Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mes.ra] | مسرا

Definisi : 1. bercampur benar-benar, menyerap benar-benar, berpadu, bersebati: gaul serbuk besi dgn belerang sampai ~ di dlm satu lesung; kanji drpd beras ini mudah ~ ke dlm daging kain; 2. erat atau karib benar (ber­sahabat, berkasih-kasihan, dll): laki-laki dan perempuan itu kelihatan berbual-bual dgn amat ~nya; perhubungan yg ~; 3. muluk­-muluk (janji dll), indah-indah, sedap (bunyi dll), nyaman: janji-janji ~ semasa bercinta; suaranya kedengaran lebih ramah dan ~ lagi; ~ alam tidak memudaratkan atau menjejas­kan kualiti alam sekitar: kenderaan ~ alam; ~ pengguna mudah digunakan (difahami, dikendalikan dsb), terutamanya oleh orang yg tidak mahir: komputer ~ pengguna; bermesra, bermesra-mesra 1. bersahabat (bergaul, bercampur) dgn mesra, berbaik-baik, beramah-ramah: sekalian kawan lelaki dan perempuan berkumpul beramai-ramai, ~ bertegur sapa; 2. bercengkerama, bercumbu­cumbu, berasmara: janganlah selalu sangat mencuri naik ke rumah Pak Khamis utk ~ dgn anak gadisnya itu; bermesraan 1. bergaul atau bersahabat dgn ramah mesra antara satu sama lain; Allah mencipta manusia utk berkenalan dan ~ antara satu sama lain, bukannya utk ber-musuh-musuhan dan benci-membenci; 2. melakukan hubungan mesra (memujuk, merayu) ketika memadu kasih asmara, ber­cumbu-cumbuan, bercengkerama; bermesra-mesraan 1. saling menunjukkan sikap mesra antara satu sama lain, bermesra­an: lalu wujudlah perasaan suka bekerja-sama, berkasih sayang dan ~ sehingga berjaya pula mewujudkan sebuah organisasi yg lebih mantap; 2. saling memujuk dan merayu ketika memadu kasih asmara, ber­cumbu-cumbuan: taman bunga merupakan salah satu tempat yg disukai muda-mudi utk ~; memesrai mendatangkan rasa mesra pd: dia sendiri membalas senyum yg diharapkannya benar-benar dapat ~ hati pemuda itu pula; memesrakan 1. memadukan (mencampur­kan) sungguh-sungguh; 2. menyenangkan, menyamankan: Nahidah mulai merasakan sesuatu yg ~ pula; 3. menjadikan (persaha­batan, diri, dsb) lebih rapat dgn pihak lain: dia tidak lagi memberi ruang dlm hatinya utk ~ dirinya dgn Tuhan; termesra sudah berpadu benar; kemesraan perihal mesra: anaknya itu masih kecil, masih haus kpd kemanjaan dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mes.ra] | مسرا

Definisi : 1 menyerap atau bercampur benar-benar; berpadu; sebati: Gaul serbuk besi dgn belerang itu sampai ~. 2 sangat rapat atau karib benar (bkn persahabatan dll): Persahabatan mereka ~ sekali. kasih ~ cinta kasih yg erat. ~ alam tidak memudaratkan atau tidak menjejaskan kualiti alam sekitar (bkn penggunaan sesuatu atau sesuatu kegiatan). ~ pengguna mudah digunakan (difahami, dikendalikan dsb) terutamanya oleh orang yg kurang mahir (bkn sesuatu). bermesra 1 bergaul atau bersahabat dgn mesra. 2 bercumbu-cumbuan; berasmara. bermesraan bermesra antara satu dgn yg lain: Pasangan itu dilarang ~ di tempat awam kerana perbuatan itu boleh menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan orang lain. bermesra-mesraan saling menunjukkan sikap mesra; saling memujuk dan merayu (ketika bermesraan). memesrakan 1 menjadikan benar-benar sebati; memadukan. 2 menjadikan mesra; mengeratkan. kemesraan rasa mesra; keadaan mesra: Mereka berasa selesa dgn ~ yg ditunjukkan oleh tuan rumah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mesra (adjektif)
1. Bersinonim dengan sebati: berbaur, bersatu, bercampur baur,

2. Bersinonim dengan erat: karib, akrab, ikrab, intim, rapat, dekat,
Berantonim dengan renggang

3. Dalam konteks janji
bersinonim dengan muluk-muluk, indah-indah, gah, sedap, enak, nyaman,

Kata Terbitan : bermesra, memesrakan, kemesraan,

Puisi
 

Rendang sungguh pohon ara,
     Tumbuh subur tepi telaga;
Tidak salah berkenal mesra,
     Tatasusila perlu dijaga.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Tepung kena ragi.

