Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ming.gu] | ميڠݢو

Definisi : 1. = hari ~ hari Ahad; 2. tujuh hari, pekan: se~ yg lalu, dua orang lagi pemuda Melayu telah ghaib entah ke mana; berminggu-minggu beberapa minggu, banyak minggu (lamanya dsb): bukannya sehari dua, malah ~ lamanya; mingguan 1. (berlaku atau diadakan) setiap minggu: Tengku berkata demikian setelah menghadiri sidang kabinet ~ yg diadakan di bangunan Parlimen hari ini; 2. (diter­bitkan) setiap minggu (bkn akhbar, majalah dsb): dia menunduk, mengambil akhbar ~ yg terbiar di atas lantai, lalu duduk di kerusi; seminggu-mingguan sepanjang minggu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ming.gu] | ميڠݢو

Definisi : 1 = hari ~ hari Ahad. 2 masa atau tempoh selama tujuh hari; pekan: Ia ke Pulau Pinang selama dua ~. mingguan 1 tiap-tiap minggu; seminggu sekali. 2 majalah dll yg terbit sekali seminggu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
minggu (kata nama)
Bersinonim dengan tujuh hari, pekan;,
Kata Terbitan : berminggu-minggu,

Puisi
 

Hari Ahad minggu Belanda,
     Kapitan Cina bergelang kaki;
Cuba ditanya pengubat lama,
     Bolehkah tidak kembali lagi.


Lihat selanjutnya...(5)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
minggu1. = hari ~ hari Ahad; 2. tujuh hari, pekan: se~ yg lalu, dua orang lagi pemuda Melayu telah ghaib entah ke mana; berminggu-minggu beberapa minggu, banyak minggu (lamanya dsb): bukannya sehari dua, malah ~ lamanya; mingguan 1. (berlaku atau diadakan) setiap minggu: Tengku berkata demikian setelah menghadiri sidang kabinet ~ yg diadakan di bangunan Parlimen hari ini; 2. (diter­bitkan) setiap minggu (bkn akhbar, majalah dsb): dia menunduk, mengambil akhbar ~ yg terbiar di atas lantai, lalu duduk di kerusi; seminggu-mingguan sepanjang minggu.Kamus Dewan Edisi Keempat
berminggu-minggubeberapa minggu, banyak minggu (lamanya dsb): bukannya sehari dua, malah ~ lamanya;Kamus Dewan Edisi Keempat
pekan I1. tempat perniagaan, bandar: Petaling Jaya ialah ~ tambahan kpd Kuala Lumpur; 2. tempat orang berjual beli, pasar: segenap lorong di ~ pesara penuh dgn kaum Melayu, Cina dan Siam; 3. = ~ sari (sehari) pasar yg diadakan sehari dlm satu minggu; ~ Ahad (minggu) pekan yg diadakan hanya pd hari minggu; 4. minggu, tujuh hari: dua tiga ~ sebelum perayaan itu anak negeri telah sibuk bersiap-siap; se~ seminggu; warta se~ majalah mingguan; berpekan-pekan beberapa pekan (minggu).Kamus Dewan Edisi Keempat
Ahad1 (bkn Allah) Esa; Tunggal: Allahu ~ Allah itu Esa. 2 = hari ~ hari pertama dlm sesuatu minggu; hari minggu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
minggu datangminggu hadapan;Kamus Dewan Edisi Keempat
akhir1. kemudian sekali, penghabisan: per­kataan itu terdapat pd baris ~ halaman itu; ikhtiar­nya yg ~; peringkat ~ pelaksanaan projek; ~ minggu hujung minggu (hari Sabtu petang sampai hari Ahad); ~ musim peng­hujung musim; ~ zaman a) sl zaman sekarang ini; b) penghabisan; 2. = ~ sekali = terakhir paling kemudian, terkemudian (sekali): itulah kali ~ saya bertemu dengannya; 3. yg diada­kan terkemudian sekali (sbg penamat): per­tan­dingan ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
ahad IAr 1. satu, esa: Allahu A~; 2. pertama; hari A~ hari pertama dlm seminggu selepas hari Sabtu, hari minggu; 3. minggu; se~ seminggu, sejumaat.Kamus Dewan Edisi Keempat
ahad1. esa; tunggal: Allahu ~ >Allah itu esa. 2. = hari ~ hari pertama dlm sesuatu minggu; hari minggu.Kamus Pelajar
embrio(émbrio) (Bio) 1. kandungan ibu dr satu minggu selepas konsepsi sehingga minggu kelapan, mudghah, janin; 2. janin haiwan pd peringkat awal pembesaran sebelum lahir: pemindahan ~ drpd seekor haiwan ternakan kpd haiwan yg lain.Kamus Dewan Edisi Keempat
depanhadapan; muka: Selepas makan, mereka berbual-bual di ruang ~. minggu (bulan, tahun) ~ minggu (bulan, tahun) yg akan datang. berdepan 1 bertemu muka; bersua: Dia berasa takut apabila ~ dgn gurunya. 2 ki berlawan; beradu; bertarung: Ada perajurit Majapahit yg ingin ~ dgn pahlawan Melaka. berdepan-depan berhadap-hadapan; bersemuka. mendepan menghadap (menghala) ke sesuatu arah: Dia ~ saya apabila dia menceritakan hal itu. mendepani berhadapan dgn: ~ masalah. terdepan di depan sekali: Askar-askar dlm barisan yg ~ selalu kena tembak. di depan di hadapan; di muka: Dia berdiri ~ pintu melihat suaminya pergi. ke depan ke hadapan; maju; mara: Dia ~ menemui lawannya. mengedepankan 1 meletakkan (menempatkan) di hadapan: Dia ~ kerusi itu. 2 mengemukakan; mengutamakan: Mereka ~ cadangan-cadangan yg baik itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas