mimpin | bp memimpin; pimpin I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tampuk pimpinan | pemimpin yg tertinggi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menggembala | menjaga, memelihara, memimpin: anak muda itu menolong bapanya ~ lembu-lembu peliharaan mereka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
direktur | (diréktur) IB pengarah, ketua (pemimpin tertinggi) dlm sesuatu badan atau perusahaan, ketua sekolah menengah (lanjutan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
amir | Ar 1. orang yg memegang perintah, pemimpin; ~ al-bahar = amirulbahar laksamana; ~ almukminin, amirulmukminin pemimpin sekalian orang Islam (gelaran khalifah dan sultan yg besar-besar); ~ haji = ~ al-haj = amirulhaj pemimpin jemaah haji; 2. ark gelaran wakil Sultan Riau di Pulau Tujuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesentosaan | perihal sentosa, keamanan, ke-sejahteraan, ketenteraman: mereka menyan-jung tinggi Presiden mereka yg telah me-mimpin negara mereka ke arah ~ itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
negarawan | 1. orang yg mahir benar dgn cara-cara pemerintahan negara, orang yg memegang atau pernah memegang tampuk pemerintahan sesebuah negara, ahli negara: Churchill ialah seorang ~ Inggeris yg ulung; 2. pemimpin politik yg sangat dihormati kerana sifat-sifatnya (spt kebijaksanaannya, kejujurannya, dll) yg unggul; kenegarawanan sifat atau kebolehan sbg negarawan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tampuk | 1 bahagian hujung tangkai yg melekat pd buah: ~ manggis. 2 bahagian drpd sesuatu utk dipegang; tangkai yg pendek; gagang: ~ pistol. 3 yg tertinggi (bkn kuasa dll); yg menjadi pokok pangkal; yg terutama: ~ pimpinan pemimpin yg tertinggi. bertampuk ada tampuknya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sentosa | aman dan tenteram, bebas drpd segala bencana, sejahtera, selamat: pd masa itu negeri Melaka pun dlm ~nya, dan dagang pun terlalu banyak keluar masuk; bersentosa berada dlm keadaan aman dan tenteram (sejahtera, mewah, dll), berbahagia; menyentosakan menjadikan sentosa (sejah-tera), mengamankan; kesentosaan perihal sentosa, keamanan, ke-sejahteraan, ketenteraman: mereka menyan-jung tinggi Presiden mereka yg telah me-mimpin negara mereka ke arah ~ itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gembala I | 1. orang yg menjaga atau memelihara ternakan (kambing, lembu, dll); ~ kuda pemelihara kuda; 2. ki penjaga keselamatan orang ramai, pemimpin; bagai ~ diberi keris prb orang yg mendapat sesuatu yg tidak berguna baginya; gajah seekor ~ dua prb satu pekerjaan diketuai oleh dua orang (dua orang laki-laki yg mencintai seorang perempuan); bergembala mempunyai gembala (orang yg memelihara); ternak ~ parak berpagar prb harta benda harus dijaga; menggembala menjaga, memelihara, memimpin: anak muda itu menolong bapanya ~ lembu-lembu peliharaan mereka; penggembalaan 1. perihal menggembala; 2. = tanah ~ tempat menggembala binatang; penggembala orang yg menggembala, gembala. | Kamus Dewan Edisi Keempat |