tawaduk I | Ar 1. merendahkan diri, tidak angkuh: antara sifat-sifatnya ialah sifat ~, tidak haloba kpd kekayaan dan kebesaran hidup di dunia ini; dgn khusyuk dan ~ dgn sungguh-sungguh (sebulat) hati; 2. patuh, setia, taat (dlm me-ngerjakan sesuatu): syahadan, ialah yg sangat ~nya akan Allah Subhanahuwataala. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rendah | 1 tidak jauh jaraknya dr bawah; tidak tinggi: bangunan yg ~; pokok yg ~. 2 tidak nyaring (bkn suara); perlahan: bercakap dgn suara yg ~. 3 tidak mulia budi (hati); hina: ~ akhlak; ~ budi. 4 tidak mahal; murah: Harga getah ~ sekarang. 5 tidak banyak (bkn pendapatan dll); sedikit: golongan yg berpendapatan ~. 6 tingkat permulaan: sekolah ~. 7 tidak penting; bawahan (bkn pangkat atau kedudukan): pegawai ~. 8 kurang baik (bkn mutu): barang yg mutunya ~. 9 belum maju lagi; mundur: keadaan hidup yg masih ~. ~ hati (diri) tidak sombong; baik hati. merendah 1 menjadi rendah; menurun: Dengkurnya mula ~. 2 berlaku rendah hati; berlaku tidak sombong: Jika berhadapan dgn sesiapa pun, dia sentiasa ~. ~ hati (diri) menganggap diri sendiri rendah; tidak menyombongkan diri. merendahkan 1 menyebabkan menjadi rendah; menurunkan: Yg tinggi hendaklah direndahkan sedikit. 2 memandang atau menganggap rendah (tidak penting, hina); mengecil-ngecilkan: Ia tidak suka ~ martabat orang. ~ diri membongkok supaya rendah. rendahan yg rendah pangkatnya (orang, pegawai dsb); bawahan. kerendahan 1 rendah letaknya (duduknya): tanah yg ~. 2 keadaan (sifat) rendah: ~ hati sifat rendah hati; ~ budi kehinaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rendah I | 1. tidak jauh jaraknya dr bawah, tidak tinggi (lwn tinggi): bangunan yg ~; pokok yg ~; ~ rembunai sedang (saja) rendahnya (badan orang); 2. tidak nyaring, lembut, perlahan (suara dll): suara yg ~; 3. = ~ hati suka merendahkan diri, tidak angkuh (sombong, bongkak), baik hatinya: dia orang kaya yg ~ hatinya; 4. tidak mulia (budi hati), hina, aib, nista: ~ budi; ~ akhlak; 5. tidak mahal (harga), murah: harga getah terlalu ~ sekarang; 6. tidak banyak, kecil, sedikit (pendapatan dll): golongan yg berpendapatan ~; 7. (taraf) permulaan; sekolah (pendidikan) ~ sekolah (pendidikan) permulaan; mahkamah ~ mahkamah permulaan; 8. tidak tinggi atau tidak penting (kedudukan, pangkat, dll), tidak istimewa, kecil: bagi remaja yg sentiasa dipandang ~ dan dianggap tidak berguna, mereka tidak nampak sebarang kebaikan dlm diri mereka sendiri; pegawai ~ pegawai kecil (tidak penting, tidak tinggi); ~ pangkatnya (darjatnya, mutunya) tidak tinggi pangkatnya (darjatnya, mutunya); orang ~ orang biasa yg tidak berpangkat; berpangkat ~ berpangkat kecil; 9. kurang baik (mutu dll): barang-barang yg bermutu ~; 10. tidak maju lagi: keadaan hidup (ekonomi) yg masih ~ di negara itu; ~ di anjung tinggi, kecil di ombak besar prb perihal sifat raja di Minangkabau yg diangkat dan ditinggikan oleh rakyat dgn kata muafakat; merendah 1. menjadi rendah, menurun: bulan separuh sudah ~ di kaki langit; ayahnya sedang tidur, dengkurnya ~; suara yg ~; ~ benar rezeki Marah sangat menguntungkan (dr segala yg dikerjakan); 2. rendah hati, tidak angkuh (sombong, bongkak): sifatnya yg selalu ~ itu mendatangkan kawan yg banyak kepadanya; merendahkan 1. menjadikan rendah, menurunkan: badannya direndahkan supaya tidak dilihat orang; ~ suara menurunkan (melembutkan) suara; 2. memandang atau menganggap rendah (hina, tidak penting, dll), mengecil-ngecilkan: ia tidak suka ~ orang lain; ia berasa tidak senang dgn perkataan-perkataan yg ~ Malaysia; ~ diri a) membongkok supaya rendah; b) = ~ hati memandang (menganggap) diri sendiri rendah, tidak menyombongkan diri; ~ mutu mengurangkan mutu (nilai); ~ rezeki menurunkan (memberi) rezeki; merendah-rendahkan memandang atau menganggap rendah (hina, tidak penting, tidak bernilai, tidak berkemampuan, tidak berkualiti dsb) terhadap seseorang atau sesuatu, mengecil-ngecilkan: menangkis sikap suka ~ kemampuan wanita; rendahan yg rendah (tidak penting) pangkatnya atau kedudukannya, bawahan: dia pegawai ~ di jabatan itu; kerendahan 1. rendah letaknya (duduknya): tanah yg ~; 2. perihal rendah; ~ budi kehinaan, kenistaan; ~ hati sifat rendah hati (tidak sombong); 3. direndahkan oleh: dia pantang ~; perendahan perihal (perbuatan dsb) merendahkan, perihal (proses dsb) merendah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merendahkan | 1 menyebabkan menjadi rendah; menurunkan: Yg tinggi hendaklah direndahkan sedikit. 2 memandang atau menganggap rendah (tidak penting, hina); mengecil-ngecilkan: Ia tidak suka ~ martabat orang. ~ diri membongkok supaya rendah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merendahkan | 1. menjadikan rendah, menurunkan: badannya direndahkan supaya tidak dilihat orang; ~ suara menurunkan (melembutkan) suara; 2. memandang atau menganggap rendah (hina, tidak penting, dll), mengecil-ngecilkan: ia tidak suka ~ orang lain; ia berasa tidak senang dgn perkataan-perkataan yg ~ Malaysia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merendahkan | 1 menyebabkan menjadi rendah; menurunkan: Yg tinggi hendaklah direndahkan sedikit. 2 memandang atau menganggap rendah (tidak penting, hina); mengecil-ngecilkan: Ia tidak suka ~ martabat orang. ~ diri a. membongkok supaya rendah. b. = ~ hati menganggap diri sendiri rendah; tidak menyombongkan diri. | Kamus Pelajar |
kecil-mengecil | 1. hina-menghina, rendah merendahkan; 2. kecil-kecil; benda ~ benda yg kecil-kecil; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tawaduk | 1 rendah diri; merendahkan diri; tidak angkuh: Baginda itu sangatlah warak serta ~. | Kamus Pelajar |
menurunkan | 1. membawa turun (ke bawah), menarik turun, menjatuhkan, merendahkan: dilihat orang layang-layang Raja Ahmad sudah naik, maka segala orang banyak ~ layang-layangnya; maka sekalian baris itu ~ senapangnya memberi hormat; 2. mengeluarkan dr kenderaan (kereta, perahu, dll), menyuruh turun: setelah ~ kami di masjid besar, maka drebar itu pun membawa balik motokar itu ke Yan; 3. menjadikan rendah (pangkat, kedudukan, dll), memakzulkan (raja dll): setelah Abdullah menjadi sultan memanglah sukar hendak ~nya balik; 4. menjadikan kurang (harga dll), mengurang-kan, menyusutkan (hasil dll), memerosotkan: ia boleh membuat undang-undang baru, menukar undang-undang lama, menaikkan atau ~ cukai; 5. menjadikan perlahan (suara), merendahkan; 6. memindahkan sesuatu kpd (anak, cucu, dll), mewariskan sesuatu kpd, meninggalkan (harta, ilmu, dll) kpd: harta si mati itu mesti diturunkan kpd warisnya; dia akan ~ ilmunya kpd orang yg hanya betul-betul hendak belajar sahaja; 7. menternakkan, menggembalakan (lembu dsb); 8. mendatangkan (wahyu dll) kpd, menyampaikan (ilham dll) kpd, mewahyukan, mengilhamkan: wajib kita percaya kpd kitab-kitab yg diturunkan oleh Allah kpd rasul-rasul; 9. memulakan menanam (padi dll): maka bertitah baginda suruh Bujang Selamat panggil Tuk Bidan Raja datang menugal dan ~ benih; 10. menyebabkan turun, menggugurkan, menjatuhkan: kebanyakan hujan di Semenanjung adalah hujan ribut yg ~ sampai 30 cm dlm sehari; 11. menjadikan turun (warna kain dll), melunturkan (warna), memudarkan: serbuk pencuci itu akan ~ warna dan merosakkan corak kain itu; 12. Id membentuk kata terbitan drpd kata pokok yg diberi imbuhan (awalan, sisipan, atau akhiran): dgn bersisipkan em, kata gerlap diturunkan menjadi gemerlap; 13. memilih atau meletakkan pemain dlm pertandingan (bola sepak dll), memilih pemain utk mewakili sesuatu pasukan (dan seterusnya bermain dlm sesuatu perlawanan): mereka telah ~ pemain-pemain yg handal utk menentang pasukan dr luar negara itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hamba I | 1. abdi, budak belian, sahaya; 2. saya (utk merendahkan diri): ~ dengar tadi encik mengatakan encik berniaga di Singapura; tuan ~ (sbg menghormati orang yg dilawan bercakap) tuan; 3. ya, tuan (disebut ketika menjawab pertanyaan dsb); 4. (Komp) peranti yg dikuasai atau dikawal oleh peranti lain; ~ Allah manusia; ~ bas (Komp) peranti yg ditetapkan utk bertugas menerima atau menghantar data dari atau ke peranti yg bertindak sbg pengawal bas dlm komputer; ~ hukum Id polis; ~ raja a) abdi raja; b) bentara raja; ~ sahaya berbagai-bagai hamba, segala hamba; ~ seks perempuan yg dipaksa melayan keinginan nafsu seks lelaki; ~ tebusan budak belian; ~ tuan saya (utk merendahkan diri); berhamba 1. memiliki (mempunyai) hamba: ia ~ dua orang; 2. menjadi hamba (abdi): mereka datang menyerahkan diri kpd baginda dan ~ kepadanya; 3. menyebut dirinya hamba: ia tidak lagi ~ tuan ketika bercakap; 4. bersama-sama dgn hamba: dibawa lari periuk nasi itu lima ~; menghamba, menghambai mengabdi (kpd): kasih itu jangan melampau-lampau sehingga ~ diri sendiri; menghambakan 1. menjadikan hamba: ia sedar bagaimana pengaruh wang boleh ~ orang; penghulu itu ~ orang kampung; 2. memperhambakan; memperhamba memperlakukan sbg hamba; memperhambai mengabdi kpd; memperhambakan menjadikan diri sendiri atau seseorang lain sbg hamba kpd, mengabdikan: ia telah ~ dirinya kerana kasihnya kpd laki-laki itu; diperhamba = yg ~ hamba tuan(ku), patik, saya: yg titah itu atas kepala patik yg ~; kehambaan keadaan menjadi hamba: syarat atau asas perkenalan sesama manusia termasuklah patuh, taat, dan mengaku ~ kpd Allah; perhambaan perihal menjadi hamba (berhamba), perbudakan: Islam sama sekali tidak menggalakkan ~; penghambaan perihal atau perbuatan menghamba. | Kamus Dewan Edisi Keempat |