rawi I | Ar 1. = perawi orang yg meriwayatkan hadis Nabi, periwayat: ~ hadis; 2. orang yg bercerita, pengarang cerita: kata ~ bahawa Sultan Muhammad Shah itu di atas kerajaan terlalu sekali adil; merawi beriwayat, bercerita; merawikan meriwayatkan, menceritakan; perawian perihal menceritakan riwayat hidup: ~ teks HS; perawi orang yg meriwayatkan hadis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
riwayat | Ar 1. cerita (berita, kisah) yg turun-temurun: pd suatu ~, orang tua yg berkata-kata itulah Puteri Gunung Ledang; 2. keterangan atau berita tentang perbuatan (perkataan dll) Nabi yg disampaikan oleh isterinya (sahabat-sahabatnya dll) sbg satu nas: mendahulukan yg kanan drpd yg kiri tidak diwajibkan dlm mengerjakan wuduk, mengikut ~ Ibni Umar; disunatkan berwuduk terlebih dahulu sebelum mandi wajib kerana sunah Nabi, menurut ~ drpd Aishah; 3. sejarah (kejadian atau peristiwa yg benar-benar berlaku), tambo: buku ~ perjuangan Nabi; 4. = ~ hidup keterangan (huraian, penjelasan) segala sesuatu yg telah dialami oleh seseorang, biografi; menamatkan (menghabiskan) ~nya a) menghabiskan kisahnya (sejarahnya); b) bp membunuh atau membinasakan; 5. Id (dlm agama Kristian) khutbah; beriwayat 1. bercerita, berkisah; 2. mengandungi ciri-ciri sejarah, bersejarah, sangat penting (peristiwa, kejadian, tempat, dll yg harus diingat dll); hari ~ hari bersejarah (hari sesuatu peristiwa penting terjadi); 3. Id (dlm agama Kristian) berkhutbah; meriwayatkan 1. menceritakan, mengisahkan: dgn novel, diertikan karangan panjang yg ~ kehidupan sesuatu watak atau beberapa watak dlm masyarakat; 2. memberitahukan, menerangkan, menyampaikan: hadis yg diriwayatkan oleh Muslim; periwayatan perbuatan (proses) menghuraikan riwayat hidup seseorang: ~ hidup Raja Kecil; periwayat 1. orang yg meriwayatkan cerita, pengarang, pemberita; 2. orang yg meriwayat-kan hadis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meriwayatkan | 1. menceritakan, mengisahkan: dgn novel, diertikan karangan panjang yg ~ kehidupan sesuatu watak atau beberapa watak dlm masyarakat; 2. memberitahukan, menerangkan, menyampaikan: hadis yg diriwayatkan oleh Muslim; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
periwayat | 1. orang yg meriwayatkan cerita, pengarang, pemberita; 2. orang yg meriwayat-kan hadis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menceritakan | 1 menuturkan (sesuatu cerita); meriwayatkan: Penghulu tua itu telah ~ beberapa buah cerita Melayu lama kpd kami. 2 mengkhabarkan atau memberitahukan sesuatu: Saya takut hendak ~ rahsia itu kpdnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menceritakan | 1. menuturkan (sesuatu cerita); meriwayatkan: Penghulu tua itu telah ~ beberapa buah cerita Melayu lama kpd kami. 2. mengkhabarkan atau memberitahukan sesuatu: Saya takut hendak ~ rahsia itu kpdnya. | Kamus Pelajar |
mengurah | 1. meruntuhkan (me-rombak, membongkar) timbunan dll; 2. mem-buka ikatan dll, menguraikan; 3. menceritakan sesuatu, mengisahkan, meriwayatkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
urah | Mn; mengurah 1. meruntuhkan (me-rombak, membongkar) timbunan dll; 2. mem-buka ikatan dll, menguraikan; 3. menceritakan sesuatu, mengisahkan, meriwayatkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
riwayat | 1 peristiwa yg benar-benar berlaku pd masa yg lampau; sejarah: ~ perjuangan Nabi Muhammad SAW. 2 kisah atau cerita yg turun-temurun: Pd suatu ~, gua batu itulah kapal Si Tenggang. 3 = ~ hidup keterangan atau huraian mengenai segala yg telah dialami oleh seseorang; biografi. beriwayat 1 menuturkan riwayat; bercerita. 2 mempunyai sejarah; bersejarah. meriwayatkan menceritakan sesuatu; mengisahkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sejarah | 1 hal yg benar-benar berlaku pd masa yg telah lalu; peristiwa yg benar-benar telah berlaku: ~ kemenangan tentera Islam yg diketuai oleh Nikman itu menjadi kenangan umat Islam seluruhnya. 2 = ilmu ~ pengetahuan atau kajian ttg peristiwa-peristiwa yg telah lalu; tawarikh: ~ Tanah Melayu. bersejarah ada sejarahnya; akan menjadi sejarah: 31 Ogos 1957 ialah hari yg ~ bagi rakyat Persekutuan Tanah Melayu. menyejarah menjadi sbg sejarah; merupakan catatan, rakaman dsb dlm sejarah: Peristiwa penting itu akan terus ~ dlm kehidupan kita. menyejarahkan mengisahkan; meriwayatkan: Mereka ~ peristiwa itu lalu dipersembahkan dlm filem. kesejarahan perihal bercirikan sejarah: Kisah itu dipaparkan sesuai dgn ~nya. persejarahan hal berkaitan dgn sejarah. penyejarahan perbuatan atau hal menyejarahkan. sejarawan ahli sejarah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |