Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rapat (adjektif)
1. Bersinonim dengan padat: tumpat, kerap, tetal, utuh,
Berantonim dengan jarang

2. Bersinonim dengan dekat: hampir, rapik, sempit,
Berantonim dengan jauh

3. Bersinonim dengan erat: karib, akrab, mesra,
Berantonim dengan renggang

Kata Terbitan : berapat, merapat, merapati, merapatkan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
merapati1. menghampiri, mendekati: ia berjalan perlahan-lahan dan berhati-hati ~ rumah itu; 2. datang (utk memperbaiki hu­bung­­an persahabatan dll), selalu mengun­jungi (mendatangi): dia mesti ~ setiap orang kam­pung ini jikalau dia ingin mendapat kerja­sama drpd mereka;Kamus Dewan Edisi Keempat
rapat I1. hampir bertemu, hampir tidak bercelah: duduk ~ dlm masjid; kampung yg rumah-rumahnya ~ sekali; padi yg ditanam ~ tidak dapat beranak banyak; 2. tidak renggang, kerap (anyaman, pertukangan, tanaman, dll), padat (penduduk); 3. penuh sesak, padat (penduduk): kawasan yg ~ penduduknya; 4. tertutup dgn tidak bercelah-celah (beruang), terkepung (hingga tidak dapat ditembusi lagi): tabung itu ditutup ~; kawasan itu telah terkepung ~; pinggang gadis itu dirangkulnya sehingga ~; 5. dekat sangat (dgn), berhampiran sungguh (dgn): hatta sampailah ke negeri lalu ~ ke jam­batan; 6. erat, karib, kuat, teguh (persaha­batan, pertalian, dll): perhubungan antara Malaysia dgn kedua-dua negara jirannya sangat ~; ada kerjasama yg ~ antara penga­rang-pengarang Melayu dgn ahli-ahli sains Melayu; rapat-rapat dgn seberapa rapat yg boleh, dgn betul-betul rapat: tutup pintu itu ~; je­maah diminta meluruskan saf dan berdiri ~; berapat 1. = berapatan menjadi rapat (dekat), saling rapat (dekat): lalu berperang ber­bedil-bedil senapang dan pemburas se­belah-menyebelah ... maka, apabila ~ lalu­lah beramuk; maka berperanglah antara kedua-dua pihak, berapatan; 2. berkawan, bersahabat: Wan Umar cuba hendak ~ dgn Kompeni Inggeris; 3. bersama-sama, ber­sekali: orang-orang dlm negeri itu telah ber­selisih, maka sebab itulah kedua-dua masjid itu membaca khutbah, tetapi kemu­dian ~ zuhur; merapat 1. menjadi rapat, mendekat; dia melangkah surut dan seorang lagi datang ~; 2. menutup (mata): lari ~ tiada memandang ke belakang lagi; 3. berlabuh atau berhenti dekat dgn (pangkalan dll): kapal pun ~, tangga pun diturunkan orang, penumpang telah siap dgn barang-barangnya; ~ sambil belayar prb sekali melakukan pekerjaan, dua tiga maksud tercapai; merapati 1. menghampiri, mendekati: ia berjalan perlahan-lahan dan berhati-hati ~ rumah itu; 2. datang (utk memperbaiki hu­bung­­an persahabatan dll), selalu mengun­jungi (mendatangi): dia mesti ~ setiap orang kam­pung ini jikalau dia ingin mendapat kerja­sama drpd mereka; merapatkan 1. menjadikan rapat, men­de­katkan (pd sesuatu): muka dirapatkan pd cermin; ~ kapal ke pangkalan melabuhkan kapal dekat pangkalan; 2. menjadikan rapat (tidak renggang), mengeratkan, menutup rapat-rapat; 3. memperkukuh (persahabatan dll), mengeratkan (perhubungan): tentu ada se­suatu yg ~ mereka berdua; ~ diri dgn meng­gabungkan diri dgn; ~ tali silaturrahim mengu­kuh­kan tali persahabatan; memperapat menjadikan lebih atau makin rapat, merapatkan lagi; ~ sila bersila baik-baik; rapatan sesuatu yg menyebabkan rapat (sambungan dll), sesuatu yg dirapatkan: drpd pandainya utus berbuat itu, tiadalah kelihat-an ~nya lagi; kerapatan perihal atau keadaan rapat: pelabur Britain akan menjadikan Malaysia sbg pusat pelaburan yg paling menarik memandangkan ~ hubungan sejarah antara kedua-dua negara; perapatan Br (bahagian tepi sampan dll) yg hampir bertemu: ~ perahu itu berlubang-lubang menyebabkan air masuk sedikit ke dalamnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
tertidur1. (sudah) tidur: dia merapati katil dan mendapati anaknya sudah ~; 2. mulai tidur: kian lama mata bapa kian pudar, dia ~; 3. dgn tidak sengaja tidur: kerana terlalu letih dia ~ di kerusinya;Kamus Dewan Edisi Keempat
mendekati1 datang atau pergi dekat dgn; menghampiri; merapati: Saya ~ polis itu lalu bertanya. 2 hampir tiba masanya: Orang tua itu, makin hari makin ~ hari matinya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mendekati1. pergi (datang) dekat kpd, menghampiri (sesuatu atau seseorang), merapati, datang berdekatan dgn: saya ~ peti radio dan kemudian menutupnya; 2. hampir tiba pd (masanya dll), menuju ke (waktunya): setiap saat yg berlalu bererti peperiksaan ~ masanya; 3. (hendak) berbaik-baik, ber-hubungan erat dgn: Amerika Syarikat dan Rusia sama-sama berlumba utk ~ negara-negara yg baru muncul; 4. hampir mencapai (bkn umur dll): usianya sudah ~ empat puluh tahun; 5. mengambil langkah dsb utk me­laksanakan tugas dsb atau mengatasi masalah: ada beberapa cara kita boleh ~ masalah itu; 6. seakan-akan, hampir menyerupai (menyamai): gambaran yg ~ kenyataan;Kamus Dewan Edisi Keempat
mendekati1. datang atau pergi dekat dgn; menghampiri; merapati: Saya ~ polis itu lalu bertanya. 2. hampir tiba masanya: Orang tua itu, makin hari makin ~ hari matinya.Kamus Pelajar
menempeli1. menempel pd, melekati: Kartini lantas menaruh pakaian di sisi dinding yg penuh ditempeli dgn bermacam-macam gambar; 2. bp menumpangi sese­orang; 3. merapati seseorang (dgn maksud men­cari keuntungan dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
degarbunyi spt bunyi orang memukul kayu (memecah pintu dll); ~-~ merapati =~-~ perapatkan prb per­selisihan (dlm hal keluarga, suami isteri) yg tidak merenggangkan tetapi mengeratkan lagi perhubungan; berdegar-degar 1. berbunyi degar beberapa kali; 2. ki besar dan bersemangat (bkn per­cakapan seseorang): cakapnya dgn kita selalu berdentum ~; cakap ~, tahi sangkut di gelegar prb cakap sahaja yg besar tetapi tidak ada apa yg dikerjakan.Kamus Dewan Edisi Keempat
hampir1 tidak jauh; dekat; berdam­ping (dgn): Budak itu duduk ~ dgn ibunya. 2 sedikit lagi akan; cemas-cemas; nyaris: Pasukannya ~ tewas dlm pertandingan itu. ~ mati nyaris-nyaris mati. 3 tidak lama lagi; sekejap lagi: Kerja itu ~ siap. 4 kurang sedikit drpd (bkn masa, bilangan dll); dekat: Dia duduk di situ ~ setengah jam. ~ seratus orang tetamu hadir dlm majlis itu. hampir-hampir sedikit lagi akan berlaku sesuatu; nyaris-nyaris; cemas-cemas: Mereka telah menyelamatkan budak yg ~ tenggelam itu. berhampiran tidak berapa jauh dr; berdekatan: Kilang-kilang itu letaknya ~ dgn ladang tebu. menghampiri datang atau pergi berdekatan dgn; mendekati; merapati: Dgn hati yg berdebar-debar, dia ~ orang tua itu. menghampirkan meletakkan berhampiran dgn; mendekatkan; mendampingkan. perhampiran ist angka atau nombor yg paling hampir dgn angka lain: 32.65 ialah ~ yg lebih baik drpd 32.70 ke 32.653.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hampir1. tidak jauh; dekat; berdamping (dgn): Budak itu duduk ~ dgn ibunya. 2. sedikit lagi akan; cemas-cemas; nyaris: Pasukannya ~ tewas dlm pertandingan itu. ~ mati nyaris-nyaris mati. 3. tidak lama lagi; sekejap lagi: Kerja itu ~ siap. 4. kurang sedikit drpd (bkn masa, bilangan dll); dekat: Dia duduk di situ ~ setengah jam. ~ seratus orang tetamu hadir dlm majlis itu. hampir-hampir sedikit lagi akan berlaku sesuatu; nyaris-nyaris; cemas-cemas: Mereka telah menyelamatkan budak yg ~ tenggelam itu. berhampiran tidak berapa jauh dr; berdekatan: Kilang-kilang itu letaknya ~ dgn ladang tebu. menghampiri datang atau pergi berdekatan dgn; mendekati; merapati: Dgn hati yg berdebar-debar, dia ~ orang tua itu. menghampirkan meletakkan berhampiran dgn; mendekatkan; mendampingkan. perhampiran ist angka atau nombor atau angka yg paling hampir dgn angka lain: 32.65 ialah ~ yg lebih baik drpd 32.70 ke 32.653.Kamus Pelajar
12

Kembali ke atas