Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ren.dah.ren.dah.kan] | مرنده مرندهکن

Definisi : memandang atau meng­­­­­anggap rendah (hina, tidak penting, tidak bernilai, tidak berkemampuan, tidak ber­­­kualiti dsb) terhadap seseorang atau sesuatu, mengecil-ngecilkan: menangkis sikap suka ~ kemampuan wanita; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata merendah-rendahkan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
merendah-rendahkanmemandang atau meng­­­­­anggap rendah (hina, tidak penting, tidak bernilai, tidak berkemampuan, tidak ber­­­kualiti dsb) terhadap seseorang atau sesuatu, mengecil-ngecilkan: menangkis sikap suka ~ kemampuan wanita;Kamus Dewan Edisi Keempat
terdahulu1. yg lebih dahulu atau lebih awal, yg mula-mula, yg sudah ada (bergiat dsb) sebelum golongan dsb yg sekarang ini: sete­ngah-setengah penulis sekarang merendah-rendahkan karya penulis yg ~; 2. sebelum (yg lain), lebih awal drpd yg lain: siapa yg datang ~ mendapat tempat di hadapan;Kamus Dewan Edisi Keempat
gergasi1. sj makhluk besar yg suka makan orang, raksasa bersiung, bota; 2. ki seseorang atau sesuatu (spt jentera, alat, dll) yg sangat besar, atau yg mempunyai kebolehan (kemampuan) yg luar biasa: kebolehan komputer dilihat sbg ~ mesin kira yg cepat; saksikanlah ~ bola sepak beraksi dlm kejohanan ini; 3. ki kuasa besar dlm sesuatu lapangan atau bidang: ada kalangan yg masih merendah-rendahkan kemampuan Jepun menjadi ~ ekonomi; menggergasi menjadi besar spt gergasi: harapannya menggunung dan impiannya ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
perendahanperihal (perbuatan dsb) me­rendahkan, perihal (proses dsb) merendah.Kamus Dewan Edisi Keempat
dahulu1. yg telah lepas (berlalu), yg telah lam­pau, yg lalu: beberapa hari ~; tiga tahun ~; zaman ~ (pd) zaman atau jangka masa yg sudah lama berlalu; 2. pd masa (waktu) yg telah lalu (lepas), sebelum ini, sebelumnya: ~ dia berkhidmat dgn kerajaan tetapi sekarang dia bekerja di sebuah bank; ~ masih kecil, sekarang sudah besar panjang; 3. pertama sekali atau sebelum melakukan (meneruskan) sesuatu, sementara menunggukan sesuatu atau sesuatu ketika: kita kemaskan barang-barang ini ~, kemudian baru kita pergi; berehatlah ~, sekejap lagi dia pulang; 4. lebih awal (drpd sesuatu), sebelum; ~ drpd itu sebelum itu; kelmarin ~ hari sebelum kelmarin, dua hari yg lalu; 5. (yg) paling depan, di hadapan sekali: dia berjalan ~, kami semua mengikut di belakang; 6. paling awal, pertama sekali (lebih awal drpd yg lain): dia yg sampai ~, dan seminit kemudian baru pelumba yg kedua pula sampai; berdahuluan, berdahulu-dahuluan, da­hulu-­mendahului berkejar atau ber­lumba hendak sampai (dapat dll) dahulu: kedua-dua budak itu ~ ke ribanya;mendahului 1. membuat (melakukan dsb) lebih awal atau dahulu drpd (lawan, saingan, dsb): Rusia telah ~ Amerika melancarkan roket ke bulan; 2. melakukan (sesuatu) lebih awal drpd segala sesuatu yg lain, memulai: ~ ucapan dgn mengalu-alukan kedatangan tetamu khas;mendahulukan 1. membuat sesuatu lebih awal drpd yg lain: perintah Allah harus di­dahulukan drpd kerja sendiri; 2. mem­berikan keutamaan (layanan terawal dsb) kpd: orang-orang muda hendaklah ~ orang-orang tua; terdahulu 1. yg lebih dahulu atau lebih awal, yg mula-mula, yg sudah ada (bergiat dsb) sebelum golongan dsb yg sekarang ini: sete­ngah-setengah penulis sekarang merendah-rendahkan karya penulis yg ~; 2. sebelum (yg lain), lebih awal drpd yg lain: siapa yg datang ~ mendapat tempat di hadapan;kedahuluan 1. perihal terdahulu; 2. Jk di­dahului, terlambat, terlewat;keterdahuluan perihal terdahulu: ~ Allah atas alam; pendahuluan 1. permulaan; kata ~ kete­rangan ringkas tentang tema atau isi buku pd permulaan buku oleh pengarangnya; 2. = bayaran ~ bayaran (yg merupakan sebahagian drpd harga sesuatu) yg dibuat terlebih dahulu (sebelum selesainya urusan jual beli), bayaran muka;pendahulu 1. orang dll yg mendahului; 2. yg terdahulu: yg memperbezakan sistem antarabangsa sezaman drpd sistem-sistem ~nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
rendah I1. tidak jauh jaraknya dr bawah, tidak tinggi (lwn tinggi): bangunan yg ~; pokok yg ~; ~ rembunai sedang (saja) rendahnya (badan orang); 2. tidak nyaring, lembut, perlahan (suara dll): suara yg ~; 3. = ~ hati suka merendahkan diri, tidak angkuh (som­bong, bongkak), baik hatinya: dia orang kaya yg ~ hatinya; 4. tidak mulia (budi hati), hina, aib, nista: ~ budi; ~ akhlak; 5. tidak mahal (harga), murah: harga getah terlalu ~ sekarang; 6. tidak banyak, kecil, sedikit (pendapatan dll): golongan yg ber­pen­dapatan ~; 7. (taraf) permulaan; sekolah (pendidikan) ~ sekolah (pendidikan) per­mulaan; mahkamah ~ mahkamah permulaan; 8. tidak tinggi atau tidak penting (kedudukan, pangkat, dll), tidak istimewa, kecil: bagi remaja yg sentiasa dipandang ~ dan di­anggap tidak berguna, mereka tidak nampak sebarang kebaikan dlm diri mereka sendiri; pegawai ~ pegawai kecil (tidak penting, tidak tinggi); ~ pangkatnya (darjatnya, mutunya) tidak tinggi pangkatnya (darjatnya, mutu­nya); orang ~ orang biasa yg tidak ber­pangkat; berpangkat ~ berpangkat kecil; 9. kurang baik (mutu dll): barang-barang yg bermutu ~; 10. tidak maju lagi: keadaan hidup (ekonomi) yg masih ~ di negara itu; ~ di anjung tinggi, kecil di ombak besar prb perihal sifat raja di Minangkabau yg diangkat dan ditinggikan oleh rakyat dgn kata muafakat; merendah 1. menjadi rendah, menurun: bulan separuh sudah ~ di kaki langit; ayahnya sedang tidur, dengkurnya ~; suara yg ~; ~ benar rezeki Marah sangat meng­untungkan (dr segala yg dikerjakan); 2. rendah hati, tidak angkuh (sombong, bongkak): sifatnya yg selalu ~ itu mendatangkan kawan yg banyak kepadanya; merendahkan 1. menjadikan rendah, me­nurunkan: badannya direndahkan supaya tidak dilihat orang; ~ suara menurunkan (melembutkan) suara; 2. memandang atau menganggap rendah (hina, tidak penting, dll), mengecil-ngecilkan: ia tidak suka ~ orang lain; ia berasa tidak senang dgn perkataan-perkataan yg ~ Malaysia; ~ diri a) membongkok supaya rendah; b) = ~ hati memandang (menganggap) diri sendiri rendah, tidak menyombongkan diri; ~ mutu mengurangkan mutu (nilai); ~ rezeki me­nurunkan (memberi) rezeki; merendah-rendahkan memandang atau meng­­­­­anggap rendah (hina, tidak penting, tidak bernilai, tidak berkemampuan, tidak ber­­­kualiti dsb) terhadap seseorang atau sesuatu, mengecil-ngecilkan: menangkis sikap suka ~ kemampuan wanita; rendahan yg rendah (tidak penting) pangkat­nya atau kedudukannya, bawahan: dia pegawai ~ di jabatan itu; kerendahan 1. rendah letaknya (duduknya): tanah yg ~; 2. perihal rendah; ~ budi ke­hina­­an, kenistaan; ~ hati sifat rendah hati (tidak sombong); 3. direndahkan oleh: dia pantang ~; perendahan perihal (perbuatan dsb) me­rendahkan, perihal (proses dsb) merendah.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas