meridian | /méridian/ ist garis yg merupakan bulatan yg membelah bumi dr kutub ke kutub. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
garisan bujur | a. jarak ke timur atau ke barat dr sesuatu meridian terutamanya meridian Greenwich (diukur dlm satuan darjah. b. garis pd peta (glob) dr kutub utara ke kutub selatan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meridian | (Geog) garis khayalan yg merupakan bulatan yg membelah bumi dr kutub utara ke kutub selatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meridian | ist garis yg merupakan bulatan yg membelah bumi dr kutub ke kutub. | Kamus Pelajar |
hemisfera | (hémisféra) (Geog) sebelah bahagian bumi (iaitu hemisfera utara dan hemisfera selatan dibahagikan oleh garisan khatulistiwa manakala hemisfera timur dan barat pula dibahagikan oleh garisan meridian); ~ selatan separuh bahagian bumi yg terletak di selatan khatulistiwa; ~ utara separuh bahagian bumi yg terletak di sebelah utara khatulistiwa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
garis | 1 = garisan tanda yg halus panjang tetapi tidak ada tebalnya atau lebarnya; coret panjang yg lurus, bengkok atau lain-lain: ~ dr A ke B hendaklah dipanjangkan hingga ke C. 2 = garisan coret panjang yg dibuat utk menandai batas atau sempadan: Dia menendang bola itu keluar ~. 3 sesuatu yg telah dijadikan asas (pegangan) utk melakukan sesuatu; pedoman: Kita harus menyelesaikan pekerjaan itu mengikut ~-~ yg telah ditentukan. 4 kesan berupa gores yg terdapat pd kulit atau pd badan seseorang atau sesuatu: Pd betisnya masih kelihatan ~-~ bekas kena rotan. 5 = garisan barisan kubu utk bertahan; deretan benteng utk mempertahankan kawasan yg dikuasai: Pasukan komando kita telah berjaya menawan ~ pertahanan musuh. ~ daya magnet garis(-garis) lengkung di keliling sesuatu magnet yg tidak memotong antara satu sama lain. ~ finiti, = unjuran ~ finiti garis putus-putus yg dibuat utk menunjukkan berbagai-bagai pandangan terhadap sesuatu objek (spt tinggi, panjang dan dalamnya). ~ kasar a. garis yg dibuat (dilukis) secara kasar. b. apa-apa yg ditulis (dirakamkan) dlm buku secara ringkas; catatan ringkas. ~(an) pusat garis lurus dr tepi ke tepi sesuatu bulatan dan melalui pusat bulatan itu; diameter. ~(an) rentas garis yg menghubungkan dua titik pd garisan tepi sesuatu bulatan. ~(an) selari (sejajar) garisan yg sama jarak di antaranya (dr pangkal hingga ke hujung). ~(an) sentuh garis di luar bulatan yg bersentuh dgn bulatan itu (pd sesuatu titik). ~(an) tegak garis lurus yg membentuk sudut 90o dgn garis lurus yg lain. ~an Antartik garisan lintang 66 o Selatan. ~an Artik garisan lintang Utara. ~an bujur a. jarak ke timur atau ke barat dr sesuatu meridian terutamanya meridian Greenwich (diukur dlm satuan darjah. b. garis pd peta (glob) dr kutub utara ke kutub selatan. ~an Jadi garisan lintang o Selatan. ~an khatulistiwa khatulistiwa. ~an lintang a. jarak ke utara atau ke selatan dr garisan khatulistiwa (diukur dlm satuan darjah). b. garis pd peta (glob) yg merentang dr timur ke barat. ~an Sartan garisan lintang Utara. ~an sesuhu garisan yg menandai sempadan atau batas bagi sesuatu kawasan yg mempunyai suhu yg sama. ~an tegak (cancang) garisan yg lurus ke atas dan membentuk sudut tepat dgn dasarnya. ~an ufuk garisan yg mendatar. bergaris ada garisnya: Utk membuat lukisan, gunakanlah buku yg tidak ~. bergaris-garis banyak garisnya: Getah itu dimesin lagi dgn mesin getah yg ~. menggaris membuat garis: Sambil membaca, dia ~ di bawah perkataan-perkataan yg tidak diketahui maknanya. menggarisi memberi bergaris pd: ~ kertas. menggariskan 1 menggunakan sesuatu utk membuat garis; membuat garis dgn sesuatu: Anaknya telah ~ hujung paku itu pd dinding rumahnya. 2 membuat pedoman atau asas-asas yg dijadikan pegangan: Dlm hadis itu, Rasulullah ~ enam perkara yg wajib dijauhi oleh setiap muslim. penggaris kayu dll yg digunakan utk membuat garis atau utk mengukur; pembaris. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
garis | 1. = garisan tanda yg halus panjang tetapi tidak ada tebalnya atau lebarnya; coret panjang yg lurus, bengkok atau lain-lain: ~ dr A ke B hendaklah dipanjangkan hingga ke C. 2 = garisan coret panjang yg dibuat utk menandai batas atau sempadan: Dia menendang bola itu keluar ~. 3. sesuatu yg telah dijadikan asas (pegangan) utk melakukan sesuatu; pedoman: Kita harus menyelesaikan pekerjaan itu mengikut ~-~ yg telah ditentukan. 4. kesan berupa gores yg terdapat pd kulit atau pd badan seseorang atau sesuatu: Pd betisnya masih kelihatan ~-~ bekas kena rotan. 5 = garisan barisan kubu utk bertahan; deretan benteng utk mempertahankan kawasan yg dikuasai: Pasukan komando kita telah berjaya menawan ~ pertahanan musuh. ~ daya magnet garis(-garis) lengkung di keliling sesuatu magnet yg tidak memotong antara satu sama lain. ~ finiti, = unjuran ~ finiti garis putus-putus yg dibuat utk menunjukkan berbagai-bagai pandangan terhadap sesuatu objek (spt tinggi, panjang dan dalamnya). ~ kasar a. garis yg dibuat (dilukis) secara kasar. b. apa-apa yg ditulis (dirakamkan) dlm buku secara ringkas; catatan ringkas. ~(an) pusat garis lurus dr tepi ke tepi sesuatu bulatan dan melalui pusat bulatan itu; diameter. ~(an) rentas garis yg menghubungkan dua titik pd garisan tepi sesuatu bulatan. ~(an) selari (sejajar) garisan yg sama jarak di antaranya (dr pangkal hingga ke hujung). ~(an) sentuh garis di luar bulatan yg bersentuh dgn bulatan itu (pd sesuatu titik). ~(an) tegak garis lurus yg membentuk sudut 90 o dgn garis lurus yg lain. ~an Antartik garisan lintang 66 ½ o Selatan. ~an Artik garisan lintang 66 ½ o Utara. ~an bujur a. jarak ke timur atau ke barat dr sesuatu meridian terutamanya meridian Greenwich (diukur dlm satuan darjah). b. garis pd peta (glob) dr kutub utara ke kutub selatan. ~an Jadi garisan lintang 23 ½ o Selatan. ~an khatulistiwa khatulistiwa. ~an lintang a. jarak ke utara atau ke selatan dr garisan khatulistiwa (diukur dlm satuan darjah). b. garis pd peta (glob) yg merentang dr timur ke barat. ~an Sartan garisan lintang 23½ o Utara. ~an sesuhu garisan yg menandai sempadan atau batas bagi sesuatu kawasan yg mempunyai suhu yg sama. ~an tegak (cancang) garisan yg lurus ke atas dan membentuk sudut tepat dgn dasarnya. ~an ufuk garisan yg mendatar. bergaris ada garisnya: Utk membuat lukisan, gunakanlah buku yg tidak ~. bergaris-garis banyak garisnya: Getah itu dimesin lagi dgn mesin getah yg ~. menggaris membuat garis: Sambil membaca, dia ~ di bawah perkataan-perkataan yg tidak diketahui maknanya. menggarisi memberi bergaris pd: ~ kertas. menggariskan 1. menggunakan sesuatu utk membuat garis; membuat garis dgn sesuatu: Anaknya telah ~ hujung paku itu pd dinding rumahnya. 2. membuat pedoman atau asas-asas yg dijadikan pegangan: Dlm hadis itu, Rasulullah ~ enam perkara yg wajib dijauhi oleh setiap muslim. penggaris kayu dll yg digunakan utk membuat garis atau utk mengukur; pembaris. | Kamus Pelajar |