mesej | (méséj) 1. pesanan (berita, kata-kata singkat) yg hendak disampaikan kpd sese-orang dsb: Don Norton mengingati ~ telefon yg telah diterimanya drpd pengurus itu; 2. sesuatu (gagasan, pengajaran, dll) yg hendak disampaikan dlm sesuatu karya sastera dll: ~nya jelas, mudah difahami dan perasaannya dipenuhi oleh nilai-nilai yg mulia; dlm kelucuan pemerihalan ini jelas kpd kita ~ disebaliknya; bermesejkan mempunyai atau mengandungi sesuatu sbg mesej: rakaman album-album yg ~ cinta dan kemanusiaan; mem-perbanyak iklan yg ~ patriotisme. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mesej | /méséj/ 1 pesanan, berita, kata-kata singkat dll drpd sesorang (sesuatu pihak) yg hendak disampaikan kpd seseorang dsb: Dia terus menyampaikan ~ yg diterimanya melalui telefon kpd rakannya itu sebaik sahaja melihat beliau masuk ke pejabat. 2 buah fikiran, idea, pengajaran dll yg hendak disampaikan dlm sesuatu ucapan, karya dll: ~ Ketua Pengarah dlm amanat yg disampaikannya itu begitu jelas dan mudah difahami. ~ ralat ist pesanan khusus yg memberitahu pengguna bahawa ralat telah dikesan pd komputer. bermesejkan mempunyai sesuatu sbg mesej: Ucapannya ~ semangat cinta akan agama, bangsa dan negara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mesej ralat | ist pesanan khusus yg memberitahu pengguna bahawa ralat telah dikesan pd komputer. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mesej ralat(error message) | Pesanan khusus yang telah disiapkan dalam atur cara, yang akan dipaparkan apabila ralat yang berkaitan wujud. | Kamus Komputer |
mesej rakam masuk(sign-on message) | Kenyataan yang dipaparkan oleh komputer untuk memberitahu pengguna bahawa kata lulus yang telah ditaip oleh pengguna tersebut adalah sah dan permintaannya untuk menggunakan sistem telah diluluskan. | Kamus Komputer |
mesej amaran(warning message) | Pesanan yang dikeluarkan oleh komputer untuk memberitahu pengguna supaya tidak mengulangi tindakan yang dilarang. | Kamus Komputer |
mesej(message) | Kumpulan aksara bermakna yang dikendalikan sebagai satu unit. | Kamus Komputer |
pengepala(header) | 1. Bahagian di hadapan bingkai mesej yang mengandungi maklumat untuk menghalakan mesej ke matlamatnya. 2. Maklumat yang dicetak pada jidar bahagian atas halaman dokumen. Bandingkan pengaki. | Kamus Komputer |
EOM | Singkatan bagi end of message, iaitu akhir mesej. EOM digunakan sebagai kod untuk memberitahu komputer tempat akhir mesej yang dikirim. | Kamus Komputer |
e-mel | (imél) maklumat, mesej dsb yg dihantarkan secara elektronik dr satu terminal komputer ke terminal komputer yg lain; meng-e-melkan menghantar maklumat, mesej dsb dgn menggunakan e-mel. | Kamus Dewan Edisi Keempat |