merosotkan | menurunkan; mengurangkan (harga, mutu dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merosotkan | menurunkan, mengurangkan, menyusutkan (harga, mutu, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merosotkan | menurunkan; mengurangkan (harga, mutu dll). | Kamus Pelajar |
memundurkan | menjadikan mundur; merosotkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memundurkan | menjadikan mundur; merosotkan. | Kamus Pelajar |
kredibiliti | (krédibiliti) sifat boleh dipercayai atau diyakini, kebolehpercayaan: apakah krisis dlm bidang kehakiman ini telah merosotkan ~nya sbg badan pendukung keadilan dan undang-undang? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mundur | 1 bergerak atau berjalan ke belakang; surut; undur: Ia ~ beberapa langkah apabila ternampak akan musuh di hadapannya. 2 tidak maju; tertinggal: Sejak sakit ini, ia ~ dlm pelajarannya. 3 menjadi kurang (bkn hasil pendapatan dll); merosot (bkn perniagaan dll): Perusahaan kain batik itu sudah mula ~. memundurkan menjadikan mundur; merosotkan. kemunduran keadaan mundur; kemerosotan: ~ kita dlm lapangan sains dan teknologi perlu diatasi segera. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rosot | ; merosot 1 bergerak dr tempat tinggi ke tempat rendah; menggelongsor; turun: Ia tidak sedar bahawa anaknya ~ dr pangkuannya. 2 jatuh atau turun (bkn harga atau nilai sesuatu): Sejak beberapa tahun lalu, harga getah ~ tetapi sekarang naik kembali. 3 menjadi semakin kurang (bkn hasil, pendapatan dll): Kerana musuh terlalu banyak, hasil padi tahun ini ~. merosotkan menurunkan; mengurangkan (harga, mutu dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rosot | ; merosot 1. meluncur turun, gelongsor, menggelingsir: ia tidak sedar ketika anaknya ~ dr pangkuannya; 2. sangat banyak turunnya, jatuh sekali (harga barang dll): harga getah sangat ~ tahun ini; 3. menjadi kurang sangat (hasil, pendapatan, pengaruh, dll): maka majalah itu pun mulai ~ penjualannya; gengsi kami di luar negeri sangat ~ dan sentiasa menjadi bahan tertawaan; 4. semakin kurang (mundur), tidak maju (kepandaian, kesihatan, dll): kesihatannya semakin ~; merosotkan menurunkan, mengurangkan, menyusutkan (harga, mutu, dll); kemerosotan perihal (kejadian dsb) merosot, keadaan merosot, kemerosotan: kesan-kesan ~ ekonomi; ~ disiplin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rosot; merosot | 1 bergerak dr tempat yg tinggi ke tempat yg rendah; menggelongsor; turun: Ia tidak sedar bahawa anaknya ~ dr pangkuannya. 2 jatuh atau turun (bkn harga atau nilai sesuatu): Sejak beberapa tahun yg lalu harga getah ~ tetapi sekarang naik kembali. 3 menjadi semakin kurang (bkn hasil, pendapatan dll): Kerana musuh terlalu banyak hasil padi tahun ini ~. merosotkan menurunkan; mengurangkan (harga, mutu dll). | Kamus Pelajar |