merembes | 1 meresap masuk atau keluar (bkn benda cair). 2 menyusup (dgn diam-diam). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merembes | 1. meresap masuk atau keluar (barang cair spt air dll), menitis, tiris: air matanya masih ~ keluar dgn tidak berhenti-hentinya; 2. menyeludup (dgn diam-diam), menyusup: ia kagum melihat aliran sosialisme radikal mulai ~ ke tanah airnya; pasukan gerila ~ masuk kota; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rembes; merembes | 1 meresap masuk atau keluar (bkn benda cair). 2 menyusup (dgn diam-diam). merembeskan mengeluarkan bahan (cair) dr sel, kelenjar dsb: Hempedu dirembeskan dr hati utk menolong menghancurkan makanan. rembesan bahan yg dirembeskan. perembesan 1 perihal (proses dll) merembeskan. 2 penyusupan. | Kamus Pelajar |
rembes | ; merembes 1 meresap masuk atau keluar (bkn benda cair). 2 menyusup (dgn diam-diam). merembeskan mengeluarkan bahan (cair) dr sel, kelenjar dsb: Hempedu dirembeskan dr hati utk menolong menghancurkan makanan. rembesan bahan yg dirembeskan. perembesan 1 perihal (proses dll) merembeskan. 2 penyusupan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rembes | (rémbés) I; merembes 1. meresap masuk atau keluar (barang cair spt air dll), menitis, tiris: air matanya masih ~ keluar dgn tidak berhenti-hentinya; 2. menyeludup (dgn diam-diam), menyusup: ia kagum melihat aliran sosialisme radikal mulai ~ ke tanah airnya; pasukan gerila ~ masuk kota; merembeskan mengalirkan keluar (air mata, hormon, enzim dsb); rembesan 1. aliran (air mata dll), titisan: dia berusaha memahami ~ air matanya, dia tidak mahu mengalah pd emosinya; 2. (Bio) sebarang bahan spt peluh, enzim, dan air liur yg dihasilkan oleh sel atau kelenjar tubuh utk melakukan fungsi tertentu; perembesan 1. (Bio) proses menghasilkan rembesan; 2. penyusupan: buku dan surat khabar, idea, dll yg telah menerobos atau dlm proses ~ masuk ke dlm negara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tembus | 1. berlubang terus sampai ke sebelah, bolos, tembuk: dinding papan itu ~ kena peluru; 2. masuk terus ke sebelah, lantas ke, terus sampai ke: gua itu ~ ke belakang bukit; jalan ini ~ ke pasar; 3. meresap terus ke sebelah lain, merembes ke sebelah lain: kertas ini jenis yg tidak baik kerana dakwat ~ ke bawah apabila ditulis; 4. dapat dilantas terus (barisan pertahanan dll), bolos, tobros: pertahanan musuh telah ~; 5. ark kena benar (dugaan dll), tepat; menembus 1. meresap masuk (ke dlm hati dll): kata-katanya tadi telah dapat ~ ke dlm hati suaminya; 2. terus sampai ke, terus ke; 3. ark betul (terkaan dll), tepat: firasatnya tidak ~; menembusi 1. menusuk (menikam dll) sampai tembus, menebuk, melubangi: keris ini dapat ~ badan orang; 2. masuk terus (melalui se-suatu), melantas: beberapa butir peluru telah ~ kepala dan dadanya; 3. meresap terus ke sebelah yg lain, melantas, merembes: matahari membulat ~ kabus tebal di puncak Titi-wangsa; 4. ki meresap masuk (ke dlm hati dll); 5. dapat melantas (pertahanan dll), menobros, mendobrak: konvoi dikirim utk ~ kepungan Jerman terhadap kepulauan Inggeris; industri perabot di negara ini dapat diusahakan secara bersepadu utk ~ pasaran eksport secara besar-besaran; tembusan 1. sesuatu (jalan, sungai, dll) yg tembus ke; 2. sungai buatan (utk dilalui kapal dll), terusan 3. jalan yg menembusi bukit dll, terowong; 4. = ~ surat salinan surat asal; penembusan perihal menembus atau menembusi, penobrosan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meresap | 1. masuk ke dlm liang dll (terutama barang yg cair), menyerap: sejuk angin timur laut yg bertiup itu pun ~ sampai ke tulang sumsum; perapkan daging itu beberapa waktu lamanya hingga garam dll ~ benar; meresap-resap ke rumah orang masuk-masuk ke rumah orang; 2. menyusup keluar, menitis, merembes (peluh): peluh dingin ~ membasahi seluruh badannya; 3. hilang, lenyap (drpd pandangan); makanan itu habis ~ habis lenyap (masuk ke mulut, dimakan); 4. masuk benar (ke dlm hati dll), lekat benar (di dlm hati): segala apa yg dikatakan oleh Khatijah ~ di hatinya; dia berasa sesuatu yg mesra ~ ke dlm jiwanya; 5. masuk ke dlm sesuatu dan menjadi sebahagian daripadanya: beberapa banyak kata asing yg telah ~ ke dlm bahasa Melayu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
resap | hilang, lenyap, lesap: cecair itu ~ cepat dan kesannya tidak lama; tuan puteri pun ~lah tiada ketahuan halanya; meresap 1. masuk ke dlm liang dll (terutama barang yg cair), menyerap: sejuk angin timur laut yg bertiup itu pun ~ sampai ke tulang sumsum; perapkan daging itu beberapa waktu lamanya hingga garam dll ~ benar; meresap-resap ke rumah orang masuk-masuk ke rumah orang; 2. menyusup keluar, menitis, merembes (peluh): peluh dingin ~ membasahi seluruh badannya; 3. hilang, lenyap (drpd pandangan); makanan itu habis ~ habis lenyap (masuk ke mulut, dimakan); 4. masuk benar (ke dlm hati dll), lekat benar (di dlm hati): segala apa yg dikatakan oleh Khatijah ~ di hatinya; dia berasa sesuatu yg mesra ~ ke dlm jiwanya; 5. masuk ke dlm sesuatu dan menjadi sebahagian daripadanya: beberapa banyak kata asing yg telah ~ ke dlm bahasa Melayu; meresapi meresap ke dlm, memasuki rata-rata: lantai hendaklah dibuat drpd bahan yg tidak boleh diresapi air; seluruh alat negara telah diresapi oleh pengaruh samurai; meresapkan menyerapkan, memasukkan rata-rata: aku berbaring-baring di tanah utk ~ khasiat drpd sinar matahari yg membakar ke dlm tubuhku; teresap sudah diresapkan (diserapkan), termasuk dalam-dalam (rata-rata); resapan perihal meresap (masuk ke dlm sesuatu), kejadian (sesuatu) meresap ke dlm sesuatu: kertas itu sudah berbulu-bulu dan berbelang-belang oleh ~ air; akibat pengaruh dan ~ nilai-nilai keislaman inilah yg menyebabkan syair dan pantun Melayu kian bermakna dan kedudukan penyair Melayu Islam bertambah penting di Nusantara; keresapan perihal atau keadaan resap atau teresap; peresapan perihal (proses dsb) meresap: ~ gas; ~ unsur-unsur budaya material. | Kamus Dewan Edisi Keempat |