mikropemproses | (mikropemprosés) (Komp) litar bersepadu tunggal yg berfungsi sbg unit pemprosesan pusat dlm mikrokomputer. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alamat mikropemproses(microprocessor address) | 1. Alamat yang ditetapkan bagi sesebuah mikropemproses dalam rangkaian. 2. Alamat yang boleh dicapai oleh mikropemproses. Biasanya alamat ini dihitung daripada terbitan jumlah talian alamat yang dimiliki mikropemproses. | Kamus Komputer |
mikropemproses(microprocessor) | Unit pemproses utama dalam bentuk satu atau sekumpulan cip litar bersepadu separuh pengalir. Pada aras paling minimum, mikropemproses mengandungi satu unit aritmetik dan logik dan satu unit pengawal. Mikropemproses dikelaskan mengikut kelajuan, kepanjangan kata kendalian, seni bina dan set suruhannya. | Kamus Komputer |
pengujian tanda aras(benchmark test) | Penilaian kepantasan dan penjimatan mikropemproses berbanding dengan jenis dan pembuat mikropemproses lain. Atur cara bagi tugas yang kerap dilakukan oleh semua jenis mikropemproses digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang masa pelaksanaan, jumlah kitar dan jumlah suruhan atau kod yang telah digunakan. | Kamus Komputer |
mikropemproses | ist litar bersepadu yg berfungsi sbg unit pemprosesan pusat dlm mikrokomputer. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mikropemproses N-bit(N-bit microprocessor) | Mikropemproses yang berkemampuan mengolah perkataan sebesar N bit pada sesuatu ketika. N biasanya bernilai 1, 4, 8, 16, 32, dan 64 bit. | Kamus Komputer |
bas mikropemproses(microprocessor bus) | Sistem bas dalaman yang digunakan oleh mikropemproses bagi mengalamatkan dan mengawal persisian, serta menghantar dan menerima data. | Kamus Komputer |
cip mikropemproses(microprocessor chip) | Bungkusan cip litar bersepadu yang mengandungi litar unit mikropemproses. Cip ini, apabila digabungkan dengan cip litar bersepadu dan peralatan persisian dalam suatu papan litar, akan membentuk mikrokomputer atau pengawal sistem. | Kamus Komputer |
mikroperintah(microcommand) | 1. Perintah paling asas yang menentukan pengendalian yang mesti dilakukan oleh mikropemproses dalam kitar asasnya. 2. Pengendalian sebarang sistem yang diperintahkan oleh mikropemproses atau mikrokomputer. | Kamus Komputer |
penuding suruhan(instruction pointer) | 1. Penuding atur cara yang digunakan dalam beberapa seni bina mikropemproses. 2. Daftar yang menunjuk pada alamat ingatan yang mengandungi suruhan yang akan dilaksanakan dalam atur cara mesin. Dalam seni bina mikropemproses, penuding suruhan dan penuding atur cara ialah dua daftar yang berasingan. | Kamus Komputer |