mikrogelombang | (Fiz) gelombang elektromagnet yg sangat pendek dgn jarak gelombang antara 1 - 300 mm, digunakan terutamanya dlm perhubungan radio dan radar, memasak dsb, gelombang mikro. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketuhar mikrogelombang | sj ketuhar yg menggunakan gelombang mikro utk memasak makanan dgn cepat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemantulan | perihal (proses, perbuatan dsb) memantul atau memantulkan: ~ mikrogelombang oleh bekas logam ke magnetron; Amanah Saham Wanita (Asnita) dijangka mampu memperlihatkan lonjakan menarik jika berlaku ~ pasaran pd paras selesa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketuhar | sj dapur tertutup yg dipanaskan utk membakar, memanggang, dsb, oven; ~ mikrogelombang sj ketuhar yg menggunakan gelombang mikro utk memasak makanan dgn cepat; ~ perolakan (ERT) ketuhar yg menggunakan perolakan haba utk memasak makanan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gelombang mikro | (Fiz) gelombang elektromagnet yg sangat pendek dgn jarak gelombang antara 1 - 300 mm, digunakan terutamanya dlm perhubungan radio dan radar, memasak dsb, mikrogelombang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gigahertz | Unit frekuensi yang bernilai 10 9 kitar sesaat. Julat frekuensi dalam unit gigahertz adalah terlalu tinggi untuk didengar oleh manusia. Frekuensi ini digunakan untuk pemancaran isyarat mikrogelombang dalam perhubungan data komputer jauh dan juga bagi menandakan kelajuan jam sistem. | Kamus Komputer |
pantul | ; memantul 1. mengambul (spt bola yg dilontarkan ke dinding), menganjal, melantun: tayar itu setiap masa ~ dr muka jalan; 2. berbalik tanpa menembusi sesuatu objek atau permukaan (bkn cahaya, gelombang, bunyi dsb): cahaya ~; 3. ki melonjak semula (bkn harga saham dsb): pasaran ~ dan memecahkan paras rintangan 730 mata; memantul-mantul memantul beberapa kali atau berulang kali: bola itu kelihatan ~ lalu masuk ke dlm kolam; memantulkan menyebabkan (menjadikan) sesuatu memantul; terpantul terkena pantul: sinar yg ~; pantulan 1. gerakan memantul (mengambul): ~ bola; ~ spring; ~ cahaya; ~ dalam penuh (Fiz) pantulan lengkap sinar cahaya di sempadan dua medium ketika sinar itu berada dlm medium yg lebih tinggi indeks pantulannya; 2. tindakan (gerak balas) yg automatik atau tidak disengajakan terhadap rangsangan; 3. ki reaksi; pemantulan perihal (proses, perbuatan dsb) memantul atau memantulkan: ~ mikrogelombang oleh bekas logam ke magnetron; Amanah Saham Wanita (Asnita) dijangka mampu memperlihatkan lonjakan menarik jika berlaku ~ pasaran pd paras selesa; pemantul permukaan (objek) yg memantulkan cahaya, bunyi, dll: dinding itu boleh menjadi ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gelombang | 1. ombak laut yg bergulung-gulung panjang, ombak besar: laut mengganas dgn ~; ~nya membukit berlapis-lapis; ~ dua belas Mn sj tarian pedang; 2. = riak ~ Id aliran getaran (unsur bunyi, cahaya dsb) yg bergerak dlm satu perantaraan: radio Malaysia disiarkan melalui ~ pendek 49 meter; ~ bunyi; 3. gerakan (tindakan dsb) yg dilakukan berturut-turut (serangan tentera, tunjuk perasaan, dll): ~ pertama kapal-kapal terbang pengebom sudah berangkat; 4. gerakan atau aliran (manusia dll) dlm kumpulan yg besar, dan meliputi kawasan yg luas: ~ pertama manusia yg dipanggil oleh Heine Gelden, seorang ahli prasejarah sbg ‘Proto Malaya’; ~ elektromagnet (Fiz) gelombang tenaga yg dirambat dlm medan elektromagnet; ~ haba (Fiz) gelombang udara panas yg besar dan bergerak perlahan; ~ mikro (Fiz) gelombang elektromagnet yg sangat pendek dgn jarak gelombang antara 1 - 300 mm, digunakan terutamanya dlm perhubungan radio dan radar, memasak dsb, mikrogelombang; ~ panjang (Fiz) gelombang radio yg jarak gelombangnya lebih drpd 1000 meter; ~ pendek (Fiz) gelombang radio yg jarak gelombangnya antara 10 - 100 meter; ~ radio (Fiz) gelombang tenaga elektrik yg bergerak melalui udara dan ruang angkasa, yg frekuensinya antara 10 KHz - 300 000 MHz; ~ sederhana (Fiz) gelombang radio yg jarak gelombangnya antara 100 - 1000 meter; bagai ~ dua belas prb hebat (pendekar apabila menarikan pedang); sama naik bak ~, sama turun bak ke pencong prb dua hal atau kejadian yg sama keadaannya; bergelombang 1. = menggelombang berombak panjang-panjang, mengombak; 2. berlaku berturut-turut (serangan, tunjuk perasaan, dll): serangan-serangan itu datang ~-gelombang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |