Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
renung
Kata Terbitan : merenung, merenungi, renungan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
renung I; merenung 1. memerhatikan dgn teliti, menatap: direnungnya muka anaknya lama-lama; 2. menjenguk, menjengul: ia ~ ke luar jendela; merenungi 1. memandang baik-baik, meng­amat-amati dgn saksama, menatap(i): di­renunginya wajah Siti Salina; lama juga ia ~ kitab itu; 2. memikirkan (sesuatu masalah dll), dgn mendalam; renungan 1. hasil merenung atau merenungi, tatapan, pandangan: malu rasa hatinya kerana ~ Sira Panji itu; drpd air muka dan ~ matanya nyatalah dia menyuruh gadis itu duduk; perenungan perbuatan dsb merenung(i): ~ tentang hubungan antara manusia sbg peribadi yg berdaulat.Kamus Dewan Edisi Keempat
merenungi1. memandang baik-baik, meng­amat-amati dgn saksama, menatap(i): di­renunginya wajah Siti Salina; lama juga ia ~ kitab itu; 2. memikirkan (sesuatu masalah dll), dgn mendalam;Kamus Dewan Edisi Keempat
renungan1. hasil merenung atau merenungi, tatapan, pandangan: malu rasa hatinya kerana ~ Sira Panji itu; drpd air muka dan ~ matanya nyatalah dia menyuruh gadis itu duduk;Kamus Dewan Edisi Keempat
panorama1. pemandangan yg luas terbentang dan tidak terhalang atau terganggu: mata temannya merenungi ~ pergunungan Lompo Battang; 2. tinjauan yg menyeluruh atau komprehensif terhadap sesuatu perkara (ke­adaan, situasi dsb): ~ sejarah bahasa Arab selama 2000 tahun; 3. gambaran yg luas tentang suatu siri peristiwa yg sentiasa berubah­ubah: ~ perubahan manusia sejak beribu-ribu tahun.Kamus Dewan Edisi Keempat
menatap1. memerhatikan dgn teliti, memandang dgn sungguh-sungguh: ia ~ wajahnya puas-puas di cermin; tiap-tiap kepala berita yg berhuruf kasar ditatapnya dgn hati-hati; 2. memandang, merenung, merenungi: dia ~ kembali anaknya yg riang bermain itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
tatapmenatap 1. memerhatikan dgn teliti, memandang dgn sungguh-sungguh: ia ~ wajahnya puas-puas di cermin; tiap-tiap kepala berita yg berhuruf kasar ditatapnya dgn hati-hati; 2. memandang, merenung, merenungi: dia ~ kembali anaknya yg riang bermain itu; tatapan 1. hal atau hasil menatap, pandang-an: bapa mengubah duduknya serta menatap muka ibu, satu ~ yg membawa pengertian yg dalam; 2. sesuatu yg ditatap, pandangan, renungan: menjadi ~ orang ramai; bertatapan saling menatapi satu sama lain: mata kami ~; penatap orang yg menatap(i). tatapan ark sl tetampan.Kamus Dewan Edisi Keempat
akhirnya1. = ~ kelak = akhir-akhirnya ke­sudah­an­nya; 2. yg belakang sekali, bela­kang, kemudian (lwn awal): dia merenungi pusaran hidupnya yg sukar dicari titik awal dan ~; pd akhir-akhirnya ini kebelakangan ini; ~ kelaknya sl akhir-akhirnya; akhir-akhir kebelakangan; ~ ini pd waktu kebelakangan ini; berakhir 1. habis, selesai, tamat, habis tem­poh­nya: mesyuarat telah ~; 2. = ~ dgn = berakhirkan berkesudahan dgn: pesta itu ~ dgn perkelahian; mengakhiri menghabisi, menyudahi, mena­mat­kan: dia ~ pidatonya dgn ucapan, “Merdeka!”; Mak Cik Sinah ~ sembahyang maghribnya dgn doa yg panjang; mengakhirkan 1. menempatkan (menaruh) di belakang, mengemudiankan: dia ~ adik­nya; 2. mengundurkan (waktu dll): ~ jam; terakhir paling akhir, di belakang sekali, kemudian sekali: barangkali ini nasihat ~ sebelum ia meninggal; akhiran penambahan atau imbuhan pd akhir sesuatu perkataan (mis an, i, kan pd per­kataan spt tumbuhan, mengasihi, menda­lam­kan, dll); berakhiran mempunyai akhiran; keakhiran kesudahan, penghabisan: ia sudah berada di titik ~ hidupnya; keterakhiran perihal paling kemudian atau terkemudian: keterdahuluan dan ~ adanya alam; pengakhiran perihal mengakhiri atau meng­akhir­kan, penyudahan: ~ mesyuarat; pengakhir sesuatu yg mengakhiri (me­namat­kan), penamat: tetapi anda di Amerika Syarikat berpendapat yg ini ~ kerja.Kamus Dewan Edisi Keempat
lapik I1. alas (tikar, cadar, tiang, dll): ~ duduk; 2. lapis baju sebelah dalam (utk menebalkan supaya tahan), sampul pd kulit buku dll: baju dan lengan, tali pinggang dan ~, biasanya dipotong memanjang kain; harganya ada tertulis pd ~ kulit buku tersebut; ~ duduk tikar dll tempat duduk; ~ kaki selipar (terom­pah dll); ~ meja kain, plastik dsb yg digunakan utk menutup permukaan meja; ~ perut sarapan yg dimakan supaya tidak berasa terlalu lapar; ~ tiang (batu dll) pengalas tiang; menggantikan ~ prb mengahwini janda sau­daranya; se~ seketiduran sebantal sekalang hulu prb terlalu karib; sudah bergulung ~ sahaja prb hal orang yg terlalu miskin; berlapik mempunyai atau memakai lapik: saya tertidur di atas lantai yg ~ tikar meng­kuang; berlapikkan beralaskan: dua buah kerusi yg ~ baldu; melapik memberi lapik kpd: ibu ~ periuk dgn lekar; ~ perut makan pagi-pagi supaya tidak terlalu lapar, menyarap; melapiki merupakan lapik kpd, menjadi lapik kpd: matanya merenungi petak-petak tikar mengkuang yg ~ punggungnya; melapikkan menggunakan sesuatu sbg lapik; pelapik sesuatu yg dijadikan lapik, pengalas.Kamus Dewan Edisi Keempat
hulur I; menghulur 1. membiarkan sesuatu (spt tali dll) lepas menjadi panjang, me­ngumbai: ~ tali kail; ~ tali layang-layang; 2. menjadi panjang, memanjang, mulur: plastik kalau ditarik boleh ~; 3. keluar memanjang, mengunjur: sebelah tangannya ~ keluar; 4. memanjangkan (umur, perbincangan, dll), mengundurkan masa, menunda-nunda: penu­karan jantung dapat ~ umur orang yg men­derita penyakit jantung; ~ perdebatan; 5. memberi sesuatu kpd seseorang dgn me­manjangkan tangan sedikit, mengun­jukkan: sambil ~ minuman dan buah-buahan ia merenungi muka suaminya; menghulur-hulur 1. memanjang-man­jang­­kan (waktu, perbicaraan, dsb), mena­ngguh-nangguh (janji, persetujuan, dsb); 2. Id, bp mentafsirkan (fasal dlm undang-undang, perjanjian, dll) mengikut kehendak sendiri (di­luaskan atau disempitkan mengikut kehen­dak sendiri); menghuluri memberikan (menyampaikan) sesuatu kpd: maka oleh Kapitan Mor di­suruhnya huluri cindai Tun Amat Ali dibawa­nya naik ke atas kapal; menghulurkan 1. melepaskan sesuatu (spt tali dll) agar menjadi panjang: maka tali pun dihulurkan ke bawah dan raga pun di­kosongkan; 2. mengeluarkan memanjang, menganjurkan, menjulurkan, menyembulkan (kepala dll): ~ lidah utk menjilat; lazimnya, batang tumbuh tegak ke atas dan ~ daun-daun ke satu arah yg sesuai utk mendapat sebanyak-banyak cahaya; ia meman­jang­kan badannya yg di bahagian haluan dan ~ kepalanya; 3. memanjangkan, memperpan­jang (masa, perbincangan, dll): jika perlu, waktu perundingan itu boleh dihulurkan sampai beberapa hari lagi; 4. mengun­jukkan, memberikan (dgn tangan dianjurkan): ia mengambil segelas air dan ~nya kpd suaminya; ~ pertolongan; 5. Mn menghan­tar atau membawa sesuatu utk: ~ makanan ayah ke kebun; 6. menuruti (kehendak, hawa nafsu, dll): jangan dihulurkan sangat kehendak orang itu; ~ tangan a) mengan­jurkan tangan (utk bersalaman dll); b) mem­berikan bantuan, membantu; c) berbaik-baik kembali; huluran sesuatu yg dihulurkan, bantuan, pemberian, pertolongan; penghuluran perihal atau perbuatan meng­hulur(kan).Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas