Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.wa.ngi] | مواڠي

Definisi : berbau harum, semerbak harum: sbg batik Lasam, makin dibasuh makin ~ baunya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.wa.ngi] | مواڠي

Definisi : berbau harum; semerbak: Apabila cempaka itu berbunga, baunya ~ di seluruh taman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wangi (adjektif)
1. Bersinonim dengan harum: sedap baunya, resi, raksi,
Berantonim dengan busuk

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan terkenal, terkemuka, termasyhur, terbilang, terpandang, ternama, tersohor,
Berantonim dengan biasa

Kata Terbitan : mewangi, wangi-wangian, kewangian,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mewangiberbau harum; semerbak: Apabila cempaka itu berbunga, baunya ~ di seluruh taman.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mewangiberbau harum, semerbak harum: sbg batik Lasam, makin dibasuh makin ~ baunya;Kamus Dewan Edisi Keempat
mewangiberbau harum; semerbak: Apabila cempaka itu berbunga, baunya ~ di seluruh taman.Kamus Pelajar
wangimewangi berbau harum; semerbak: Apabila cempaka itu berbunga, baunya ~ di seluruh taman.Kamus Pelajar
mengharumberbau harum; menjadi harum; mewangi: Nama sasterawan muda itu sedang ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengharumberbau harum; menjadi harum; mewangi: Nama sasterawan muda itu sedang ~.Kamus Pelajar
wangi1 harum (bkn bau): air (minyak) ~ air (minyak) yg harum baunya; serai ~ serai yg harum baunya. 2 ki terkenal: Kerana sifatnya yg dermawan itu, namanya ~ di seluruh negara. mewangi berbau harum; semerbak: Apabila cempaka itu berbunga, baunya ~ di seluruh taman. mewangikan menjadikan wangi; mengharumkan. wangi-wangian segala yg berbau wangi; bau-bauan (yg wangi).Kamus Pelajar Edisi Kedua
harum1 sedap baunya; wangi: Bunga melati ~ baunya. 2 ki terkenal atau masyhur (kerana kegagahan, keberani­an, jasa dll): Beliau telah gugur di medan perang dgn nama yg ~. mengharum berbau harum; menjadi harum; mewangi: Nama sasterawan muda itu sedang ~. mengharumkan 1 menjadikan (berbau) harum; mewangikan: Minyak wangi itu dipakai utk ~ badan. 2 ki menyebabkan mendapat nama baik (ma­sy­hur, terkenal dll): Hang Tuah ialah salah seorang pahlawan Melayu yg telah ~ nama bangsa kita. harum-haruman sesuatu yg harum atau sedap baunya; bau-bauan yg wangi; wangi-wangian. keharuman 1 sifat atau keadaan harum; kewangian. 2 ki keadaan masyhur; kemasyhuran; kebaikan nama.Kamus Pelajar Edisi Kedua
harum1. sedap baunya; wangi: Bunga melati ~ baunya. 2. ki terkenal atau masyhur (kerana kegagahan, keberanian, jasa dll): Beliau telah gugur di medan perang dgn nama yg ~. mengharum berbau harum; menjadi harum; mewangi: Nama sasterawan muda itu sedang ~. mengharumkan 1. menjadikan (berbau) harum; mewangikan: Minyak wangi itu dipakai utk ~ badan. 2. ki menyebabkan mendapat nama baik (masyhur, terkenal dll): Hang Tuah ialah salah seorang pahlawan Melayu yg telah ~ nama bangsa kita. harum-haruman sesuatu yg harum atau sedap baunya; bau-bauan yg wangi; wangi-wangian. keharuman 1. sifat atau keadaan harum; kewangian. 2. ki keadaan masyhur; kemasyhuran; kebaikan nama.Kamus Pelajar
wangi I1. sangat sedap baunya, harum; air (minyak) ~ air (minyak) yg harum baunya; serai ~ serai yg harum baunya; 2. ki terkenal, harum: namanya menjadi ~ di seluruh negeri; wangi-wangian segala sesuatu yg harum, bau-bauan yg harum; berwangi-wangian memakai wangi-wangian: si isteri juga digalakkan ~ ketika suami berada di rumah; mewangi berbau harum, semerbak harum: sbg batik Lasam, makin dibasuh makin ~ baunya; mewangikan menjadikan wangi, meng­harumkan: teh ini dibubuh sehiris limau nipis yg bertikam cengkih, bukan utk menghiasnya tetapi utk ~nya; wangian bau (minyak) wangi: lebih semerbak drpd ~ kasturi; kewangian perihal wangi, bau wangi, ke-haruman; ewangi sesuatu yg mewangikan (menjadikan berbau wangi), pengharum: di Mesir, upacara keagamaan, terutama kematian mestilah dilengkapi dgn penggunaan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas