meringankan | 1 menjadikan ringan; memudahkan; menyenangkan: Mesin-mesin moden sesungguhnya telah dpt ~ kerja para petani di kampung. 2 memandang tidak mustahak atau tidak penting; menganggap ringan (mudah): Dia tidak suka ~ agamanya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meringankan | 1. menjadikan ringan, mengentengkan, memudahkan: ~ bebanan; dlm usaha ~ hikayat ini, diusahakan supaya keaslian penulisannya dikekalkan; 2. = meringan-ringankan menganggap ringan (mudah dll): ia sangat ~ agamanya; ia sengaja ~ hukum; penyakit yg berjangkit tidak boleh diringan-ringankan; sembahyang tidak sekali-kali boleh diringan-ringankan; 3. ki mengurangkan (hukuman): merayu supaya hukuman mati itu diringankan kpd penjara seumur hidup sahaja; ~ kaki sudi datang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengentengkan | meringankan, memudahkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengentengkan | menganggap enteng; meringankan; memudahkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
beringan-ringan | sl meringankan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengentengkan | menganggap enteng; meringankan; memudahkan. | Kamus Pelajar |
enteng | (énténg) ringan, mudah; mengentengkan meringankan, memudahkan; mengenteng-entengkan menganggap mudah (ringan): G. Eton ~ bidang ini; entengan sesuatu yg dianggap ringan atau mudah: hasil sastera itu ~ sahaja, sulitnya tidak seberapa; keentengan keringanan, kemudahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bantuan kemanusiaan | bantuan yg cepat utk mengatasi kesukaran atau utk meringankan penderitaan kerana ditimpa bencana dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
paliatif | (rawatan, ubat dsb yg) bertujuan utk melegakan, mengurangkan atau meringankan sesuatu kesakitan, penyakit dsb, tetapi bukan utk menyembuhkannya: pembedahan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menolong | 1 membantu dgn wang, tenaga dll utk meringankan penderitaan dsb: Anak itu ~ bapanya menuai padi. | Kamus Pelajar |