Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rapat (adjektif)
1. Bersinonim dengan padat: tumpat, kerap, tetal, utuh,
Berantonim dengan jarang

2. Bersinonim dengan dekat: hampir, rapik, sempit,
Berantonim dengan jauh

3. Bersinonim dengan erat: karib, akrab, mesra,
Berantonim dengan renggang

Kata Terbitan : berapat, merapat, merapati, merapatkan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
rapat I1 hampir-hampir bertemu; hampir tidak ada selanya; kerap (bkn anyaman): Mereka disuruh duduk ~ sebelum diambil gambar. Dinding rumahnya dibuat drpd buluh yg dianyam ~. 2 tidak bercelah atau tidak bersela sedikit pun; tidak renggang: Peti itu ditutup ~. 3 dekat sangat; hampir sungguh: Kapal itu berlabuh ~ ke pantai. 4 sangat sesuai (bkn persahabatan); erat; karib: Perhubungan kedua-dua orang itu sangat ~. berapat, berapat-rapat berada (duduk dll) dekat-dekat: Mereka duduk ~ semasa menonton cerita seram itu. berapatan berhampiran; berdekatan. merapat 1 menjadi rapat: Sedikit demi sedikit, kedua-dua pihak mula ~. 2 berlabuh dekat dgn: Sebaik-baik saja kapal itu ~ ke pelabuhan, ia pun bergegas turun. merapati datang rapat dgn (pd); datang menghampiri; mendekati: Sepasukan tentera Rusia bergerak dgn pantas ~ kota Berlin. merapatkan membuat supaya menjadi rapat; mendekatkan; menutup rapat; mengeratkan (bkn persahabatan): Ada sesuatu yg ~ mereka berdua. memperapat menjadikan lebih rapat; memperdekat; mempererat. kerapatan keadaan rapat. perapatan perbuatan, hal dsb berapat, merapat atau merapatkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lekap Ilekat (rapat sekali), merapat, me­nempel; melekap 1. melekat (pd), tertampal (pd): kedua-dua tapak tangannya ~ ke daun pintu; 2. merapat, mendekat: muka anak itu ~ di dada ibunya; melekapkan 1. menjadikan melekap, mele­katkan, menampalkan (gambar dll): ~ ubat ke tempat yg luka; 2. merapatkan, mendekat­kan, mendempetkan: kepalanya dilekapkan­nya ke dada ayahnya; 3. ki memasangkan atau mengenakan sesuatu (pakaian dll); terlekap terlekat pd, tertampal pd, dlm keadaan yg melekap; pelekapan perihal (proses, perbuatan dsb) melekap atau melekapkan; pelekap anggota (pd beberapa jenis ikan dan serangga) utk mendakap.Kamus Dewan Edisi Keempat
merapat1 menjadi rapat: Sedikit demi sedikit, kedua-dua pihak mula ~. 2 berlabuh dekat dgn: Sebaik-baik saja kapal itu ~ ke pelabuhan, ia pun bergegas turun.Kamus Pelajar Edisi Kedua
merapat1. menjadi rapat, mendekat; dia melangkah surut dan seorang lagi datang ~; 2. menutup (mata): lari ~ tiada memandang ke belakang lagi; 3. berlabuh atau berhenti dekat dgn (pangkalan dll): kapal pun ~, tangga pun diturunkan orang, penumpang telah siap dgn barang-barangnya; ~ sambil belayar prb sekali melakukan pekerjaan, dua tiga maksud tercapai;Kamus Dewan Edisi Keempat
rapat I1. hampir bertemu, hampir tidak bercelah: duduk ~ dlm masjid; kampung yg rumah-rumahnya ~ sekali; padi yg ditanam ~ tidak dapat beranak banyak; 2. tidak renggang, kerap (anyaman, pertukangan, tanaman, dll), padat (penduduk); 3. penuh sesak, padat (penduduk): kawasan yg ~ penduduknya; 4. tertutup dgn tidak bercelah-celah (beruang), terkepung (hingga tidak dapat ditembusi lagi): tabung itu ditutup ~; kawasan itu telah terkepung ~; pinggang gadis itu dirangkulnya sehingga ~; 5. dekat sangat (dgn), berhampiran sungguh (dgn): hatta sampailah ke negeri lalu ~ ke jam­batan; 6. erat, karib, kuat, teguh (persaha­batan, pertalian, dll): perhubungan antara Malaysia dgn kedua-dua negara jirannya sangat ~; ada kerjasama yg ~ antara penga­rang-pengarang Melayu dgn ahli-ahli sains Melayu; rapat-rapat dgn seberapa rapat yg boleh, dgn betul-betul rapat: tutup pintu itu ~; je­maah diminta meluruskan saf dan berdiri ~; berapat 1. = berapatan menjadi rapat (dekat), saling rapat (dekat): lalu berperang ber­bedil-bedil senapang dan pemburas se­belah-menyebelah ... maka, apabila ~ lalu­lah beramuk; maka berperanglah antara kedua-dua pihak, berapatan; 2. berkawan, bersahabat: Wan Umar cuba hendak ~ dgn Kompeni Inggeris; 3. bersama-sama, ber­sekali: orang-orang dlm negeri itu telah ber­selisih, maka sebab itulah kedua-dua masjid itu membaca khutbah, tetapi kemu­dian ~ zuhur; merapat 1. menjadi rapat, mendekat; dia melangkah surut dan seorang lagi datang ~; 2. menutup (mata): lari ~ tiada memandang ke belakang lagi; 3. berlabuh atau berhenti dekat dgn (pangkalan dll): kapal pun ~, tangga pun diturunkan orang, penumpang telah siap dgn barang-barangnya; ~ sambil belayar prb sekali melakukan pekerjaan, dua tiga maksud tercapai; merapati 1. menghampiri, mendekati: ia berjalan perlahan-lahan dan berhati-hati ~ rumah itu; 2. datang (utk memperbaiki hu­bung­­an persahabatan dll), selalu mengun­jungi (mendatangi): dia mesti ~ setiap orang kam­pung ini jikalau dia ingin mendapat kerja­sama drpd mereka; merapatkan 1. menjadikan rapat, men­de­katkan (pd sesuatu): muka dirapatkan pd cermin; ~ kapal ke pangkalan melabuhkan kapal dekat pangkalan; 2. menjadikan rapat (tidak renggang), mengeratkan, menutup rapat-rapat; 3. memperkukuh (persahabatan dll), mengeratkan (perhubungan): tentu ada se­suatu yg ~ mereka berdua; ~ diri dgn meng­gabungkan diri dgn; ~ tali silaturrahim mengu­kuh­kan tali persahabatan; memperapat menjadikan lebih atau makin rapat, merapatkan lagi; ~ sila bersila baik-baik; rapatan sesuatu yg menyebabkan rapat (sambungan dll), sesuatu yg dirapatkan: drpd pandainya utus berbuat itu, tiadalah kelihat-an ~nya lagi; kerapatan perihal atau keadaan rapat: pelabur Britain akan menjadikan Malaysia sbg pusat pelaburan yg paling menarik memandangkan ~ hubungan sejarah antara kedua-dua negara; perapatan Br (bahagian tepi sampan dll) yg hampir bertemu: ~ perahu itu berlubang-lubang menyebabkan air masuk sedikit ke dalamnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
merapat1 menjadi rapat: Sedikit demi sedikit kedua-dua pihak mula ~. 2 berlabuh dekat dgn: Sebaik-baik saja kapal itu ~ ke pelabuhan ia pun bergegas turun.Kamus Pelajar
melekap1. melekat (pd), tertampal (pd): kedua-dua tapak tangannya ~ ke daun pintu; 2. merapat, mendekat: muka anak itu ~ di dada ibunya;Kamus Dewan Edisi Keempat
mempertemukan1. membawa (menjadi­kan) supaya bertemu, menyemukakan: biar-lah engkau tolong ~ saya dgn dia, supaya saya bermaafan dengannya; Tuhan yg Maha Pengasih akan ~ aku dgn ayah; 2. memperhadapkan; 3. memperhubungkan, merapat-kan: kedua-dua belah hujungnya dipertemukan; 4. menyatukan kembali; 5. = ~ jodoh mengahwinkan (memperisterikan, mem-persuamikan);Kamus Dewan Edisi Keempat
belayar1. berjalan atau bergerak (bkn kapal atau perahu): kapal itu sedang ~ menuju ke pelabuhan Kelang; 2. pergi (berpergian) dgn kapal atau perahu: mereka akan ~ ke India dgn menaiki kapal penumpang; ~ dulu ki meninggal dunia; ~ ke pulau kapuk tidur; ~ atas angin prb berbuat sesuatu atas perbelanjaan orang lain; ~ bernakhoda, berjalan dgn yg tua prb segala pekerjaan lebih baik diusahakan di bawah pimpinan orang yg lebih berpengalaman; ~ sambil memapan, merapat sambil ~ prb sekali melakukan kerja, dua tiga maksud tercapai; berbuat di alang tahun, ~ di luar musim prb mengerjakan sesuatu pekerjaan tidak pd waktunya tentu tidak mendapat hasil;Kamus Dewan Edisi Keempat
memetik1. mengambil (buah, bunga, pucuk, dll) drpd tangkainya: telah sudah bermain-main itu, lalu ia pun pergi pula ~ bunga mengarang kuntum; buah-buahan itu dipetik dan kemudian dibawa dgn lori ke kilang-kilang; 2. mengambil atau menyalin sebahagian drpd isi buku (karangan dll), me­nukil: dlm ucapan dan syair orang Arab banyak menggunakan kalimat-kalimat dan perbandingan-perbandingan kata yg dipetik drpd Quran; 3. bermain gitar (kecapi dll) dgn menggamit talinya: ia bernyanyi sambil ~ gitar; 4. menarik picu senapang dll dgn jari, menarik tali panah dgn jari; 5. merapat­kan dan menggesekkan ibu jari dgn jari lain supaya mengeluarkan bunyi: barangkali inilah kunci rahsia itu, Lebai Dusin menjegil-jegilkan mata dan ~ jari dgn riang; 6. me­nekan (memusing) suis lampu dll yg meng­gunakan kuasa elektrik: dia membuka tingkap, ~ kipas angin dan ~ lampu kerana bilik itu agak muram sedikit; 7. memilin atau memintal misai dgn menggunakan dua jari; 8. menghisap rokok dll dgn menyelitkan rokok itu di antara dua jari; ~ bola melompat sambil menangkap (memu­kul) bola; ~ hasil mengutip hasil;Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas