rentang | ; merentang terletak melintang di jalan, sungai dll; menggalang: Batang kelapa yg ~ di parit itu dijadikan titi. merentangi 1 merentang pd; merentang di: Mereka telah membina jambatan gantung yg ~ sebatang anak sungai. 2 menyekat; menghalang; merintangi: Dia dpt mengatasi segala kesukaran yg ~ usahanya. merentangkan 1 menarik atau mengikat kedua-dua hujung sesuatu spt tali, pd dua tiang yg berjarak supaya tegang; meregangkan: ~ dawai; ~ tali. 2 menghulurkan tangan atau kaki ke hadapan: Ia mula bergerak, ~ tangan dan mengunjurkan kaki. terentang 1 sudah direntangkan: Dawai telefon ~ dr rumah ke rumah. 2 tergalang; terhalang. perentang sesuatu atau seseorang yg merentang atau menghalang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rentang | terhulur panjang, terhulur memanjang; se~ perjalanan Mn beberapa lamanya (jauhnya) berjalan; se~ ayam selama (sepusing) menyabung ayam; merentang 1. membentang panjang, ter-letak memanjang: satu banjaran gunung ~ di tengah-tengah Semenanjung Tanah Melayu; dawai telefon yg ~ dr rumah ke rumah; tugas hidupku ~ di depanku; 2. menggalang, menghalang, melintang (di jalan dll); ~ antap ark memotong (memintas) jalan; ~ jalan membuat jalan; ~ jambatan membuat jambatan; ~ panjang menghuraikan (menceritakan) panjang lebar; merentangi 1. merentang pd: mereka membina sebuah jambatan gantung yg ~ sungai; jalan kereta api Trans-Siberia yg lurus ~ kawasan ini; 2. menghalangi, merintangi: beberapa banyak kesukaran yg ~ usahanya telah dapat diatasi; merentangkan 1. menarik atau memasang kawat (benang, tali, dll) tegang-tegang, meregangkan: ~ kawat; ~ tali; maka diregangkan oleh Benderang dgn Badang rantai itu dan direntangkannya; 2. menghulurkan (tangan, kaki) ke hadapan dll: ia mulai bergerak, ~ tangan, dan menganjurkan kaki; 3. menerangkan dgn panjang lebar, menghuraikan: pandai ~ cerita; terentang 1. sudah direntangkan, terbentang: gunung itu ~ dr utara ke selatan melalui tanah besar Asia Tenggara; 2. tergalang, terhalang; perentangan perbuatan dsb merentangkan: kegiatan pengedaran dan penampalan poster dan ~ sepanduk di merata-rata tempat; perentang sesuatu (benda atau orang) yg merentang (menghalang), penghalang: rantai ~ itu dapat diputuskan; kenangan hitam itu berjaya menjadi ~ utama bagi Babu drpd berkahwin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merentangkan | 1 menarik atau mengikat kedua-dua hujung sesuatu spt tali, pd dua tiang yg berjarak supaya tegang; meregangkan: ~ dawai; ~ tali. 2 menghulurkan tangan atau kaki ke hadapan: Ia mula bergerak, ~ tangan dan mengunjurkan kaki. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merentangkan | 1. menarik atau memasang kawat (benang, tali, dll) tegang-tegang, meregangkan: ~ kawat; ~ tali; maka diregangkan oleh Benderang dgn Badang rantai itu dan direntangkannya; 2. menghulurkan (tangan, kaki) ke hadapan dll: ia mulai bergerak, ~ tangan, dan menganjurkan kaki; 3. menerangkan dgn panjang lebar, menghuraikan: pandai ~ cerita; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merentangkan | 1 menarik atau mengikat kedua-dua hujung sesuatu spt tali dll pd dua tiang yg berjarak supaya tegang; meregangkan: ~ dawai; ~ tali. 2 menghulurkan tangan atau kaki ke hadapan: Ia mula bergerak, ~ tangan dan mengunjurkan kaki. | Kamus Pelajar |
teraju | 1. sj alat penimbang yg memakai dua buah piring yg digantungkan pd lengannya, neraca; 2. tali utk merentangkan (meregangkan) khemah, tali (rantai) utk menggantung lampu dll; 3. tali yg diikatkan pd rangka layang-layang (dr atas ke bawah); 4. ki kuasa tertinggi, pucuk pimpinan; ~ pemerintahan kuasa yg tertinggi dlm pemerintahan; ~ pimpinan pucuk pimpinan (pimpinan yg tertinggi); ~ palingan tali, manusia palingan Tuhan prb perihal hati yg cenderung kpd kebaikan; ~ yg tak palingan prb hukuman yg adil (saksama); menerajui memegang teraju pimpinan, me- memimpin, mengetuai, mengendalikan: usia yg semuda itu dirasakan belum cukup utk ~ sebuah organisasi yg besar dan penting; empat orang yg telah ~ pimpinan pentadbiran Malaysia selama ini adalah orang-orang yg ~ pimpinan Barisan Nasional; peneraju orang yg memegang teraju pim-pinan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengunjurkan | 1. meluruskan kedua-dua belah kaki (ketika berbaring, duduk), mem-baringkan dgn meluruskan kedua-dua belah kaki: dia merentangkan tangan dan ~ kaki, seakan-akan hendak melepaskan penat badannya; 2. meramalkan atau menganggar-kan sesuatu situasi (hasil, keputusan dsb) yg akan datang berdasarkan data, fakta dsb yg sedia ada, memprojeksikan: bank koperasi itu ~ keuntungan sebelum cukai sekurang-kurangnya RM85 juta bagi tahun 2003 ini; kami ~ 30 peratus pendapatan drpd pen-dapatan seluruh dunia menjelang tahun 2005; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
depang | ; mendepang 1 (dlm keadaan) kedua-dua belah tangan terentang ke kanan dan ke kiri. 2 merentang atau menghalang dgn kedua-dua belah tangan direntangkan ke kanan dan ke kiri. mendepangkan; ~ tangan merentangkan kedua-dua belah tangan ke kanan dan ke kiri. terdepang terentang ke kanan dan ke kiri (bkn tangan). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
depang | ; mendepang 1. (dlm keadaan) kedua-dua belah tangan terentang ke kanan dan ke kiri. 2. merentang atau menghalang dgn kedua-dua belah tangan direntangkan ke kanan dan ke kiri. mendepangkan; ~ tangan merentangkan kedua-dua belah tangan ke kanan dan ke kiri. terdepang terentang ke kanan dan ke kiri (bkn tangan). | Kamus Pelajar |
depang | ; mendepang 1. merentang (menghulurkan lurus-lurus) kedua-dua belah tangan ke kanan dan ke kiri: kedua-dua belah tangannya ~ dr tiang ke tiang pintu; 2. = berdepang terentang atau terhulur lurus (kedua-dua belah tangan) ke kiri dan ke kanan: dia dipaksa berdiri di tengah panas dgn tangannya ~; mendepangkan merentangkan kedua-dua belah tangan ke kanan dan ke kiri: dia ~ kedua-dua belah tangannya sambil melonjak dgn sekuat-kuat hatinya; terdepang terentang (tangan) ke kanan dan ke kiri, berdepang; depangan hasil mendepang atau mendepangkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |