penyulingan stim | (Kim) penyulingan yg dilaksanakan dgn melalukan stim menerusi campuran pepejal mudah meruap atau cecair mudah meruap utk mengasingkannya drpd bahan yg tidak meruap; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meruap | 1 mengeluarkan buih; menjadi spt buih; membuih: Air sabun itu ~. 2 mendidih dan melimpah; meluap spt air soda yg dituang dll: Bir itu ~ apabila dituang ke dlm gelas. 3 ki menjadi-jadi atau bertambah-tambah (bkn perasaan, spt marah); meluap: Semangat utk berjuang ~-ruap di dadanya. dan ~ yg berbeza. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meruap(volatile) | 1. Sifat maklumat di dalam peranti ingatan yang tidak kekal dan akan hilang apabila bekalan kuasa peranti ingatan diputuskan. 2. Sifat unsur yang cepat berubah dan tidak kekal. | Kamus Komputer |
meruap | 1 mengeluarkan buih; menjadi spt buih; membuih: Air sabun itu ~. 2 mendidih dan melimpah; meluap spt air soda yg dituang dll: Bir itu ~ apabila dituang ke dlm gelas. 3 ki menjadi-jadi atau bertambah-tambah (bkn perasaan spt marah dll); meluap: Semangat utk berjuang ~-ruap di dadanya. | Kamus Pelajar |
penyulingan | perbuatan menyuling; ~ berperingkat (Kim) penyulingan utk mengasingkan campuran cecair yg mempunyai pelbagai takat didih yg berbeza (dgn menggunakan turus pemeringkatan); ~ stim (Kim) penyulingan yg dilaksanakan dgn melalukan stim menerusi campuran pepejal mudah meruap atau cecair mudah meruap utk mengasingkannya drpd bahan yg tidak meruap; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
storan meruap(volatile storage) | Lihat ingatan meruap. | Kamus Komputer |
ingatan meruap(volatile memory) | 1. Jenis ingatan yang kandungan maklumatnya lenyap apabila bekalan kuasa ke peranti ingatan diputuskan. Bandingkan ingatan tak meruap. 2. Sifat ingatan baca-tulis biasa yang akan hilang maklumat kandungannya apabila bekalan kuasa peranti ingatan tersebut diputuskan. | Kamus Komputer |
meruap | 1. Mn berbuih, membuih: air sabun itu ~; 2. mendidih dan melimpah, meluap (nasi dll), membual dan berbuih-buih (air soda dll yg dituang dlm gelas): nasi yg ditanaknya itu ~; gulai (sayur) ~ gulai (sayur) melimpah kerana mendidih; 3. = meruap-ruap menjadi-jadi perasaannya (geram dll), meluap-luap, menyala-nyala: semangat orang akan ~ dan menyala lagi; perasaan manusia yg hadir ketika itu meruap-ruap kerana telah menjadi bangsa yg merdeka; darah ~ naik ke muka; ~ darahnya marah sekali; 4. menjadi wap (mengewap) kerana dipanaskan: ~ kerana kena panas; 5. menyombong, bercakap besar (membual): jangan sekali-kali suka ~, nanti ketara kelemahan dirimu sendiri; 6. merebak (bau dll): dr dapur, ~ bau gulai ayam yg membuka selera; 7. (Kim) cepat menjadi wap pd suhu bilik (bkn pepejal atau cecair); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ingatan tak meruap(non-volatile memory) | Peranti ingatan yang terus memegang data yang dikandungnya selepas bekalan kuasa peranti ingatan terputus. Bandingkan ingatan meruap. | Kamus Komputer |
penyulingan stim | ist penyulingan utk mengasingkan campuran pepejal atau cecair mudah meruap drpd bahan yg tidak meruap, dgn cara melalukan stim menerusi campuran tsb (biasanya digunakan dlm pembuatan minyak wangi). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |