ringkas | 1. tidak banyak mengambil tempat (kecil): lipat baju itu supaya ~; 2. tidak panjang, pendek, singkat (cerita, karangan, dll): laporan yg ~; penerangan ~ diberikan kpd semua pegawai; jalan ~ jalan yg singkat; huruf ~ kependekan (singkatan); ~nya pendeknya; ~ tegas = tegas ~ pendek dan padat (keterangan dll); 3. tidak banyak olahnya (bicaranya dsb), tidak cerewet: orangnya ~ dan mudah diajak berunding; meringkaskan 1. menjadikan ringkas, menjadikan kecil supaya tidak mengambil tempat: benda itu diringkaskan supaya masuk ke dlm beg; 2. memendekkan, menyingkatkan (cerita, laporan, pembicaraan, dll), mengikhtisarkan: ~ karangan; ~ pembicaraan; ringkasan 1. ikhtisar, intisari, singkatan (cerita dll); 2. kependekan; keringkasan perihal, keadaan atau sifat ringkas: pentingnya bahan ini terletak pd kepelbagaian dan ~nya; peringkasan perihal meringkaskan: kerana hakikat ini, wujud ~ barangnya sendiri, maka ia hanya memerlukan ruangan kecil. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meringkaskan | 1. menjadikan ringkas, menjadikan kecil supaya tidak mengambil tempat: benda itu diringkaskan supaya masuk ke dlm beg; 2. memendekkan, menyingkatkan (cerita, laporan, pembicaraan, dll), mengikhtisarkan: ~ karangan; ~ pembicaraan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memuntal | 1. menggulung di tangan atau kayu (benang, tali, dll), menggelendong, mengumpar: ~ tali sabut; 2. menyingkatkan, memendekkan, meringkaskan (perkara, urusan, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merumuskan | 1 membuat rumusan ttg sesuatu; menyatakan dgn ringkas dan tepat ttg sesuatu: Perkara itu dirumuskan dgn teliti. 2 meringkaskan perkataan dll; memendekkan: Mereka ~ Universiti Kebangsaan Malaysia dgn UKM saja. 3 menyatakan sesuatu hukum dll dgn rumus: Hukum Boyle dpt dirumuskan secara hisab. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyingkatkan | 1. menjadikan singkat (pendek dll), memendekkan (waktu dll): kerana kekurangan wang, saya terpaksa ~ lawatan saya itu; 2. meringkaskan (karangan dll), mengikhtisarkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
resume | (résumé) 1. IB ringkasan (ikhtisar); 2. keterangan ringkas tentang maklumat diri, pendidikan, pengalaman kerjaya, dsb seseorang, biasanya disertakan utk memohon sesuatu pekerjaan; meresumekan meringkaskan, mengikhtisarkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merumuskan | 1 membuat rumusan ttg sesuatu; menyatakan dgn ringkas dan tepat ttg sesuatu:Perkara itu dirumuskan dgn teliti. 2 meringkaskan perkataan dll; memendekkan: Mereka ~ Universiti Kebangsaan Malaysia dgn UKM saja. 3 menyatakan sesuatu hukum dll dgn rumus: Hukum Boyle dpt dirumuskan secara hisab. | Kamus Pelajar |
merangkumkan | 1. merangkum sesuatu utk (dengan); 2. memasukkan ke dlm (lingkungan) bersama-sama, mengumpulkan menjadi satu: sembahyang lima waktu boleh dirangkumkan atau dipendekkan ketika dlm pelayaran; 3. meringkaskan, mengikhtisarkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
puntal | ; berpuntal-puntal 1. bergulung-gulung spt dipintal-pintal: urat yg ~; rambutnya ~; 2. beberapa gulung benang (tali dll): ~ benang; memuntal 1. menggulung di tangan atau kayu (benang, tali, dll), menggelendong, mengumpar: ~ tali sabut; 2. menyingkatkan, memendekkan, meringkaskan (perkara, urusan, dll); puntalan gulungan (benang, tali, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memendekkan | 1. menjadikan pendek, memotong dll supaya pendek: Muda ~ langkahnya sambil menoleh ke belakang; sama ada masa penjara itu hendak dipanjangkan atau dipendekkan terserah kpd pertimbangan hakim; 2. mengikhtisarkan, menyingkatkan, meringkaskan: guru melatih kanak-kanak ~ sebutan itu; dipendekkan cerita, jadilah keluargaku dan keluarga Pak Hamid jiran yg paling baik dan ikrab; | Kamus Dewan Edisi Keempat |