tanah milik | tanah hak milik orang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hak milik mutlak | hak milik yg penuh atas sesuatu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sosialisasi | 1. IB usaha utk memindahkan hak milik seseorang menjadi milik negara (umum); 2. perihal (perbuatan) bergaul dan bermesra (antara satu sama lain), pergaulan: Tunstall telah menekankan pentingnya kajian media massa dlm konteks kehidupan dan proses ~ sesuatu masyarakat; ~ yg dialami para siswa berjalan tanpa sekatan, apalagi mereka jauh dr perhatian ibu bapa; 3. proses mendidik seseorang utk menyesuaikan diri dgn suasana (sikap, nilai dsb) yg dapat diterima dlm masyarakat: anak-anak hari ini mudah terdedah kpd pelbagai agen ~ bukan sahaja drpd ibu bapa; ~ manusia berlaku melalui pendidikan formal dan tidak formal sejak kecil hingga sepanjang hayat; bersosialisasi melakukan sosialisasi: antara tujuan menghantar anak ke tadika adalah utk mengajarnya ~; mensosialisasikan 1. IB menjadikan milik negara, memiliknegarakan; 2. mendidik seseorang utk menyesuaikan diri dgn suasana (sikap, nilai dsb) yg dapat diterima dlm masyarakat: komunikasi memainkan peranan yg penting dlm ~ ahli-ahli masyarakat; terdapat beberapa faktor yg mempengaruhi cara ibu bapa ~ anak-anak mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
milik negara | kepunyaan atau hak negara (spt perusahaan tertentu dll); memiliknegarakan menjadikan (sesuatu) milik negara, menasionalisasikan: beliau ~ harta mereka di Cuba; pemiliknegaraan perbuatan menjadikan (sesuatu) milik negara, nasionalisasi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
komunisme | fahaman politik yg (hendak) menjadikan faktor pengeluaran dan barangbarang pengguna milik negara atau milik bersama rakyat: ~ diamalkan dgn luasnya sbg falsafah hidup di negeri China dan beberapa negeri Eropah Timur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
komunisme | faham politik yg hendak menjadikan semua harta dan barang-barang pengguna hak milik negara atau hak milik rakyat. | Kamus Pelajar |
hak milik | kekuasaan utk memiliki sesuatu, pemilikan (kepunyaan) yg sah: ~ tanah mestilah dicatatkan di dlm buku pendaftaran ~; ~ mutlak hak milik yg penuh atas sesuatu; mengehakmilikkan menjadikan (mengambil sbg) hak milik: kerajaan telah ~ tanah-tanah di kawasan itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
milik negara | kepunyaan negara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
milik bebas | kepunyaan atau hak memiliki (tanah) yg tidak dibataskan tempoh hak miliknya dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hak negara | sesuatu yg merupakan milik atau kepunyaan negara; mengehaknegarakan menjadikan milik negara; pengehaknegaraan tindakan (perbuatan dsb) mengehaknegarakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |