ratus II | ark; meratus 1. berkicau (burung); 2. berkata yg bukan-bukan (kerana kecewa, sedih, dll), mengoceh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ratus I | bilangan sepuluh kali sepuluh; seratus satu ratus (100); beratus-ratus beberapa ratus: ~ rakyat mati; meratus 1. sl beratus-ratus; 2. = menyeratus; ~ hari mengadakan kenduri utk memperingati orang mati pd hari yg keseratus sesudah meninggal; ratusan 1. bilangan seratus: kalau bilangan-bilangan besar dicampur, satuan dikumpulkan dgn satuan, puluhan dgn puluhan, dan ~ dgn ~; 2. beratus-ratus: dentuman-dentuman meriam saling berganti dgn dengungan ~ pesawat udara sekutu; peratus 1. = perseratus, seperatus satu dibahagi dgn seratus ( ); 2. persen: sepuluh ~ 10%; seratus ~ a) 100%; b) ki seluruhnya, semuanya (tanpa kekecualian lagi): kekotoran dan kedurjanaannya sudah seratus ~ terdedah; peratusan 1. bilangan (dgn kiraan) peratus: ~ rakyat yg sudah berumur juga kian meningkat; 2. persen. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meratus | 1. berkicau (burung); 2. berkata yg bukan-bukan (kerana kecewa, sedih, dll), mengoceh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meratus | 1. sl beratus-ratus; 2. = menyeratus; ~ hari mengadakan kenduri utk memperingati orang mati pd hari yg keseratus sesudah meninggal; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ribu | bilangan sepuluh kali seratus; empat ~ 4000; seribu 1. 1000; 2. banyak sekali, bermacam-macam; dgn ~ daya dgn bermacam-macam daya; diam (membisu) ~ bahasa diam sama sekali; membuat (mengangkat) langkah ~ lari dgn bersungguh-sungguh (kerana takut, dikejar, dll), cabut lari; retak ~ a) retak yg banyak lagi kecil-kecil (pd pinggan dll); b) sj corak batik Malaysia; menyeribu; ~ hari mengadakan kenduri (arwah) sesudah seribu hari seseorang meninggal; perseribu dibahagi seribu; satu ~ satu dibahagi seribu; beribu, beribu-ribu beberapa ribu, banyak ribu: ~ orang; meribu sl beribu-ribu: meratus cermin di kaki, ~ cermin di pinggang ribuan 1. (dlm) bilangan ribu: kemajuan Malaysia mungkin mencapai kemuncaknya dlm tahun-tahun dua ~; 2. beribu-ribu: ~ manusia membanjiri taman bunga kerana menyaksikan pertunjukan kebudayaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kenduri I | perjamuan makan (yg lazimnya didahului oleh zikir, doa, dsb) kerana sesuatu tujuan keagamaan (minta berkat, mendoakan orang yg telah meninggal, memperingati sesuatu peristiwa, dll), selamatan: malam itu diadakan ~ di surau tersebut; ~ apam kenduri bagi menyambut Mikraj (biasanya diadakan dlm bulan Rejab); ~ arwah kenduri utk memperingati (mendoakan) orang yg telah meninggal; ~-kendara berbagai-bagai jenis kenduri; ~ kunut kenduri yg diadakan dlm bulan puasa; ~ maulud kenduri kerana menyambut (meraikan) hari lahir nabi; ~ meniga (menujuh, empat puluh, meratus) hari kenduri arwah yg diadakan pd hari yg ketiga (ketujuh, keempat puluh, keseratus) hari selepas kematian seseorang; ~ moreh kenduri yg diadakan dlm bulan puasa (pd waktu berbuka puasa atau selepas sembahyang terawih); ~ selamat kenduri kerana bersyukur atas selamatnya sesuatu pekerjaan (perkembalian atau kepulangan seseorang dll); berkenduri mengadakan kenduri: kerabat Ramlah boleh jadi ~ di rumah mereka; ~ arwah mengadakan kenduri arwah; ~-kendara mengadakan berbagai-bagai jenis kenduri; mengendurikan 1. mengadakan kenduri utk (memperingati orang mati dll): orang itu pun dibunuh lalu dikapani dan ditanam serta dikendurikan hingga penujuhnya; 2. menjadikan bahan kenduri, menggunakan sesuatu utk kenduri: daging kambing itu pun dikendurikan; kanduri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |