meruak | 1. merata ke mana-mana, meluas (api dll); 2. bertambah lebar, meroyak (kudis dll); 3. terbuka menjadi lebar, kembang (gulungan tikar dll); rua I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
semerbak | 1. merata (bau yg wangi), meruap: minyak yg ~ harum baunya sudah disiram-kan di dalamnya; 2. harum: bunga-bungaan yg ~ baunya; serbak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ruak | ; meruak 1. merata ke mana-mana, meluas (api dll); 2. bertambah lebar, meroyak (kudis dll); 3. terbuka menjadi lebar, kembang (gulungan tikar dll); rua I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rata | 1 tidak tinggi rendah; datar: Papan itu hendaklah diketam dahulu supaya ~. 2 seluruh permukaannya sama diliputi: Dinding itu hendaklah dicat ~. 3 semuanya beroleh bahagian yg sama: Pusaka itu dibahagi ~. 4 tersebar ke mana-mana (bkn berita); terdapat di mana-mana; di mana-mana pun ada: Wabak taun sudah ~ di negara itu. rata-rata 1 rata benar; sama banyaknya: Selepas tanah itu digemburkan, taburlah baja ini ~. 2 sama semuanya; pukul rata; umumnya: Orang bawahannya ~ segan dan hormat kpdnya. 3 dibahagi sama; pukul rata; hitung panjang: ~ seekar tanah sawah menghasilkan 400 gantang padi semusim. merata 1 menjadi rata: Permukaan tasik itu kelihatan tenang dan ~ seolah-olah dipepat. 2 tersebar (pergi) ke mana-mana; merebak: Sebentar saja berita kematian pasangan gadis teruna itu ~ ke segenap kampung. merata-rata terdapat di banyak tempat; ada di segenap atau seluruh: Sampah sarap bersepah di ~ tempat. meratai merata di; merata ke segenap: Air yg tumpah itu ~ permukaan meja. meratakan 1 menjadikan rata; mendatarkan: Mereka sedang ~ kawasan itu utk dijadikan tapak perumahan. perataan perbuatan, hal dsb merata, meratai atau meratakan. perata alat (jentera dll) yg meratakan. serata seluruh; segenap: Poster pilihan raya telah ditampalkan di ~ tempat. menyeratakan menyiarkan, menghebahkan dsb ke serata tempat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merata | 1. (menjadi) rata: matanya terpaku ke permukaan laut yg sekali-kali tersebak dan ~; buah padi yg sedang masak, kuning, dan ~; 2. = merata-rata tersebar (menular) ke mana-mana, pergi ke mana-mana, merebak: sebentar saja berita kejadian itu ~lah ke seluruh kampung; beberapa lamanya ia ~ di Eropah; 3. = merata-rata serata, segenap, seluruh, seantero: makanan utk pokok-pokok memang ada sedia hampir-hampir di ~ tempat; lipas didapati di ~ tempat di negeri panas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sepah | /sépah/; bersepah 1 bertabur di merata-rata tempat; berselerak: Bangkai binatang ~ dan berbau busuk. 2 dpt diperoleh di merata-rata tempat kerana banyak; banyak sekali: Sekarang ini buah durian ~ di mana-mana. menyepahkan menyelerakkan atau menaburkan sesuatu ke merata-rata tempat: Siapa yg ~ kertas di bilik tamu ini? | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
semerbak | 1 merebak ke merata-rata (bkn bau yg harum); merata: ~ harum baunya. 2 harum; wangi: Berbagai-bagai bunga yg ~ baunya terdapat di taman itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merata | 1 menjadi rata: Permukaan tasik itu kelihatan tenang dan ~ seolah-olah dipepat. 2 = merata-rata tersebar (pergi) ke mana-mana; merebak: Sebentar saja berita kematian pasangan gadis teruna itu ~ ke segenap kampung. | Kamus Pelajar |
semerbak | 1 merebak ke merata-rata (bkn bau yg harum); merata: ~ harum baunya. | Kamus Pelajar |
bersepah | 1 bertabur di merata-rata tempat; berselerak: Bangkai binatang ~ dan berbau busuk. 2 dpt diperoleh di merata-rata tempat kerana banyak; banyak sekali: Sekarang ini buah durian ~ di mana-mana. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |