ikatan: ~ kasih. berantai memakai rantai; mempunyai rantai: Kucingnya itu diberi ~ manik. berantai-rantai berturut-turut lepas satu, satu; berangkai-rangkai: Peristiwa sejarah yg ~. merantai menambat (mengikat) dgn rantai; membelenggu: Ia ~ gajahnya dgn rantai besi. | Kamus Pelajar |