merentak | , merentak-rentak menghentak-hentakkan kaki (kerana marah dll): ia bangun sambil ~ dan menengking; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merentak | menarik dgn cepat dan kuat; menyentak; merenggut: Orang itu ~ rantainya hingga putus. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merentak | menghempaskan kaki ke lantai; menghentakkan kaki kerana marah dll: Dia bangun sambil ~ dan menengking. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merentak | menyentak, merenggut: anjing itu ~ rantainya lalu putus; kemejanya sobek-sobek direntak-rentak orang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merentak-rentak | menghentak-hentakkan kaki (kerana marah dll): ia bangun sambil ~ dan menengking; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merentak | menghempaskan kaki ke lantai; menghentakkan kaki kerana marah dll: Dia bangun sambil ~ dan menengking. | Kamus Pelajar |
rentak I | 1. hentaman kaki, hentak: ia menjawab dgn ~ dan marahnya; 2. = ~ lagu (muzik) gerakan yg teratur (dlm lagu), irama, tingkah: bertepuk tangan, berhentak kaki mengikut ~ lagu; 3. ki gaya, kelakuan, tingkah: ia mencelah mengikut ~ langkah pak menteri; ~ sedegam, langkah sepijak prb Mn setuju, semuafakat; berentak mengikut, mempunyai atau memakai rentak (lagu atau muzik), berirama: sebuah lagu Melayu asli ~ perlahan didendangkan dlm majlis itu; merentak, merentak-rentak menghentak-hentakkan kaki (kerana marah dll): ia bangun sambil ~ dan menengking; merentakkan; ~ kaki menghentakkan (menghentamkan) kaki. perentak = ~ jantung alat elektronik yg dipasang pd jantung utk memperkuat atau mengawal dan mengatur denyutan jantung yg lemah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hentak | ; menghentak 1. memijak dgn kuat-kuat, merentak, menginjak (menumbuk dll) dgn keras: anak itu ~ lantai kerana tidak dapat wang; 2. menikam, menjolok, menusuk, meradak (dgn lembing dll): anjingnya luka dihentak orang; 3. = menghentak-hentak berdenyut-denyut (hati dll): hatinya ~ menunggu keputusan peperiksaan; menghentakkan, menghentak-hentakkan memijakkan, menumbukkan, merentakkan: ia ~ kasut tumit tingginya di atas lantai simen; ~ diri menjatuhkan diri; ~ kaki merentakkan kaki; hentakan hasil perbuatan menghentak atau menghentakkan: ia meninggalkan ruang itu dgn ~ kaki; penghentak alat pemadat tanah, antan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggelalar | merentak-rentak (spt anjing yg tertambat), merenggut-renggut (dgn maksud hendak melepaskan diri). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rentak /réntak/; merentak | menarik dgn cepat dan kuat; menyentak; merenggut: Orang itu ~ rantainya hingga putus. terentak tertarik dgn kuat; tersentak. | Kamus Pelajar |