Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ré.hat.kan] | مريحتکن

Definisi : membiarkan supaya berehat, membiarkan mengaso: duduk bersandar ~ diri; seminggu di Adelaide, walaupun be­kerja tetapi bagaikan ~ fikiran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ré.hat.kan] | مريحتکن

Definisi : membiarkan supaya berehat: Selepas bermain, dia ~ dirinya di atas bangku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rehat
Kata Terbitan : berehat, merehatkan, kerehatan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
merehatkanmembiarkan supaya berehat: Selepas bermain, dia ~ dirinya di atas bangku.Kamus Pelajar Edisi Kedua
merehatkanmembiarkan supaya berehat, membiarkan mengaso: duduk bersandar ~ diri; seminggu di Adelaide, walaupun be­kerja tetapi bagaikan ~ fikiran;Kamus Dewan Edisi Keempat
merehatkanmembiarkan supaya berehat: Selepas bermain dia ~ dirinya di atas bangku.Kamus Pelajar
melepaskan lelahmerehatkan diri.Kamus Pelajar Edisi Kedua
beruangmempunyai atau ada ruang yg kosong atau lapang: bilik itu sempit sehingga tidak ~ langsung utk berbaring merehatkan badan;Kamus Dewan Edisi Keempat
rehat/réhat/ keadaan bebas drpd sebarang aktiviti, gerakan dsb: ~ adalah penting utk menjaga kesihatan. berehat melepaskan lelah; bercuti utk bersenang-senang: Aku terlalu penat, aku perlu ~ dahulu. merehatkan membiarkan supaya berehat: Selepas bermain, dia ~ dirinya di atas bangku. kerehatan keadaan rehat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rehat /réhat/keadaan bebas drpd sebarang aktiviti, gerakan dsb: ~ adalah penting utk menjaga kesihatan. berehat melepaskan lelah; bercuti utk bersenang-senang: Aku terlalu penat, aku perlu ~ dahulu. merehatkan membiarkan supaya berehat: Selepas bermain dia ~ dirinya di atas bangku. kerehatan keadaan rehat.Kamus Pelajar
rehat(réhat) melepaskan lelah, mengaso: ~ yg terbaik sekali ialah tidur nyenyak; ubat letih ialah ~; bilik ~ bilik utk melepaskan lelah; kerusi ~ kerusi tempat duduk dgn mengunjurkan kaki; masa ~ waktu utk ber­senang-senang melepas-kan lelah; berehat melepaskan lelah, bercuti utk mengaso, bersenang-senang: tiap-tiap petang saya ~ di kebun bunga; merehatkan membiarkan supaya berehat, membiarkan mengaso: duduk bersandar ~ diri; seminggu di Adelaide, walaupun be­kerja tetapi bagaikan ~ fikiran; kerehatan keadaan rehat: jika tidak ada ~ maka mudahlah datangnya penyakit; ® isti­­rahat.Kamus Dewan Edisi Keempat
lepas1 bebas drpd ikatan atau dr tahanan; tidak bersangkut paut atau tidak bertalian lagi: Bagaimanapun ia meronta, tidak juga ~. 2 sudah terjadi atau sudah berlaku: Bahaya yg besar sudah ~. 3 sesudah selesai; sehabis: ~ menggosok gigi dan mandi, barulah dia minum. ~ diri tidak mahu melibatkan diri atau tidak mahu bertanggungjawab dlm sesuatu hal. ~ laku bebas melakukan sesuatu (biasanya tingkah laku yg tidak baik) tanpa segan-segan. ~ pantang sesudah waktu berpantang. ~ sekolah sesudah bersekolah. ~ tangan a. tidak berpegang pd apa-apa (pd kemudi, pd selusur dsb). b. tidak masuk campur atau tidak bertanggungjawab dlm sesuatu hal. berlepas 1 tidak terikat atau tidak tertambat lagi (bkn binatang). 2 pergi atau berangkat ke sesuatu tempat: Emaknya sudah ~ ke Mekah dgn kapal terbang. melepas kecewa kerana tidak tercapai apa-apa yg dicita-citakan; hampa. melepasi 1 menebus atau menunaikan (niat, janji dsb); membayar (hutang dsb). 2 lepas drpd sesuatu (palang, pagar dsb): Dia berjaya ~ palang yg tinggi itu. melepaskan 1 membebaskan dr tahanan (kurungan, ikatan dsb); membiarkan lepas: Polis telah ~ orang itu dr tahanan. 2 menghilangkan (penat lelah, rindu dendam dll): Ia memeluk dan mencium anaknya utk ~ rindunya. 3 mengizinkan pergi atau berangkat; membenarkan: Ia enggan ~ anaknya ke London seorang diri. 4 mengeluarkan atau melahirkan (perasaan marah dsb): Dia ~ kemarahannya kpd kawan-kawannya. 5 menceraikan atau menyingkirkan seseorang: Ahmad telah ~ isterinya yg tidak setia itu. ~ dendam membalas dendam. ~ diri membebaskan diri. ~ jiwa (nyawa) menyelamatkan diri drpd bahaya maut. ~ lelah merehatkan diri. ~ tumbukan menumbuk; meninju. terlepas telah lepas atau dilepaskan; bebas: Joran kailnya ~ dan terus tenggelam. lepasan orang yg telah tamat dr sesuatu pusat pengajian (universiti, maktab dll): Tujuan latihan itu adalah utk menyediakan belia ~ sekolah dgn berbagai-bagai kemahiran. kelepasan 1 keadaan lepas (bebas); kebebasan. 2 waktu rehat atau hari cuti: Hari Ahad ialah hari ~ am. perlepasan hal berlepas. pelepasan 1 perbuatan atau hal melepaskan; perihal dikecualikan drpd sesuatu (cukai dll): ~ cukai pendapatan. 2 dubur. pelepas 1 orang yg melepaskan peserta-peserta dlm perlumbaan. 2 alat yg digunakan utk melepaskan sesuatu: ~ picu. selepas setelah selesai; sesudah: ~ mandi-manda di sungai itu, kami pun membuka bekalan lalu makan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ruang1. sela-sela di antara dua deret (banjar) tiang atau di antara empat tiang (di bawah kolong rumah): besarnya rumah itu tujuh belas ~, ~nya tiga-tiga depa; 2. bahagian yg (dibiarkan) kosong atau terbuka dlm sesebuah bangunan; 3. lubang yg terdapat dlm sesuatu benda, rongga: ~ hidung; ~ dada; 4. rongga yg dibatasi oleh bidang; ilmu ukur ~ penge­tahu­an utk mengira isi (besar) sesuatu benda (kiub, kon, dll); 5. (dlm ilmu falsafah) tempat atau rongga yg tidak ada batasnya, tempat segala yg ada: namun secara rohaniah manusia itu bebas, bebas utk bergerak, baik dlm ~ mahu­pun waktu; 6. = ~ waktu (masa) jarak antara satu waktu dan waktu lain; ~ waktu yg sempit jarak waktu yg pendek (terhad); 7. = ruangan tempat yg lapang, bilik (bilik dlm rumah, bilik darjah, dll): ~ duduk kami menghadap ke beranda; matanya menyeluruhi ~ bilik darjah itu; 8. petak-petak dlm buah, pangsa; durian lima ~ durian lima pangsa; 9. = ruangan tempat yg lapang dlm kapal (pe­rahu), tempat memuat barang-barang, palka: perahu itu bocor, ~nya berisi air; air ~ air dlm ruang kapal (perahu); 10. = ruangan petak atau kolum dlm surat khabar dll, lajur: satu hal yg baru bagi idea majalah ini ialah dibukanya ruangan-ruangan spt sorotan, cerita pendek, dll; 11. = ruangan petak atau kolum utk angka: sifar di ruangan ratus tidak di­kehendaki kerana 076 serupa sahaja dgn 76; ~ se (puluh, ratus, dll); 12. = ruangan kalangan, lapangan, lingkungan; mencari ruang(an) hidup baharu; tiba-tiba Rosita terbayang di ~ matanya nampak di ling­kungan pandangan mata; 13. peluang atau skop: Islam memberi ~ kpd akal manusia menyingkap rahsia alam tabii; ~ angkasa angkasa lepas; ~ badan rongga pd badan; ~ dalam (tengah) bilik dalam (tengah) dlm rumah; ~ dapur bahagian dapur rumah; ~ depan (muka) bahagian depan rumah; ~ lakon ruang (di pentas dsb) tempat dipersembahkan lakonan (tempat dilakonkan babak-babak cerita); ~ legar ruang yg agak luas di sebelah dalam pintu utama sesebuah bangunan, biasanya terdapat tempat bertanya, tempat menerima tamu, tempat menunggu dsb, lobi, foyer; ~ lingkup = ~ liput(an) = ~ litupan bidang sesuatu kegiatan atau ilmu penge­tahuan atau yg diliputi oleh sesuatu per­bincangan (penulisan dsb); ~ mulut rongga mulut; ~ niaga ruang utk menjadi tempat berniaga (dlm kompleks perniagaan dsb); ~ rias (hias) bilik atau tempat berhias; ruang(an) selisih kolum (petak) yg me­nunjukkan angka selisih (dlm matematik); ~ tamu bilik atau ruang utk menerima tamu; ~ udara a) ruang terhad tempat udara wujud; b) angkasa; c) bahagian atmosfera bumi di atas sesebuah negara, yg dr segi undang-undang terletak di bawah bidang kuasa negara berkenaan: ~ udara Malaysia; bawah ~ Br bahagian di antara penyokong dgn lantai perahu; me­rajukkan air di ~, hendak karam ditimba juga prb marah yg tiada sampai, apabila ia kemalangan ditolong juga supaya kesusahan itu jangan sampai kpd kita; beruang mempunyai atau ada ruang yg kosong atau lapang: bilik itu sempit sehingga tidak ~ langsung utk berbaring merehatkan badan; meruang mengeluarkan kotoran dr dlm perut mayat, menyucikan mayat; ~ senjata membersihkan senjata; ruangan ruang; ~ pojok ruangan dlm akhbar atau majalah yg dikhaskan utk tulisan atau karangan tertentu secara berterusan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas