merasai | 1 mendapat atau mengalami (nikmat dll); menikmati: Selama ini ia tidak pernah ~ kesenangan hidup. 2 menderita atau menanggung (kesusahan dll): Mereka akan ~ balasan Tuhan kelak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merasai | , merasaikan selalu menderita (kesusahan dll), mengalami kesedihan: ~ kesengsaraan hidup; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merasai | 1. mengecap (makanan, minuman, dll), mencicip: alangkah puas hatinya ~ makanan masakan ibunya; rasai dulu kopi itu sebelum dihidangkan; 2. menikmati (kesenangan, kemewahan, kebahagiaan, dll): kesenangan dan kemewahan hidup yg dirasainya itu ialah drpd harta isterinya; belum pernah ia ~ hidup senang spt orang-orang lain; 3. menderita (kesusahan, sengsara, dll): barulah hamba ~ sengsara hidup di dlm penjara; mereka akan ~ duka nestapa yg tidak terkira-kira lagi; rasai olehmu balasan kekasaran tingkahmu; 4. = merasa-rasai meraba-rabai (menjamah-jamah) hendak mengetahui dgn tangan dll: rasa-rasai dahulu dgn kakimu sama ada dalam atau tidak sungai itu; 5. ki menduga (mengajuk, mengkaji, meninjau, dll) hati orang dll: drpd air mukanya, kita dapat ~ apa yg terkandung dlm hati perutnya; syor-syornya itu harus dirasa-rasai dulu sebelum dibuat keputusan; 6. mengalami rasa dlm hati (batin): dirasainya cintanya pd wanita itu kian lumpuh; 7. sl menyedari, menginsafi: duduk di Mesir kira-kira tiga bulan lamanya itu pun tiada dirasai oleh Laksamana; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merasai | 1 mendapat atau mengalami (nikmat dll); menikmati: Selama ini ia tidak pernah ~ kesenangan hidup. 2 menderita atau menanggung (kesusahan dll): Mereka akan ~ balasan Tuhan kelak. | Kamus Pelajar |
memperasakan | membiarkan (menjadikan, menyuruh) berasa atau merasai: ia mencuba sungguh-sungguh utk ~ fahamnya kpd seluruh pendengarnya; 2. merasai, menginsafi, memikirkan, mengendahkan: beliau masih dirasakan penting utk memimpin Jabatan itu; utk memberikan nilai kpd sesuatu keindahan, seseorang mestilah faham dan dapat ~ keindahan itu; dan dirasakannya sekali bahawa tugasnya utk menjaga dirinya sudah semakin bertambah; 3. merasai, menderita: saya rasakan benar-benar kemesraan perhubungan kami; air matanya berderai menahan pedih yg dirasakannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merasakan | 1. = memperasakan membiarkan (menjadikan, menyuruh) berasa atau merasai: ia mencuba sungguh-sungguh utk ~ fahamnya kpd seluruh pendengarnya; 2. merasai, menginsafi, memikirkan, mengendahkan: beliau masih dirasakan penting utk memimpin Jabatan itu; utk memberikan nilai kpd sesuatu keindahan, seseorang mestilah faham dan dapat ~ keindahan itu; dan dirasakannya sekali bahawa tugasnya utk menjaga dirinya sudah semakin bertambah; 3. merasai, menderita: saya rasakan benar-benar kemesraan perhubungan kami; air matanya berderai menahan pedih yg dirasakannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rasai | Mn; merasai, merasaikan selalu menderita (kesusahan dll), mengalami kesedihan: ~ kesengsaraan hidup; perasaian perihal merasai(kan), penanggungan (kesedihan, kesusahan, dll): ia sudah dihanyutkan untung ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menikmati | 1. mengecap (nikmat), mengalami atau merasai sesuatu yg sedap (lazat, menyamankan, dsb): dlm kesibukan orang ~ nasi minyak, dia dapat lelap sekejap; 2. mengalami, merasai: menjadi suatu tanggungjawab guru bahasa bagi mendidik kanak-kanak berperasaan halus dan ~ pengalaman-pengalaman baik melalui pelajaran bahasa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kecap | ; mengecap 1 merasa masakan dll (utk mengetahui enak tidaknya): ~ gulai. 2 ki menikmati; merasai: ~ nikmat. kecapan sesuatu yg dikecap dgn lidah; hasil mengecap. pengecap orang yg merasai atau yg menikmati sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kecap | mengecap 1. merasa masakan dll (utk mengetahui enak tidaknya):~ gulai. 2. ki menikmati; merasai: ~ nikmat. kecapan sesuatu yg dikecap dgn lidah; hasil mengecap. pengecap orang yg merasai atau yg menikmati sesuatu. | Kamus Pelajar |