Bermaksud :

Pertemuan yang sangat mesra; pekerjaan yang lancar.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
serapmasuk melalui liang-liang kecil; ~ mesra mesra atau mendalam benar (perasaan); makan ~ menumpang hidup (makan) pd orang lain; menyerap 1. masuk ke dlm melalui liang-liang kecil (benda-benda cair spt air dll), meresap: makanan yg telah hadam itu bersebati dgn air dan ~ masuk ke dlm saluran darah; 2. ki meresap benar (ke dlm badan, hati, dll), menjadi mesra sekali (perasaan): kemesraan itu sudah ~ pd kedua-dua orang itu; 3. ki merasuk (orang halus, hantu, dll), masuk mengganggu (roh yg jahat); 4. menghisap benda-benda cair (kain, kertas, dll): batu kapur dan kapur sangat kuat ~ air; 5. mengambil dan memasukkan ke dlm sesuatu, menerima (sehingga menjadi sebaha-gian drpd sesuatu): kata-kata yg sudah diserap ke dlm sistem fonologi dan morfologi Melayu; menyerapi meresapi: sistem pendidikan Islam jalan terakhir ~ kehidupan dan pemikiran-nya; menyerapkan menyebabkan atau men­jadikan terserap: anggota persatuan telah diserapkan ke dlm badan sukarela itu; kebanyakannya mengambil kesempatan ber-kahwin dan ~ diri sbg anggota masyarakat pribumi itu; terserap 1. telah (boleh, dapat) menyerap atau diserapkan: pembukaan kawasan yg pesat menyebabkan jumlah air yg ~ ke bumi berkurang; 2. diterima sbg sebahagian drpd sesuatu, sebati: fungsi negeri bertambah luas dan menjadi ~ dlm kehidupan rakyat; serapan 1. hasil menyerap, (sesuatu) yg diserap; 2. lubang (yg biasanya ditutup dgn ijuk dll) tempat air yg kotor; 3. alat utk menyerap, alat penyerap (sesuatu); keterserapan keadaan atau sifat boleh di-serapkan: penggolongan kata pinjaman dapat dilakukan berdasarkan darjah ~ kata tersebut dlm bahasa Melayu; penyerapan 1. proses (perbuatan dsb) menyerap, penghisapan melalui liang-liang kecil; 2. pengambilan dan pemasukan ke dlm (sesuatu sistem, fikiran, dll), penerimaan (dan penyebatian): ~ budaya yg begitu cepat di kalangan orang Jepun adalah disebabkan faktor motivasi; ini adalah satu strategi bahasa Melayu sendiri dlm ~ bunyi-bunyi ini; ~ ilmu pengetahuan; penyerap sesuatu yg menyerap (menghisap dll) benda yg lain.Kamus Dewan Edisi Keempat
serap mesramesra atau mendalam benar (perasaan);Kamus Dewan Edisi Keempat
kemesraanrasa mesra; keadaan mesra: Mereka berasa selesa dgn ~ yg ditunjukkan oleh tuan rumah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kemesraanrasa mesra; keadaan mesra.Kamus Pelajar
mesra1 menyerap atau bercampur benar-benar; berpadu; sebati: Gaul serbuk besi dgn belerang itu sampai ~. 2 sangat rapat atau karib benar (bkn persahabatan dll): Persahabatan mereka ~ sekali. kasih ~ cinta kasih yg erat. bermesra 1 bergaul atau bersahabat dgn mesra. 2 bercumbu-cumbuan; berasmara. memesrakan 1 menjadikan benar-benar sebati; memadukan. 2 menjadikan mesra; mengeratkan. kemesraan rasa mesra; keadaan mesra.Kamus Pelajar
mesra1 menyerap atau bercampur benar-benar; berpadu; sebati: Gaul serbuk besi dgn belerang itu sampai ~. 2 sangat rapat atau karib benar (bkn persahabatan dll): Persahabatan mereka ~ sekali. kasih ~ cinta kasih yg erat. ~ alam tidak memudaratkan atau tidak menjejaskan kualiti alam sekitar (bkn penggunaan sesuatu atau sesuatu kegiatan). ~ pengguna mudah digunakan (difahami, dikendalikan dsb) terutamanya oleh orang yg kurang mahir (bkn sesuatu). bermesra 1 bergaul atau bersahabat dgn mesra. 2 bercumbu-cumbuan; berasmara. bermesraan bermesra antara satu dgn yg lain: Pasangan itu dilarang ~ di tempat awam kerana perbuatan itu boleh menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan orang lain. bermesra-mesraan saling menunjukkan sikap mesra; saling memujuk dan merayu (ketika bermesraan). memesrakan 1 menjadikan benar-benar sebati; memadukan. 2 menjadikan mesra; mengeratkan. kemesraan rasa mesra; keadaan mesra: Mereka berasa selesa dgn ~ yg ditunjukkan oleh tuan rumah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mesra penggunamudah digunakan (difahami, dikendalikan dsb) terutamanya oleh orang yg kurang mahir (bkn sesuatu).Kamus Pelajar Edisi Kedua
mesra alamtidak memudaratkan atau tidak menjejaskan kualiti alam sekitar (bkn penggunaan sesuatu atau sesuatu kegiatan).Kamus Pelajar Edisi Kedua
mesra penggunamudah digunakan (difahami, dikendalikan dsb), terutamanya oleh orang yg tidak mahir: komputer ~ pengguna;Kamus Dewan Edisi Keempat
senyum mesrasenyum yg menunjukkan rasa mesra.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas