Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata meyakinkan 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
yakinpercaya benar; tidak syak lagi: Saya ~ akan kejujuran orang itu. Saya ~ bahawa usaha kita akan berhasil akhirnya. berkata dgn ~ berkata dgn sungguh-sungguh. meyakini percaya benar-benar akan sesuatu: Kami belum dpt ~ kisah yg engkau ceritakan itu. meyakinkan 1 melihat dgn mata kepala sendiri supaya yakin; menyaksikan: Ia hendak ~ sama ada perkara itu benar-benar berlaku atau tidak. 2 menyebabkan atau menjadikan yakin: Keterangan drpd ketiga-tiga orang saksi ~ tuan hakim bahawa yg dituduh itu tidak bersalah. keyakinan kepercayaan yg sungguh-sungguh; kesungguhan: Dia menjalankan tugasnya dgn penuh ~. berkeyakinan mempunyai keyakinan; benar-benar percaya: Ia ~ bahawa perempuan itu sudah bersuami.Kamus Pelajar Edisi Kedua
yakinbetul-betul percaya (tentang kebenaran, kemampuan, dll sesuatu atau seseorang), tidak ragu-ragu (syak-syak) lagi, pasti benar: dia masih tetap ~ bahawa jalan yg ditempuhnya bukanlah jalan yg salah; mengetahui dgn ~ akan arah kiblat; kami ~ dia akan berjaya dlm pertandingan itu; berkata dgn ~ berkata dgn sungguh-sungguh; meyakini 1. yakin (akan), mempercayai benarbenar (akan): setelah ~ bahawa tidak ada orang yg mengintip, barulah dia membuka peti itu; dia ~ kesanggupannya melawan musuh; 2. = meyakin-yakini menyelidikidsb supaya yakin; 3. menaruh keyakinan pd; meyakinkan 1. menyaksikan sendiri supaya yakin, mengesahkan sendiri, menentukan: dia hendak ~ sendiri apakah adiknya ada terlibat dlm perkara itu; 2. menyebabkan yakin, menjadikan yakin: mereka tidak membawa apa-apa senjata utk ~ orang Mekah bahawa kedatangan mereka bukanlah kerana hendak berperang; 3. dgn bersungguh-sungguh (membuat sesuatu), tidak main-main, serius: pelukisan masyarakat dlm kesusasteraan yg bercorak sejarah kurang ~ kerana diselingi dongeng- dongeng daerah; 4. menimbulkan keyakinan: hujah yg ~; keyakinan perihal yakin, kepercayaan yg sungguh-sungguh, kepastian, kesungguhan, ketentuan: kita akan menjalankan semula kewajiban kita dgn penuh ~ bahawa Allah akan menjayakan cita-cita kita; berkeyakinan mempunyai keyakinan, mempercayai benar-benar: ia ~ bahawa ayah dan ibunya selamat; ~ dlm apa jua bidang; ketidakyakinan perihal (sikap, pendirian, dsb) tidak yakin: ~ terhadap kemampuan bahasa Melayu wujud dlm masyarakat yg mendapat pendidikan Inggeris.Kamus Dewan Edisi Keempat
meyakinkan1 melihat dgn mata kepala sendiri supaya yakin; menyaksikan: Ia hendak ~ sama ada perkara itu benar-benar berlaku atau tidak. 2 menyebabkan atau menjadikan yakin: Keterangan drpd ketiga-tiga orang saksi ~ tuan hakim bahawa yg dituduh itu tidak bersalah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
meyakinkan1. menyaksikan sendiri supaya yakin, mengesahkan sendiri, menentukan: dia hendak ~ sendiri apakah adiknya ada terlibat dlm perkara itu; 2. menyebabkan yakin, menjadikan yakin: mereka tidak membawa apa-apa senjata utk ~ orang Mekah bahawa kedatangan mereka bukanlah kerana hendak berperang; 3. dgn bersungguh-sungguh (membuat sesuatu), tidak main-main, serius: pelukisan masyarakat dlm kesusasteraan yg bercorak sejarah kurang ~ kerana diselingi dongeng-dongeng daerah; 4. menimbulkan keyakinan:hujah yg ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
membuktikan1. menyungguhkan (meyakinkan) dgn bukti: persetujuan antara India dan Pakistan itu sekali lagi ~ bahawa masalah-masalah Asia dapat diselesaikan oleh orang Asia sendiri; 2. menyatakan kebenaran sesuatu dgn bukti: guru menyuruh Ali ~ bahawa bumi ini bulat; 3. memperlihatkan: dlm mesyuarat itu, ia telah ~ kecekapannya berdebat;Kamus Dewan Edisi Keempat
meyakinkan1 melihat dgn mata kepala sendiri supaya yakin; menyaksikan: Ia hendak ~ sama ada perkara itu benar-benar berlaku atau tidak.Kamus Pelajar
dakwah1. kegiatan menyeru dan meyakinkan orang lain supaya menerima sesuatu keper­cayaan; golongan ~ golongan (kumpulan) yg bergiat dlm dakwah; ~ songsang bp pe­nyampaian atau penyebaran ajaran yg ber­tentangan dgn syariat-syariat Islam; 2. bp patuh kpd (mengikut) ajaran agama Islam dgn lebih sempurna (sebagaimana yg ke­lihatan pd tingkah laku dan pergaulan, cara berpakaian, dll): dulu dia selalu bergaul bebas dan berpakaian moden tetapi se­karang ini sudah ~; berdakwah menjalankan kegiatan menye­barkan sesuatu kepercayaan; mendakwahi berdakwah kpd: Tok Haji cuba ~ pemuda-pemuda yg berambut panjang itu; mendakwahkan menyebarkan sesuatu ke­per­­cayaan: Rasulullah ~ Islam sbg Din yg menjamin tamadun manusia; pendakwahan perihal mendakwahkan, pe­nye­baran atau penyampaian ilmu agama: tamadun yg tidak berasaskan tauhid, tidak terlepas drpd menjadi objektif ~ golongan fundamentalis; pendakwah orang (golongan) yg berdakwah.Kamus Dewan Edisi Keempat
negatif(négatif) 1. pernyataan tidak atau bukan, tidak setuju, ingkar: saya menjawab ~, walaupun hati kecil saya mahu mele­tuskan simpati; 2. tidak mempunyai nilai, ciri, kualiti dsb yg membina (meyakinkan, bersemangat, pasti dsb): mereka dianggap bersikap ~ ter­hadap perubahan ataupun terhadap diri mereka sendiri; golongan yg putus asa itu mempunyai sikap yg ~ terhadap hidupnya; 3. cenderung membawa kesan atau pengaruh yg tidak elok (membahayakan, merosakkan dsb): perubahan ~ biasanya lebih cepat men­dapat reaksi berbanding dgn perubahan positif; kita sedar akan bahaya drpd penye­baran budaya ~ yg dianggap oleh penyebar­nya sbg budaya moden dan maju; 4. tidak menunjukkan sebarang tanda atau bukti ada­nya sesuatu penyakit atau keadaan (bkn hasil ujian diagnosis dsb): mereka yg disyaki mena­gih dadah itu telah dibebaskan oleh pihak polis setelah hasil ujian air kencing mereka didapati ~; 5. = nombor ~ (Mat) nombor yg lebih kecil drpd sifar; 6. kurang drpd sifar: kayu bergergaji diramalkan akan menun­jukkan kadar pertumbuhan yg ~; 7. imej foto pd filem yg belum berupa gambar; 8. lwn positif (elektrik dll); menegatifkan menjadikan negatif: tang­gapan sendiri yg ~ sesuatu akan menye­babkan kita menjadi kurang berani meng­hadapi realiti dan cabaran; menegatifkan menjadikan negatif: tang­gapan sendiri yg ~ sesuatu akan menye­babkan kita menjadi kurang berani meng­hadapi realiti dan cabaran; kenegatifan perihal (keadaan) negatif.Kamus Dewan Edisi Keempat
menimba1. mencedok air (drpd perigi dll) dgn timba: kebun-kebun yg hampir dgn tebing sungai boleh diairi dgn ~ air drpd sungai; 2. membuang (mengeringkan) air di perahu dll: maka selalu ditimba perahu itu, tiada berhenti; 3. ki mengambil, memperoleh (pengetahuan dll), mencabut atau mencedok (pengetahuan, maklumat, dsb) drpd sesuatu sumber: pidatonya sangat meyakinkan, di­timba drpd pengalaman sendiri; ini adalah sumber-sumber penting yg mesti ditimba; mereka giat membuka kamus-kamus Sanskrit dan ~ kata-kata bahasa daerah bukan Melayu;Kamus Dewan Edisi Keempat
mitos1 cerita zaman dahulu yg dianggap benar, terutamanya yg mengandungi unsur-unsur konsep atau kepercayaan ttg sejarah awal kewujudan sesuatu suku bangsa, kejadian-kejadian alam, dsb. 2 cerita ttg seseorang atau sesuatu yg tidak benar atau direka-reka; dongeng. bermitos mengandungi mitos atau terdapat mitos di dlmnya (bkn kisah, cerita dsb): Desa itu tidaklah secantik mana, tetapi itulah desa yg tenang, bersejarah pendek dan ~ tertentu yg pernah dikunjunginya. memitoskan menjadikan (kisah, cerita dsb) sbg mitos: Mereka ~ bahawa panglima itu terbunuh semasa hendak menyelamatkan anakanda baginda. 2 mengagung-agungkan secara berlebih-lebihan; mendewa(-dewa)kan: Kecenderungan utk ~ seseorang tidak harus digalakkan. kemitosan perihal (keadaan, sifat) mitos: penjelasan yg meyakinkan ttg wujudnya ~ sumpahan tsb. pemitosan perihal atau perbuatan memitoskan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12

Kembali ke atas